AKU BUKAN PEMBUNUH 5

287 15 0
                                    

"inilah bilik tidur awak...", emma membuka pintu bilik tidur milik elsa. perlahan lahan elsa melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya yang 10 tahun di tinggalkannya. keadaan di dalam bilik tidurnya masih macam dulu lagi. elsa duduk di atas katilnya. "awak berehat dulu ya... nanti kita akan pergi ke hospital sama sama....", tutur emma perlahan lahan. elsa hanya diam saja di atas katilnya. dia berbaring di atas katil sambil cuba menenangkan fikirannya yang terasa bercelaru. ketika dia sedang berbaring di situ dia terpandang akan parut di atas tangan kirinya. parut tersebut mengingatkannya pada perbuatan papanya yang menghukum dirinya hanya kerana botol arak papanya terjatuh dari atas meja akibat terkena bola mainannya. "celaka punya budak... aku baru saja nak minum arak ni dia pecahkan botol arak aku ni pula....", marah tuan lee sebaik saja dia melihat botol araknya terjatuh dan pecah berderai di atas lantai. elsa yang ketakutan terus saja berlari dari situ tapi papanya segera menarik rambut pony tailnya dari belakang. "ouwhhh.... sakitlah pa... ouwwhh...", jerit elsa dalam kesakitan. "oh pandai pula kau rasa sakit, eh?... peduli apa aku kalau kau kesakitan, anak sial!... siapa suruh kau lempar bola mainan kau tu ke ruang tamu ni tadi, hah?.... tengok!... botol arak aku pecah berderai di atas lantai gara gara terkena bola mainan sial kau ni!...", bentak tuan lee dengan kasar sekali. dia menarik rambut pony tail elsa dengan lebih kuat lagi. "pa... maafkan aku.. aku tidak sengaja melemparkan bola tu ke arah botol arak papa tadi...", elsa bersuara dalam kesakitan. "bohong!... aku tahu kau sengaja melemparkan bola mainan kau tu ke arah botol arak papa supaya papa tidak boleh minum air arak tu lagi...", bentak tuan lee lagi. "tak adalah pa... aku memang tak sengaja tadi... ouwhhh....", elsa menyeringai kesakitan. kulit kepalanya terasa sakit apabila rambutnya di tarik dengan kuat oleh tangan sasa papanya itu.

"ahhh!... bohong!... kau dan mama kau sama saja... menyusahkan aku saja... sebagai hukumannya aku akan hukum kau!...", tutur tuan lee dengan wajah yang bengis sekali. dia menarik keluar puntung rokok yang masih berasap dari celah bibirnya. tangan kiri elsa di capainya. "oleh kerana tangan kiri kau ni yang lempar bola ni tadi maka papa akan menghukum tangan kiri kau ni...", tutur tuan lee dengan wajah yang serius. serentak dengan itu puntung rokok yang masih menyala hujungnya di tenyehkan di atas tangan kiri budak kecil yang berumur 6 tahun itu. "arghhhhhh.... sakit pa!... sakit!....", elsa menjerit kesakitan sebaik saja puntung rokok papanya di tenyehkan di atas belakang tangan kirinya. tak cukup dengan itu tuan lee tenyeh lagi hujung puntung rokoknya di lengan kiri anak kecil tersebut tanpa rasa belas kasihan. terjerit jerit elsa kerana kesakitan. "ya Tuhan!... apa telah yang tuan lee buat pada elsa tu?... jangan dera elsa macam tu sekali, tuan lee....", kelihatan mak cik rita melangkah masuk ke ruang tamu itu. dia merasa sungguh terkejut sebaik saja dia menyaksikan semuanya itu. "buat apa pula mak cik membela anak yang tak guna ni?... buat pengetahuan mak cik, anak yang tak guna ni sudah pecahkan botol arak aku tadi sebab itulah aku hukum dia macam ni...", bentak tuan lee dengan marah sekali. "tuan lee, tak baik tuan lee buat elsa macam tu... dia dalam kesakitan tu... kasihan dia... dia masih kecil lagi...", mak cik rita cuba menasihati majikannya itu. dia menghampiri tuan lee yang sedang memegang erat tangan kiri elsa. "peduli apa aku... anak ni patut di hukum sebab dia bukan darah daging aku... lagi pun anak ni hasil perkongsian haram isteri aku dengan bekas kekasihnya... aku paling benci bila tengok wajah anak yang tak guna ni... wajahnya mengingatkan kecurangan ling may padaku mak cik... kalau ikutkan hati aku yang sedang marah ni, aku rasa macam nak siat siat saja wajah anak yang tak guna ni dengan pisau....", tutur tuan lee dalam keadaan yang marah sekali. "kalau ya pun tolonglah jangan sampai mendera anak macam tu sekali... anak tu tidak bersalah. kasihan dia kena dera macam tu...", mak cik rita cuba menasihati lelaki tersebut. "yang mak cik sibuk sibuk ni apasal, hah?... itu aku punya sukalah...", bentak tuan lee cukup marah. "cuba tuan kawal kemarahan tuan tu... tuan nak jadi macam mendiang papa tuan yang suka mendera anaknya sendiri ke?", soal mak cik rita mula bengang pada majikannya itu. bila tuan lee mendengar perkataan pembantu rumahnya itu dia pun terus melepaskan tangan elsa dari pegangan tangannya. elsa cepat cepat berlari menuju ke arah mak cik rita. mak cik rita pantas memeluknya. tuan lee terus beredar dari situ.

mak cik rita mula merawat luka di tangan elsa. "mak cik... betul ke aku ni anak haram hasil perkongsian hubungan terlarang di antara mama dengan bekas kekasihnya?", soal elsa ingin tahu. mak cik rita berhenti dari merawat luka di tangan anak kecil tersebut. dia merenung wajah elsa buat beberapa ketika. "papa kau berprasangka buruk terhadap mama kau sebab bekas kekasih mama kau pernah datang ke sini mencari mama kau. dia saja nak melawat mama kau sebagai seorang kawan tapi papa kau pula yang salah sangka... malah dia menuduh mama kau tidur dengan bekas kekasihnya pula. kebetulan mama kau sedang hamilkan kau masa tu... jadi papa kau mula syak yang kau adalah anak haram hasil perkongsian hubungan terlarang mama kau dengan bekas kekasihnya sebab itulah papa kau selalu marah marah pada kau dan mama kau. apa apa pun mak cik berharap semoga kau jangan ambil hati dengan sikap papa kau tu... sebenarnya papa kau pernah menjadi mangsa penderaan papanya sendiri ketika dia masih kecil. tanpa di sedarinya dia kini mewarisi sikap panas baran mendiang papanya sendiri sebab itulah papa kau kadangkala hilang kawalan diri apabila dia merasa marah. anyway, mak cik berharap semoga kau dan mama kau dapat bertahan dan bersabar menghadapi karenah papa kau tu... mak cik yakin dia pasti akan berubah menjadi seorang suami dan papa yang baik di suatu hari nanti...", tutur mak cik rita panjang lebar. "tapi aku tak fikir pun papa akan berubah menjadi seorang papa yang baik, mak cik... buktinya dia selalu menyakitiku dan juga mama... apa apa pun aku benci pada papa...", tutur elsa dengan penuh emosi. belum pun sempat mak cik rita bersuara elsa terus berlari meninggalkannya seorang diri di situ.


AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now