AKU BUKAN PEMBUNUH 6

263 16 0
                                    

"elsa....", lamunan elsa terhenti di situ juga. "elsa!....", sekali lagi namanya di panggil orang. elsa tahu itu pasti suara kakaknya emma. dia pun bangun dari atas katilnya lalu dia melangkah menuju ke pintu bilik tidurnya. perlahan lahan pintu bilik itu di bukanya. kelihatan emma sedang berdiri di depannya sambil tersenyum lebar. "macamana dik?.... adik dah berehat tadi kan?... apa kata kalau kita pergi ke hospital sekarang untuk menjenguk papa...", emma bersuara pada adiknya itu. "oh... okay...", balas elsa perlahan lahan. "tapi adik elsa belum mandi dan tukar pakaian lagi, kan?", soal emma lagi. "ya....", balas elsa sepatah. "kalau macam tu akak bagi adik elsa 10 minit untuk mandi dan bersiap, ya... akak tunggu adik elsa kat bawah....", tutur emma dengan lemah lembut. "hm... baiklah....", balas elsa perlahan lahan. dia pun pergi bersiap sedia. manakala emma pula menunggunya di ruang tamu. pada ketika elsa sedang mandi dia terpandang akan parut di paha kirinya. parut bekas terkena pisau itu mengingatkannya pada papanya yang pernah mengugutnya di suatu ketika dahulu. "cakap elsa.... ke mana mama kau pergi!....", bentak tuan lee sepulangnya dia dari tempat kerjanya. "aku tidak tahu ke mana mama pergi, pa...", balas elsa dengan jujur. memang petang itu dia tidak tahu ke mana mamanya pergi. maklumlah dia baru saja terbangun dari tidurnya ketika papanya sampai di rumah. "apa maksud kau yang kau tidak tahu apa apa, hah?!!....", soal tuan lee dengan marah sekali. "memang aku tidak tahu apa apa, papa... aku baru saja bangun dari tidur...", tutur elsa dengan jujur. "bohong!!!!.... papa tahu kau dan mama kau bersuhabat dalam perkara ini.... dalam erti kata yang lain kau berpura pura tidak tahu ke mana perginya mama kau tu supaya papa tidak marah pada kau lagi, kan?", sekali lagi tuan lee bersuara dengan marah. "eh... aku cakap yang betullah, pa...", balas elsa lagi. "ahhhh!.... papa tak percaya cakap kau tu... sudah tentu mama kau yang suruh kau berbohong pada papa supaya papa tidak tahu ke mana dia pergi...", tuduh tuan lee secara membuta tuli. "sumpah pa... aku betul betul tidak tahu ke mana mama pergi....", tutur elsa dengan bersungguh sungguh

tuan lee menggetapkan giginya. geram betul dia pada budak perempuan kecil yang berusia 12 tahun itu. dia pun terus mengambil sebilah pisau dari meja dapur yang terletak tidak jauh dari situ. dia mendorong tubuh kecil budak perempuan yang lemah itu ke dinding. kemudian dia meletakkan hujung pisau yang tajam itu di bawah lehernya. "sekarang bagitahu papa mana perginya mama kau tu... jikalau kau tidak bagitahu papa di mana mama kau berada, papa akan kerjakan kau cukup cukup....", ugut tuan lee. "betul pa... aku.... aku tak tahu ke mana mama pergi...", balas elsa mula ketakutan. "kau ni memang betul betul mencabar kesabaran papalah... kalau papa hilang sabar nanti leher kau ni akan di hiris dengan pisau ni, tau... so sebelum papa hilang sabar lebih baik kau bagitahu papa ke mana perginya mama kau tu...", bentak tuan lee dengan kasar sekali. "aku tak tahu ke mana mama pergi... tolong lepaskan aku papa... tolonglah!...", rayu elsa mula menangis. "kau betul betul sayangkan mama kau yang keparat tu, kan... buktinya sampai sekarang kau sanggup berbohong demi melindungi mama kau dari di marahi oleh papa... apa apa pun papa tidak suka anak yang suka berbohong macam kau ni... jadi papa akan menghukum kau!...", tuan lee bersuara dengan tegas. oleh kerana elsa tidak mahu dirinya di hukum dia pun cuba melepaskan diri dari cengkaman tangan papanya itu. ketika dia berhempas pulas hendak melepaskan diri dari cengkaman tangan papanya itu tiba tiba saja paha kirinya terkena hujung pisau yang tajam yang di pegang oleh papanya itu. akibatnya paha kirinya terluka dan berdarah. baru saja tuan lee ingin mengejarnya tiba tiba, "abang!... apa yang abang buat pada elsa ni?...", kelihatan puan ling may berdiri tidak jauh dari situ. "mama!....", elsa terus menerpa ke arah mamanya sambil menangis teresak esak.

"ke mana kau pergi, hah?....", soal tuan lee dengan marah. "aku pergi ke tandas tadilah bang.... yang abang marah pada elsa sampai cederakan paha kirinya ni, kenapa hah?.... abang sudah gilakah, hah?....", marah puan ling may sambil memeluk anak perempuannya itu. baru saja tuan lee bersuara, "ting - tong!....", kedengaran bunyi bell pintu rumah mereka berbunyi dengan nyaring sekali. tentu ada tetamu datang ke rumah mereka pada petang itu. mahu tidak mahu tuan lee pun beredar dari situ. tinggallah puan ling may bersama elsa sendirian di situ. "jangan nangis sayang... biar mama yang merawat luka di paha kiri kau tu...", tutur puan ling may perlahan lahan. dia mula merawat luka di paha kiri anak perempuannya itu. perlahan lahan dia meletakkan handyplaster di atas luka di paha kiri elsa. "ma.... kenapa papa selalu marah marah pada kita?", soal elsa dengan sedih sekali. "jangan sedih sayang... papa marah sebab dia tertekan...", puan ling may bersuara perlahan lahan. "kalau ya pun tertekan takkanlah sampai sanggup cederakan anak sendiri, mama...", tutur elsa dengan airmata masih mengalir di pipinya. puan ling may terdiam di saat dia mendengar perkataan anaknya itu. "papa selalu marah padaku dan juga mama... aku sedih ma... aku sedih.... papa seperti tidak sayangkan aku dan juga mama... dia seperti membenci kita pula...", tutur elsa dengan sedih sekali. "papa tidak bencikan kita sayang... dia cuma ada masalah sikit....", sanggah puan ling may cuba mempertahankan suaminya itu. ini membuatkan elsa merasa sungguh jengkel sekali. "oh... jadi mama masih lagi membela papa biar pun papa sering mendera aku dan juga mama?", soal elsa dengan nada suara yang jengkel. belum pun sempat puan ling may bersuara elsa terus bangkit dari tempat duduknya. "aku tak sangka mama begitu sayangkan papa sehinggakan mama sanggup membiarkan papa melakukan apa saja yang dia ingini dalam rumah ni.... tidakkah mama terfikir yang papa tu sudah keterlaluan?", soal elsa dalam nada suara yang memberontak. "elsa... jaga sikit mulut kau tu... itu papa kau juga.... kau kena hormat papa kau biar pun dia tidak begitu baik pada kita....", tutur puan ling may dengan wajah yang serius sekali. "buat apa aku hormat pada papa yang selalu mendera aku dan juga mama?.... dia bukannya baik sangat pada kita pun.... apa apa pun aku tak ada papa macam dia... dia bukan papa aku....", tutur elsa dengan suara yang kasar. "elsa!.... apa yang kau cakapkan ni?.... mama tak pernah ajar kau bercakap macam tu tau!...", tutur puan ling may dengan marah sekali tapi elsa tidak menghiraukan perkataan mamanya itu. dia terus saja beredar dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now