AKU BUKAN PEMBUNUH 3

395 18 0
                                    

"tiiittt... tiiiiittt!....", lamunan elsa terhenti sebaik saja dia terdengar bunyi loceng pintu rumah yang di sewanya berbunyi nyaring. dengan malas dia bangun dari atas katilnya. "siapa tu?", soal elsa ingin tahu tapi tiada siapa yang menjawap soalannya. mahu tidak mahu elsa pun terpaksa membuka pintu rumahnya itu. kelihatan andy chong berdiri di depannya sambil tersengih macam kerang busuk. "ada apa lagi kau datang ke sini?", soal elsa sedikit jengkel. "oh I missed you lah sayang.... er... boleh kan kalau aku masuk ke dalam sekejap?", soal andy seraya mengenyitkan matanya. "apa yang membuatkan kau berfikir yang aku akan membuka pintu ni untuk kau, hah?", soal elsa cukup jengkel sekali. "sebab aku yakin yang kau akan membuka pintu ni untuk aku...", sekali lagi andy bersuara sambil tersenyum menggoda. "sorry aku tak ada hati nak buka pintu rumah ni untuk kau...", serentak dengan itu elsa menutup daun pintu rumahnya. "hey... hey... hey... jangan tutup pintu rumah kau ni lah... aku belum habis cakap lagi ni.... elsa!...", jerit andy chong di luar pintu rumahnya. elsa memekakkan telinganya. dia terus beredar dari situ lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. "damm!... damm!....", kedengaran pintu rumahnya di ketuk orang dengan kuat sekali. "buka pintu ni elsa!...", kedengaran andy menjerit memanggil namanya. elsa berbaring di atas katilnya. perlahan lahan dia mengambil ear phone miliknya dan juga ipod kesayangannya lalu di sumbatnya ear phone tersebut di telinganya. suara jeritan dan pukulan di pintu bilik rumahnya tidak kedengaran lagi. elsa mendengar lagu kegemarannya sambil berfikir panjang. apakah dia akan pulang ke kota kelahirannya untuk melawat ayahnya di hospital atau pun tidak. semuanya kini terserah pada dirinya sendiri.

*** *** ***

emma duduk di dalam bilik pejabat berhawa dingin milik papanya itu dengan hati yang bercelaru. sebenarnya dia berfikir tentang ayahnya yang mengalami lumpuh seluruh badan akibat kemalangan di jalanraya baru baru ini. jikalau ayahnya keluar dari hospital kelak sudah tentu dia tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai seorang presiden di dalam syarikat pembinaan lee cheng sendirian berhad itu. dia pasti akan terlantar di atas katil sehingga ke akhir hayatnya. emma menarik nafas berat. sebenarnya dia tidak tahu bagaimana nak menguruskan syarikat pembinaan papanya itu. nasib baik gilbert ada menolongnya sikit sikit kalau tidak tak tahu lagilah. "apa yang kau lamunkan tu?", soal suatu suara secara tiba tiba. emma mendongakkan wajahnya. kelihatan gilbert sedang berdiri di ambang pintu pejabat yang berhawa dingin itu sambil tersenyum padanya. "eh... kau tak pergi kerja ke pagi ni", soal emma ingin tahu. dia berdiri untuk menyambut kedatangan kekasihnya di situ."tak... buat pengetahuan kau aku dah berhenti dari bekerja di syarikat pembinaan seri wangsa tu. sekarang aku nak bekerja di syarikat kau pula...", tutur gilbert seraya melangkah masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu. "eh... betul ke ni?", soal emma cukup terkejut. "ya... aku rasa lebih baik aku bekerja bersama dengan kekasih aku yang cantik rupawan ni supaya aku selalu berada dekat dengan si cantik kesayanganku ni....", bisik gilbert di telinga kekasihnya itu. emma tersenyum gembira sebaik saja dia mendengar perkataan kekasihnya itu. "okay, memandangkan kau teringin sangat nak bekerja dengan aku maka aku akan bagi kau jawatan yang baru... kau akan jadi PA aku...", tutur emma dengan riangnya. "jadi PA pun kira okey juga... yang penting aku boleh berada dekat dengan kau...", tutur gilbert sambil tersenyum menggoda. dia memeluk gadis itu dengan erat sekali. emma ketawa kecil dalam pelukannya.

*** *** ***

elsa duduk di dalam perut bas express yang mulai di penuhi dengan para penumpangnya. elsa sengaja naik bas ke kota kelahirannya sebab dia ingin rileks di sepanjang perjalanan yang memakan masa berjam jam lamanya. lagi pula kereta yang di sewanya sudah di kembalikan kepada pemiliknya jadi dia hanya naik bas saja untuk pulang ke kota kelahirannya. di sepanjang perjalanan menuju ke kuala lumbur dia teringatkan peristiwa di mana mamanya di hantar ke hospital dalam keadaan skirt yang berlumuran darah. elsa berjalan di sebelah katil pengusung mamanya sambil menangis teresak esak. begitu juga dengan emma. mak cik rita turut menemani mereka di situ. "mama.... mama, tak apa apa kan?.... mama... iskk... iskk... iskk...", elsa menangis sambil berjalan di sebelah katil mamanya. puan ling may kelihatan lemah sekali. mungkin kerana dia terlalu banyak kehilangan darah sebab itu dia menjadi lemah seperti itu. sebaik saja mereka tiba di hadapan bilik rawatan kecemasan tersebut doktor dan nurse yang ada di situ melarang mereka daripada memasuki bilik rawatan kecemasan tersebut. mereka terpaksa menunggu di luar pintu bilik rawatan kecemasan itu. "jangan sedih elsa... semuanya akan jadi baik baik saja...", mak cik rita memujuk elsa yang masih menangis kesedihan. "mama aku takkan apa apa, kan?", soal elsa dalam esak tangisnya. "jangan bimbang... mama kau pasti akan kembali sihat...", pujuk mak cik rita dengan penuh yakin. "harap harap macam itulah hendaknya...", tutur elsa sambil mengesat air mata di pipinya. tidak lama kemudian pintu bilik rawatan kecemasan itu di buka orang dari dalam. kelihatan doktor yang merawat puan ling may melangkah keluar dari dalam bilik rawatan kecemasan tersebut. wajahnya kelihatan di basahi peluh. dia mengesat peluh di dahinya dengan tuala kecil di tangan. sebaik saja mak cik rita terpandang wajah doktor tersebut dia pun terus bangun lalu melangkah menghampiri sang doktor itu. begitu juga dengan elsa dan emma.

"tuan doktor, macamana dengan keadaan puan ling may?", soal mak cik rita ingin tahu. "keadaan puan ling may sudah stabil sekarang tapi malangnya janin dalam kandungannya tidak dapat di selamatkan...", balas doktor muda itu. "apa?.... puan ling may mengandung ke tuan doktor?", sampuk mak cik rita cukup terkejut. "ya... dia tidak pernah bagitahu korang ke yang dia hamil selama 5 bulan?", soal doktor itu kehairanan. "ya... dia tidak pernah pun bagitahu kami apa apa...", jawap mak cik rita dengan jujur. "hm.... apa apa pun puan ling may sudah banyak kehilangan darah. jadi kami memberikannya darah tambahan... buat sementara waktu ni dia terpaksa di tahan di hospital ni sebab keadaannya terlalu lemah. harap korang faham ya...", jelas doktor itu lagi. "baiklah tuan doktor... boleh kan kami pergi melawatnya sekejap?", soal mak cik rita ingin tahu. "boleh... silakan....", doktor itu bersuara sambil menganggukkan kepalanya. cepat cepat elsa berlari masuk ke dalam bilik rawatan kecemasan itu tapi mamanya telah di tempatkan di bilik rawatan pesakit yang terletak tidak jauh dari situ. elsa segera menghampiri mamanya. "ma....", elsa bersuara seraya memegang tangan mamanya. dia lihat mamanya masih belum sedarkan diri. emma berdiri di sebelahnya. dia memegang bahu kiri adiknya. elsa segera memeluknya sambil menangis. "kakak.... mama kak.... dia menderita.... cukup menderita.... aku sedih melihat mama terlantar sakit di atas katil macam ni....", tutur elsa dalam esak tangisnya. "ya dik... akak tahu mama menderita... tapi apa yang boleh kita buat?... dah nasib mama macam ni...", tutur emma turut merasa sedih. "kerana papalah mama jadi macam ni. papa telah membunuh adik kita kak... papa jahat... papa kejam... aku benci pada papa... iskkkk.... iskkk...", tutur elsa dalam tangisannya. airmatanya semakin banyak membasahi pipinya. "dik... jangan cakap macam tu... mungkin papa tidak sengaja...", tutur emma. "ahhhh!!!... kakak asyik mempertahankan papa saja... malaslah nak cakap dengan kakak ni...", elsa terus meleraikan pelukannya lalu dia berlari meninggalkan kakaknya emma dan juga mak cik rita di situ. "elsa... kau nak pergi ke mana tu?", soal emma ingin tahu tapi soalannya tidak di jawap. malah elsa terus berlari tanpa menoleh ke belakang lagi. dia berlari masuk ke dalam tandas yang terletak tidak jauh dari bilik rawatan pesakit tersebut. dia menangis seorang diri di dalam tandas itu.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now