AKU BUKAN PEMBUNUH 8

215 14 0
                                    

elsa melayangkan pandangannya ke luar jendela kereta milik kakaknya. emma memasang radio keretanya. kedengaran lagu "trouble" dari kumpulan coldplay bergema di ruang dalam kereta tersebut. lagu itu tiba tiba saja mengingatkan elsa pada mamanya puan ling may. mamanya sering mendengar lagu itu di bilik tidurnya ketika dia duduk bersendirian. sejak mamanya mengalami keguguran seminggu yang lalu mamanya sering mengurungkan diri di dalam bilik tidurnya. dia jarang sekali keluar dari dalam bilik tidurnya. malah dia sering menyendiri di dalam bilik tidurnya sambil mendengar lagu tersebut. petang itu elsa lihat pintu bilik tidur mamanya terbuka sedikit. telinganya dapat mendengar lagu sedih tersebut berkumandang dari dalam bilik tidur mamanya. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur mamanya. dia lihat tiada sesiapa pun yang berada di dalam bilik tidur tersebut tapi dia dapat dengar dengan jelas bunyi air paip mencurah curah jatuh di dalam bilik air yang terletak tidak jauh dari situ. pintu bilik air itu terbuka sedikit. perlahan lahan elsa cuba mengintai mamanya melalui pintu bilik air yang terbuka kecil itu.

kelihatan mamanya sedang duduk membelakanginya sambil menangis teresak esak. air paip jatuh membasahi kepala dan tubuhnya. dia kelihatan basah kuyup di dalam pakaian tidurnya yang masih melekat di tubuhnya. "mama....", elsa memanggil mamanya dengan suara yang lembut tapi panggilannya langsung tidak di sahut. malah mamanya puan ling may terus saja menangis dan menangis seorang diri di situ. elsa lihat ada botol racun serangga di tangan mamanya. dia merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat mamanya sedang meminum air racun di dalam botol di tangannya. cepat cepat elsa menyerbu masuk ke dalam bilik air itu. "apa yang mama buat ni?.... mama tolong jangan minum racun serangga tu... mama akan mati jikalau mama minum racun serangga tu!....", jerit elsa cukup terkejut. dia cuba menghalangi mamanya daripada merampas botol racun serangga dari tangan mamanya tapi puan ling may segera menepis tangan anaknya itu. "biarkan mama mati, elsa.... biarkan mama mati!.... papa kau tak sayangkan mama lagi... biarkan mama mati saja!....", bentak puan ling may sambil menangis tersedu sedan. "mama!... just stop it!.... just stop it!....", jerit elsa dengan menangis. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan emma sedang melangkah melintasi pintu bilik tidur mamanya. dia merasa terkejut sebaik saja dia terdengar suara jeritan adiknya elsa. dia pun terus berlari masuk ke dalam master bedroom yang mempunyai bilik air kecil itu. "oh my God!.... apa yang mama lakukan ini?...", emma bertambah terkejut apabila dia melihat mamanya sedang meminum air racun serangga di dalam botol di tangannya.

puan ling may terus terjatuh di atas lantai setelah begitu banyak racun serangga di minumnya. dia rasa pandangan matanya terasa berpinar pinar. kepalanya terasa sakit dan tenggorokannya pula terasa sakit seperti terkena api yang membara. seluruh tubuhnya tiba tiba saja menjadi lemah dan tidak bermaya. elsa terus memangku kepala mamanya di atas pahanya. "mama... kenapa mama lakukan ini semua?... isskk... iskkk....", soal elsa sambil menangis. kakaknya emma pun turut menangis di sebelahnya. puan ling may menangis dalam kesakitan. "elsa sayang... maafkan mama.... isskk... issk... mama tak mampu menghadapi semuanya ini... dugaan ini terlalu berat untuk mama pikul... papa kau terus menerus menyeksa mama secara fizikal, mental dan batiniah.... dia tidak pernah menunjukkan rasa sayangnya pada mama... mama rasa sedih yang amat sangat.. terasa mama ni menjadi batu sandungan pada papa korang pula. apa apa pun mama minta maaf pada kau elsa kerana mamalah papa kau membenci kau sejak kau dari dalam perut mama lagi... isskk... isskk... mama mohon agar kau tabahkan hati kau apabila mama sudah tiada lagi di samping kau dan juga emma.... isskk... isssk....", tutur puan ling may sambil menangis teresak esak. elsa menangis ketika dia mendengar mamanya berkata begitu padanya. dia betul betul merasa sedih melihat mamanya dalam keadaan seperti itu. "kenapa mama ambil tindakan yang bodoh macam ni?... isskkk... iskkk... mama tak sayangkan kami lagi ke, hah?... isskkk... issskk....", soal emma sambil menangis dengan sedih. "bukannya mama tak sayangkan kamu berdua... cuma... isskk.... issskk.... cuma mama tak kuat untuk menghadapi semuanya ini... mama harap korang akan faham.... issk.... issk.... uhuukkk...", puan ling may bersuara dalam kepayahan. pada saat dia cuba untuk bertahan, dia terbatuk dan termuntah. kelihatan begitu banyak darah merah keluar dari dalam mulutnya. "ya Tuhan... mama muntah darahlah... cepat... kita hantar dia ke hospital....", emma bersuara dengan cemas sekali. dia segera memanggil mak cik rita.

kemudian dia menyuruh pembantu rumah mereka itu supaya memanggil pihak ambulance ke rumah mereka tapi puan ling may berkeras tidak mahu di hantar ke hospital. dia terus memanggil mak cik rita. "mak cik, tak payah panggil ambulance tu.... sekejap lagi ajalku akan tiba aku mohon agar kau menjaga kedua orang anak perempuan ku ini dengan baik... kau jagalah mereka seperti anak kau sendiri....", tutur puan ling may dengan lemah sekali. "baiklah puan...", balas mak cik rita perlahan lahan. puan ling may menggenggam erat kedua belah tangan anak perempuannya sambil dia cuba untuk tersenyum. "jangan menangis wahai anak anakku... mama pergi ke tempat yang jauh... di mana mama tidak lagi menjadi batu sandungan bagi papa korang. mama berharap semoga papa korang akan berubah menjadi seorang lelaki dan papa yang baik setelah mama tidak ada lagi di muka bumi ini... apa apa pun mama mohon agar korang dapat teruskan hidup ini dengan baik selepas mama tiada di sisi korang kelak... aarrrghh.....", ucap puan ling may pada kedua orang anak perempuannya itu. kesakitan yang di alaminya tidak dapat di gambarkan dengan perkataan. inilah azab derita yang terpaksa di tanggungnya setelah dia meminum racun serangga yang mematikan itu. racun tersebut telah membunuh sel sel dalam tubuhnya dan sekaligus merosakkan organ dalamannya. dia tahu ajalnya akan tiba tidak lama lagi. "tidak mama... tidak... kami tak boleh hidup tanpa mama di sisi.... mama jangan tinggalkan kami, ya.... kami berjanji kami akan menjadi seorang anak yang baik untuk mama dan kami tidak akan menyakiti hati mama lagi. kami mohon supaya mama bertahan, ya... issskkk... iskkk....", tutur elsa dalam esak tangisnya.

"tak boleh elsa sayang... mama tak boleh bertahan lagi... oh... sakitnya!... arrghhhh!.....", puan ling may mengerang kesakitan. mulutnya tiba tiba saja berbusa seperti orang yang terkena penyakit sawan babi pula. dia kelihatan menggelupur kesakitan. serentak dengan itu dia mati terkujur kaku di dalam pangkuan elsa. "mama!.... oh tidak!.... mama!!!... jangan tinggalkan kami.... mama!..... mama!... mama!.....", jerit elsa sambil menjerit dan meraung dengan sekuat hatinya. dia menangis sambil memeluk mayat mamanya. sedihnya bukan kepalang lagi. airmata bercucuran membasahi pipinya sehinggakan habis basah baju gaun yang di pakainya saat itu. dia menangis sehingga bengkak matanya dan suaranya serak akibat terlalu kuat menangis dan meraung ketika itu. sebenarnya dia betul betul merasa kehilangan yang amat sangat di saat mamanya pergi meninggalkannya buat selama lamanya. "adik!.... dik elsa!...", lamunan elsa terhenti di situ juga. kelihatan emma sedang memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang semacam. elsa rasa ada airmata mengalir keluar dari kelopak matanya. "eh.... adik menangis ke?", soal emma terkejut. "eh.... tidaklah.... ada habuk masuk dalam mata aku ni tadi...", cepat cepat elsa menghapuskan airmata yang mengalir di pipinya dengan tangannya. kemudian dia berpura pura mengesat matanya. macamlah matanya itu di terkena habuk pula. padahal matanya langsung tidak terkena habuk pun. dia terpaksa berlakon di depan mata kakaknya. "oh.... macam tu.... er.... mari kita keluar... kita sudah sampai di kawasan hospital dah ni...", tutur emma perlahan lahan. "oh... baiklah....", balas elsa secara spontan. cepat cepat pintu kereta di bukanya. begitu juga dengan kakaknya emma. mereka melangkah keluar dari dalam kereta itu secara serentak. perlahan lahan mereka menutup pintu kereta tersebut. setelah pintu kereta di kunci mereka pun beredar dari situ.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now