Final

9K 447 82
                                    

FINAL CHAPTER
《 CHP 30》

Kaki yang melangkah setapak demi setapak semakin perlahan sebelum betul-betul berhenti saat iris matanya  bertentang dengan mata keluarga Black. Demerez Black serta pasangannya , Elise Kimberlin. Refleks , Demerez Black mendongak tatkala merasai kehadirannya disitu. Pandangan tajam lelaki itu menikam wajahnya,memaksa Estella menundukkan wajah. Tidak mampu bertentangan mata dengan ahli keluarga itu. Hatinya merintih dalam derita dan kebimbangan. Kekesalan menghantui jiwa raganya.

Derap langkah Demerez yang menghampiri dirinya menambahkan getaran dalam hatinya. Perlahan-lahan Estella mendongak,membalas tatapan Demerez Black yang seakan mahu menyiat-nyiat kulit wajahnya.

" apa lagi kau buat dekat sini ? Tak cukup lagi anak-anak aku jadi macam ni sebabkan kau ? " selar Demerez Black tanpa amaran.
Raut wajah lelaki itu kusut ,jelas terkesan dengan tragedi yang sudah berlaku ke atas kedua-dua kembarnya. Ledakan amarah jelas tersimpan dalam dada lelaki itu ,ingin dihambur sepenuhnya ke atas diri Estella.

" sejak awal lagi aku tak patut biarkan kau dekat dengan Arz ! Kesilapan terbesar aku sebab biar kau masuk dalam keluarga kami. Kau adalah bencana paling besar berlaku pada keluarga Black. Kenapa kau tak pergi sahaja daripada keluarga kami. Apa yang buatkan kau masih nak berada disini! Kau dan Dane dah tiada apa-apa , dan aku rasa kau dah cukup membenci Dane atas apa yang dia dah buat... so apa lagi alasan yang bawa kau ke sini? "

Estella terkesima. Kedua tangannya yang bergetaran digenggam sekuat hati. Akal warasnya membenarkan perkataan demerez black, namum hatinya... jiwanya sangat terseksa demgan hanya mengiakan kebenaran kata-kata Demerez Black.
Lambat-lambat iris matanya melirik pintu bilik yang menempatkan Daneiel yang kini bertarung dengan nyawa.

" aku tak tahu sama ada kau sedar atau tidak, kau punca segalanya yang berlaku hari ini"

Estella membawa pandangannya semula kepada Demerez Black.
Membiarkan lelaki itu terus menerus meluahkan segala rasa hatinya.

"  kewujudan kau ...kehadiran kau dalam hidup anak-anak aku , punca kehancuran mereka sendiri. Cinta Arzeiel pada kau memusnahkan diri dia ... dan cinta Daneiel pada kau ... membawa dia ke ambang maut. Ketamakan kau untuk dapatkan cinta Daneiel dikala Arzeiel ada disamping kau ... mencambahkan lagi kebencian dalam diri Arzeiel pada kembarnya sendiri. Kau ... yang suntik rasa itu dalam diri Arzeiel sampai dia ambil tindakan bodoh itu.  "

Birai mata Estella hangat, pandangan matanya semakim berkaca-kaca. Hatinya semakin sakit ,pedih dengan perkataan itu yang ibarat akar berduri membelit diri.  Air matanya mulai menodai wajah tanpa esakan meski tubuhnya bergetaran dengan esakan yang dibisukan.

" sekarang ...  seorang anak aku bertarung dengan nyawa ...seorang lagi ... bertarung untuk terus hidup dibalik sel besi ...semuanya disebabkan ketamakan kau. Kau ...hanya pentingkan diri kau "

" uncle " seruan itu datar kedengaran,namun cukup membuatkan Estella menoleh. Matanya pantas menikam susuk tubuh Hel yang menapak ke arah mereka. Estella jelas kebingungan dengan kehadiran Hel disitu.

Namun tidak bagi Demerez Black yang semakin dimakan amarah. Tanpa amaran ,kolar baju Hel direntap kasar membuatkan situasi itu menjadi tegang dalam sekelip mata. Elise cuba meredakan pertelingkahan itu namun tidal berjaya. Hel pula hanya membisu,tertunduk dalam pada menyerah kalah. Membiarkan sahaja  perbuatan Demerez Black.

A Single Truth ✔Where stories live. Discover now