25

4.8K 410 54
                                    



A SINGLE TRUTH

CHAPTER 25

Duduk dilabuhkan dibirai katil itu, dengan mangkuk bubur yang masih hangat. Iris mata Estella jatuh pada wajah lelaki asing dihadapannya, sebelum perlahan-lahan beralih pada mangkuk bubur itu. Sepanjang dia sedar, lelaki dihadapannya ini tidak langsung bersuara , hanya bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang bunyi. Kekok serta janggal mengisi ruang dadanya.

Lamunannya terjeda apabila sudu besi itu disua padanya, mata pantas bertaut semula dengan lelaki itu.
Mulut ingin menyoal gerangan lelaki ini , namun hanya mampu membisu. Mungkin kerana keadaan tubuh badannya yang masih keletihan serta lesu.

Sudu itu disua lebih hampir ke bibirnya, membuatkan Estella terpaksa juga untuk membuka mulutnya. Hanya kebisuan menjadi peneman buat mereka berdua. Setelah beberapa sudu bubur dijamah Estella , lelaki itu memberikan gelas berisi air putih buatnya. Seusai selesai, Estella dikejutkan pula dengan tindakan lelaki itu yang mengelap hujung bibirnya dengan napkin. Serentak, jantung ibarat disalur dengan sensasi baru , seakannya jiwa yang sudah lama mati kembali hidup.

Estella tertunduk seketika, merasai kehangatan wajahnya yang tiba-tiba terkesan dengan tindakan lelaki itu.

" dah berhari-hari kau tak sedarkan diri" senyuman kecil terbit dibibir lelaki itu seraya bangun mendulang mangkuk dan gelas yang sudah kosong.
" —— pasti family kau bimbangkan kau "

Entah mengapa, hati Estella sebak sebaik sahaja mendengar perkataan lelaki itu. Kepalanya menunduk , sementara jemarinya mengait-ngait hujung comforter yang menyelimuti tubuhnya.  Sehinggalah, tangan lelaki itu menyentuh sisi kepalanya. Membuatkan Estella terdongak. Dilihatnya lelaki itu sedang membelek balutan dikepalanya , dengan sangat teliti sehingga membuatkan jantungnya sekali lagi berentak laju.

" balutan kau perlu ditukar " lembut dan datar ungkapan lelaki itu.
" —— kau , boleh bangun sendiri ke? Bersihkan diri kau , then baru aku tukarkan balutan ini "

Terdiam Estella,bukan kerana kaget hanya pegun dek kejutan rasa dalam dadanya tika ini. Bibir dipagut lemah sebelum kepala diangguk perlahan. Sebelah kaki diturunkan dari katil , diletakkan diatas lantai seraya tubuh bangun dari perbaringannya namun tidak sampai beberapa saat tubuhnya mulai hilang imbangan.
Sempat lengan sasa lelaki itu merangkul pinggang Estella daripada rebah ke bumi dari belakang ibarat backhug. Sekali gus menghantar jalinan rasa lain , dingin menakluki jiwa raganya.

" um... t-thanks "

Lengan lelaki itu meleraikan pegangannya namun masih memaut sisi tubuhnya, dalam posisi berjaga-jaga agar insiden tadi tidak berlaku lagi.
" maaf, aku terlupa kau masih lemah. Biar aku panggilkan maid untuk persiapkan kau " seusai kata-kata itu , tubuh Estella kembali diletakkan dibirai katil dengan penuh hati-hati.

Langkah lelaki itu laju diorak ke arah pintu, membuatkan Estella sedikit tergesa-gesa memanggilnya.
" wait ! " bibir dibasahkan sebelum dia menyambung ungkapannya.
" —— your ... name ? "


Senyuman terlakar indah diwajah lelaki itu sebaik sahaja mendengarkan pertanyaan Estella.
Kelihatan lelaki itu mendiamkam diri buat sesaat dua , mengemam bibirnya sebelum tersenyum , kali ini menampakkan barisan giginya.

" just call me Hel "

Susuk tubuh lelaki itu sudah hilang dibalik daun pintu , meninggalkan Estella dengan barisan nama yang diseru halus dibibirnya.

Hel ...
















Piring kaca itu ditolak kasar oleh Avril , membuatkan seluruh ruang rumah itu dihiasi bunyi bingit kaca yang pecah. Daneiel yang turut sama sedang menjamah makanannya terhenti. Lantas , keluhan panjang bagai mantera dibibir lelaki itu.
Sudu dan garfu ditangannya diletakkan disisi piring , seraya iris mata melirik datar ke wajah wanita yang diselubungi amarah itu.

" apa yang tak kena lagi Avril . Stop acting like this can you ? I muak dengan perangai you ni " dengus Daneiel sambil tangan mencapai napkinnya.

Avril mengepal erat tangannya , bibir diketap kuat sambil matanya menjeling tajam ke wajah sang kekasih.  " uh yeah ? Dah muak dengan I , really ? Sebab apa ?! Biar I teka ...sebab perempuan gila tu kan ! Sebab you dah tergilakan perempuan sial tu ! "

Daneiel  membuang pandang ke arah lain , bersama keluhan dibibir. Wajah lelaki itu dihiasi kelesuan , benar-benar bosan dengan isi perbalahan yang sering berlaku antara mereka.

" dah bosan dengan I ?! Macam tu ker huh ? Sebab I cacat macam ni then you pun dah putus asa dengan I ! You nak tinggalkan I ?! Macam tu ker huh Dane?! You tahu tak apa yang I lalui selama ni sebab you huh ?! Sampai hati you nak buang macam sampah je kan ! "

" I tak pernah layan you macam sampah Avril . Takpernah ! Yang layan diri you macam tu adalah you sendiri, you sendiri tahu hal itu. Sejak dulu lagi, you yang rendahkan diri you dengan pergaulan liar you tu .. tak ubah macam perempuan yang tak bermaruah but still I setia dengan you . I tak ada pun kritik gaya hidup you ... no . I respect itu cara you nak enjoy your life ... I diamkan jer bila you layan I macam pilihan kedua dalam life you ... I diam jer tiap kali nampak you dengan lelaki-lelaki itu. Yang letakkan diri you setaraf perempuan murahan adalah you sendi—— "

Refleks , wajah Daneiel dicurah dengan air bagai tamparan maha hebat daripada Avril . Keheningan dalam ruangan meja makan itu semakin merundum ditambah dengan ketegangan antara pasangan itu yang menggunung tinggi.
Kedua-duanya saling bertentang mata, tajam.


" jaga mulut you Dane sebab setahu I ... perempuan murahan ini yang you kejarkan dulu .. yang you sanggup pertahankan untuk bela 'kematian' dia. Sedar diri you tu sikit Dane. Sekurang-kurangnya I tak menyebabkan seseorang mati , tak macam you . Papa perempuan gila tu mati sebab you. So, jangan mimpi dia akan terima you balik Dane. JANgan pernah berangan. "


Jelingan mata Daneiel menyiat-nyiat wajah wanita dihadapannya. Cukup hanya renungan mata membicarakan isi hati mereka.
Daneiel bingkas bangun bersama rengusan halus terluah dibibirnya lantas kaki diorak melangkah pergi dari ruangan itu.  Tidak menghiraukan seruan nama yang dilaung-laung oleh Avril yang kemudiannya diikuti dengan bunyi kaca pecah buat ke sekian kalinya.

Kakinya yang maju melangkah tadi lambat-lambat berhenti sebaik sahaja tiba diruang depan rumahnya. Langit biru yang terbentang luas ditatap kosong. Dipejam kelopak matanya bersama rasa berat yang membebani dada sejak beberapa hari ini.


" please be safe ...that's ...my only wish " lirih luahan hatinya separuh berbisik , bermonolog pada diri sendiri. Mata dicelikkan , kembali langkah diatur ke arah keretanya.
Deruan enjin mulai kedengaran , sebelum sayup-sayup meninggalkan kawasan perumahan itu.

Sebaik sahaja kenderaan mewahnya meninggalkan kawasan perumahan itu , muncul motor berkuasa tinggi mulai memasuki ruang rumah itu.
Hel menaikkan cermin helmetnya dengan tangan yang bersarung material kulit hitam. Serentak , matanya naik terarah ke arah balkoni tingkat dua rumah agam keluarga Black itu. Tatapan mata datar Demerez Black menemui wajahnya.


Perlahan-lahan dia turun dari motorsikal berkuasa tingginya, pegangan pada tali helmetnya diperkukuhkan dalam pada masih bertentangan mata dengan lelaki berusia itu. Senyuman manis diukirkan buat Demerez Black.



















|| tbc
Vote and comment ||

√ rmai juga yg buat andaian di chp lepas ..hehe..suka sy bca korang punya comment.
√ and yes ,memperkenalkan Hel . Hel sebenarnya bukan watak baru , tapi still baru untuk AST , so bagi readers yg tertnya2 siapa Hel ni.
Dia ad dalam book Escaped hold me tight. Hel, si kecil... anak kepada Zu Er. Masihkan anda ingat hehe ...

A Single Truth ✔Where stories live. Discover now