20

4.8K 411 51
                                    



A SINGLE TRUTH

CHAPTER || 20






"Im kidding cupcake "


Senyuman dibibir Judah disambut jelingan tajam daripada Estella yang berkeras tidak mahu memasuki kereta mewah milik lelaki itu .
Tawa kecil Judah menjadi penyeri halwa telinganya , lambat-lambat bibir turut sama tersenyum . Namun , perhatian Estella kembali diterjah dengan tindakan Judah yang bersahaja meletakkan tangan diatas kepalanya , persis bagai anak kecil dia dilayan .

Estella terpinga-pinga buat seketika sebelum kening dijungkit , menyoal alasan lelaki itu yang masih tak lekang dari senyuman .
Judah hanya mendiamkan diri , bibir dijuih ke arah langit .

Mata Estella pantas tertancap pada kepulan awan yang semakin gelap , dalam tak sedar menjawab persoalan yang bermain difikirannya tadi .



" sebel hujan turun , aku sediakan tangan aku untuk lindung kau dulu "


Estella hanya tergeleng dengan bicara manis lelaki itu . Terhibur .
" then , apa guna kereta awak yang mewah ni ? Buat display ? " seloroh Estella , cuba menaikkan suasana yang seakan hambar dek kerana dieinya yang terlalu tenggelam dalam emosi sebentar tadi . Usaha Judah untuk menceriakan harinya tidak dipersia-siakan bagai angin lalu .


" well , kereta yang indah dah mewah tentunya untuk dipamerkan , sama seperti tuannya ... elok dipandang , namun terlalu sukar untuk dimiliki sesiapa pun "


Akhirnya tawa sinis terlepas juga dari bibir Estella , serentak menolak tangan Judah yang masih berada diatas kepalanya sejak tadi . 
Belum sempat dia ingin menyelar seloroh Judah , anak mata pantas terarah pada susuk tubuh Daneiel yang menghampiri mereka berdua .
Sekali gus , mematikan perbualan antara dirinya dan Judah .



Daneiel melirik sekilas pada bapa saudaranya , sebelum iris mata dialihkan pada wajah Estella . Estella membisu , namun tidak hilang rasa gembiranya apabila melihat hujung bibir lelaki itu yang tampak keungguan dek tumbukan abangnya . 



" boleh tinggalkan kami sekejap " datar permintaan Daneiel mendorong Estella untuk bertentang mata dengannya .  Renungan masing-masing tersisa kebencian , penderitaan dan badai emosi yang menggunung .


Judah tanpa banyak bicara mulai mengorak langkah ke arah seat pemandu kenderaannya , atau dalam kata lain memberikan ruang privasi buat pasangan itu . Segalanya bergerak dengan sangat lambat dan penuh kebisuan .

Estella pantas melarikan pandangan mata ke arah lain . Tangan dikepal seeratnya dalam diam .
Iris matanya berubah datar , dan struktur tubuh menjadi tegang .


" aku bersimpati atas kehilangan kau"


Tajam renungan mata Estella menujah ke wajah lelaki itu . Tiada walau secalit senyuman mampu diukirkan buat Daneiel .
" —— bukan awal happy ke ? Akhirnya , saya tahu juga macam mana perasaan kehilangan seseorang yang saya sayang ... akhirnya apa yang awak rasa selama ini ... saya alami juga ? Just straight to the point jelah Dane , antara kita dah tiada apa-apa , tak guna untuk awak terus berlakon depan saya "


" Este , aku tak berniat untuk semua ni berlaku . Dan aku tak sangka langsung yang —— "


" stop please " selar Estella , tegas .
" —— apa-apa yang keluar dari mulut awak ... saya tak dapat tafsir ..
Sama ada awak betul-betul maksudkan atau ... sekali lagi ... awak cuba nak tipu saya . Stop confusing me , again Dane . Stop . Saya tak nak ada kena mengena dengan awak , or pandang muka awak ... or anything !
Boleh faham tak ? "

A Single Truth ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें