29

5.8K 381 35
                                    

A SINGLE TRUTH

CHAPTER 29


Tali yang mengikat pergelangan tangan lelaki itu terlerai ,menyembah bumi. Senyuman halus terlakar dibibir Arzeiel,lantas iris matanya naik menatap wajah Estella sambil diusap lembut pergelangan tangan yang sedikit berbirat. Dia menanti sehingga Estella selesai membuka ikatan dikakinya pula. Mengambil masa yang tersisa bagi merenung wanita yang bertahta dihatinya.
Rasa cinta yang mekar dalam dadanya bagai udara dingin yang segar menghembus ke dalam diri.

Seusai selesai,Estella mendongak. Berbalas pandangan lelaki itu. Buat seketika, kebisuan menjadi jurang yang menjarakkan mereka. Namun bagi lelaki itu,tiada jurang antara mereka. Hati mereka saling bertautan ,itu yang sering kali dia ingatkan dalam fikirannya.

" saya dah bukakan ,mana janji awa-" ucapan Estella terjeda apabila tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Dalam posisi kepala Arzeiel disembamkan ke bahagian abdomennya. Kedua-dua lengan lelaki itu merangkul pinggangnya.

Iris mata Estella jatuh pada lelaki itu,kesayuan menghuni biasan matanya lantas tangannya naik mengelus belakang tubuh Arzeiel.
Masa berlalu ,detik demi detik menyaksikan pasangan itu yang masih dalam posisi sama.

Sehinggalah Arzeiel mendongakkan wajahnya. Matanya mencari mata Estella ,perlahan-laham senyuman melebar dibibir Arzeiel.
" I miss you Raine " gemersik halus pengakuan Arzeiel membuatkan Estella membisu. Iris matanya semakin terbiaskan kehibaan.

" you looked sad .... why ? " lirih  soalan Arzeiel sambil tangannya naik menyentuh sisi wajah Estella. Keningnya bertaut tatkala melihat riak wajah wanita itu yang jelas tampak sedih. Menghantar sejuta kali rasa sedih dalam dadanya.

Estella menggeleng,senyuman manis diukirkan buat lelaki itu seraya pelukan dileraikan.
" saya okey. Awak yang tak okey sekarang ni ..." mendengarkan bicara Estella ,Arzeiel tertunduk membuatkan Estella mengeluh pendek. " - macam mana awak boleh dekat sini ? Awak accident atau - "

" saya dah lama cari awak Raine " bicara lelaki itu jeda buat seaat dua,membalas tatapan mata Estella yang melirik hiba padanya. Dia tidak kisah dengan pandangan itu meski itu adalah pandangan kasihan sekali pun,asalkan wanita itu masih sudi memandangnya. Lambat-lambat dia menghulurkan tangannya buat Estella.

Estella diam. Disambut jua huluran tangan itu meski pertanyaannya masih tidak berjawab. Tautan tangan mereka membuatkan senyuman dibibir Arzeiel semakin lebar.
Kebahagian terpancar dimata lelaki itu.

" saya ingat awak dah tinggalkan saya Raine. Saya ingat... saya ...saya dah hilang awak ...selamanya "

Estella diam. Dilarikan pandangannya ke arah lain apabila isu kehilangannya dibahaskan. Jiwa wanitanya sedih juga serba salah pada lelaki ini ...keluarganya ...orang yang masih menyanyinya..masih dan sentiasa menantikan diri untuk pulang. Tetapi dia,bersembunyi. Terlalu ... takut untuk membela diri sendiri. Terlalu mudah untuk berputus asa dalam kehidupannya.

"Situasi ,takdir yang memaksa saya Arz. I'm sorry for the pain " separuh berbisik ungkapan Estella ,membalas tatapan lelaki itu. Namun,sebaik sahaja dia membalas tatapan mata lelaki itu,hatinya pedih tatkala mendapati ada air mata yang menodai wajah Arzeiel.

Arzeiel menggeleng,meski matanya kabur dek taburan air mata ,tidak hilang senyuman manis itu dari bibirnya. Tangan Estella digenggam kemas. " saya sanggup bertahan... walau sakit macam mana pun, saya sanggup tunggu demi awak. "

A Single Truth ✔Where stories live. Discover now