Bab 10 (Mencari dia)

494 56 0
                                    


A/n: 2018 akan berakhir dalam dua hari. So, Selamat Tahun Baru in adv XD

 

Hali dan Ais sampai ke rumah mereka. Mereka mengeluarkan baju dalam beg mereka kerana Taufan perlu membasuh baju yang telah dipakai. Lepas itu, mereka berdua pergi ke gerai Atok mereka sejak waktu sekarang adalah tugas mereka.

Bila mereka sampai ke Kokotiam Tok Aba, tak ramai orang berada di situ. Hali dan Ais duduk di kerusi dan tak tahu apa mereka patut buat sekarang. Ais memanggil Gempa dan tanya,"Ada apa-apa yang kami boleh bantu kau?" Gempa letak salah satu tangannya di bawa dagu dan jawab,"Hmm.. Ada. Hantar satu kotak koko ke rumah Gopal. Itu saja." Hali kata,"Biar aku hantar. Aku gerak lagi laju." Ais hanya mengangkat bahu dia dan biarkan abangnya hantar koko itu.

Hali angkat kotak koko itu dan terus ke rumah Gopal. Dia mengetuk pintu rumahnya. Gopal buka pintu dan nampak Hali sedang memegang kotak koko itu. Gopal berikan duit itu kepada Hali untuk membayarnya. Lepas itu, Hali terus balik ke Kokotiam Atoknya untuk memberikan duit itu kepada abangnya.

Bila waktu hampir pukul 12 petang, beberapa orang datang dan ingin order makanan atau minuman di situ. Taufan, Blaze dan Solar sampai ke Kokotiam. Tugas Gempa, Hali, Ais dan Thorn sudah selesai. Mereka empat terus balik ke rumah dan berehat.

Ais masuk ke dalam biliknya dan mengeluarkan plushynya. Tapi, ada sesuatu jatuh di atas lantai bila dia keluarkan plushy dia. 'Eh? Apa benda ini?' Fikir Ais sambil dia mangangkat benda itu. Di belakang ada nota kecil.

Ini paranti tracker. Jumpa aku pada waktu petang di rumah aku.

-(n/a)

'Oh, dari (n/a).' Fikir Ais.

Hali melepasi bilik Ais tapi, dia nampak peranti tracker di tangan Ais. 'Eh, itu peranti tracker! Jadi, (n/a) berikan kepada Ais juga ke?' Fikir Hali. Sebenarnya, Hali dapat jumpa peranti tracker dalam begnya dulu sebelum keluar rumah untuk bertugas. Hali masuk ke dalam bilik Ais dan berkata,"Jadi, pada waktu petang, kau pun perlu pergi ke rumah (n/a).."

Ais terkejut dan peranti tracker itu hampir terjatuh di atas lantai. Tapi, nasib la dia tangkap dulu sebelum ia jatuh dan rosak. "Ish!Kau ni... Tak reti ketuk pintu sebelum masuk ke..." Kata Ais, memandang Hali dengan muka marah. Hali menjeling dan berkata,"Itu tak penting.. Yang penting, kita perlu pergi ke rumah (n/a)." Ais kata,"Eh? Jangan bilang aku yang kau da-" Hali memotong ayatnya dan berkata,"Ye, aku dapat juga."

Hali menunjuk peranti tracker itu kepada Ais. "Sudah, mari pergi. Aku rasa penting ni." Ais baring di atas lantai dan mula menjadi malas pula. "Tapi, aku nak rehat la.. Ada masa lagi kan? Kata waktu petang tapi, tak bilang pukul berapa.." Kata Ais sambil lihat siling di atas dia. 'Pemalas..' Bisik hati Hali. Tiba-tiba, Hali ada idea untuk membuat Ais pergi ke rumah (n/a) sekarang. Dia berkata,"Kalau kau tak nak pergi sekarang pun tak apa. Biar aku mengaku tentang perasaan aku kepada dia dulu. Kalau dia terima, jangan menyesal~" Ais duduk tegak dan berkata,"Apa!? Tidak!! Ugh.. Fine, kita pergi sekarang.."

Mereka berdua keluar dari rumahnya dan terus ke rumah (n/a). Bila mereka sampai sana, pintu rumah (n/a) buka. Hali dan Ais lihat satu sama lain. "Dia lupa tutup pintu rumah dia kot.." Kata Ais. Mereka masuk ke dalam rumah. Tempat itu senyap. Mereka panggil (n/a) tapi, tak ada jawapan darinya.

Ais terpijak sesuatu di sebelah sofa. Terdapat kayu terbaring di atas lantai. Ada darah di tepi kayu itu. "Tak mungkin.. Aku rasa ada orang culik dia." Ais bergumam sendiri. Hali memanggil adik dia dan menunjuk surat kepadanya. Dia baca kuat kepada adiknya.

 

Hali, Ais. Aku bermimpi tentang pada masa depan dan ia berlaku hari ini. Aku telah diculik oleh seorang lelaki dan dia bawa aku ke satu tempat. Aku tak tahu di mana. Jadi, aku perlu kau berdua guna peranti tracker yang aku berikan untuk mencari aku.

- (n/a)

 

"Jadi, apa aku teka memang betul la.." Kata Ais. Hali bingung kerana dia tak tahu apa adiknya maksudkan. Hali tanya,"Teka tentang apa?" Ais jawab,"Yang (n/a) telah diculik. Aku nampak kayu di sebelah sofa tadi. Ada darah di tepi kayu itu." Hali berkata,"Apa!? Sesiapa berani buat benda buruk kepada (n/a), aku bunuh dia!" Ais kata,"Eh, bertenang dulu. Aku pun rasa seperti itu juga tapi, tak kan kau nak bunuh suka hati kau.. Lebih baik kita guna tracker ini untuk mencari (n/a) dulu."

Ais dan Hali menekan butang di tepi peranti tracker itu. Di dalam skrin itu menunjuk tiga titik di dalam skrin itu. "Ini kami dan itu (n/a)." Hali berkata,"Tapi, kita tak tahu di mana dia berada. Aku tak reti la guna peranti ini.." Ais kata,"Titik ini berada di tempat yang warna hijau. Jadi, dia mungkin berada di dalam hutan." Hali fikir yang dia dan Ais tak boleh pergi ke sana bersendirian. "Kita tak boleh buat sendiri. Kita perlu Thorn." Kata Hali. "Thorn!? Jangan! Nanti dia mula menjadi risau pula." Kata Ais. "Kita tak ada pilihan lain. Kalau kita sesat di dalam hutan, kita tak akan pulang." Hali menjelas. Ais menghela nafas dan berkata,"Baik la. Kau mesej dia." Hali tanya,"Kenapa aku pula??" Ais jawab,"Haih.. Kau cakap tentang Thorn dulu, kau mesej la."

Hali menjeling. Dia mengeluarkan telefon dia dan mesej adik dia, menyuruh dia datang ke rumah (n/a). Thorn membalas dia 'ok' saja.

Dalam beberapa minit, Thorn sampai ke rumah (n/a) tapi, dia bukan sendiri. Hali dan Ais nampak Gempa bersamanya. Mereka berdua berkata,"Kau bawa Gempa!!?" Thorn menggaru kepalanya dan berkata,"Erm.. Maaf kerana tak bilang. Nanti aku jelaskan. Sekarang, kenapa kau berdua suruh datang ke sini." Ais dan Hali mula bercerita tentang apa yang berlaku.

Lepas mendengar cerita tentang apa yang berlaku, Thorn dan Gempa faham. Ais menunjukkan peranti tracker itu kepada Thorn. "Kau tahu hutan ini di mana?" Tanya Ais. Thorn lihat lokasi itu dan mula berfikir. "Hmm.. Aku tahu. Ia tak jauh dari sini. Ikut aku." Balas Thorn dan terus keluar dari rumah (n/a). Dia bergerak dengan cepat kerana dia tak nak apa-apa yang buruk berlaku kepada (n/a). Hali, Ais dan Gempa mengekori dia.

Beberapa minit kemudian, mereka berada di luar rumah lama, dalam hutan itu. Gempa dapat rasa yang (n/a) berada di situ bersama seorang gadis. Tapi, bukan mereka berdua saja. Ada seorang lelaki yang dia tak kenal berada di bilik lain. "Hmm.. (n/a) berada di salah satu bilik dalam rumah itu bersama seorang gadis. Tapi, ada seorang lelaki di bilik lain." Kata Gempa. "Macam mana kau boleh tahu?" Tanya Ais dan Hali. "Haih.. Tentang diri abang sendiri pun tak tahu.." Thorn bergumam. "Aku kan mempunyai kuasa elemen Tanah. Aku boleh rasa siapa di dalam situ dari sini guna dengan kuasa aku." Gempa menjelaskan kepada dua adik dia. "Sudah, mari kita masuk ke dalam. Aku dan Thorn akan mengganggu lelaki itu. Kau berdua selamatkan (n/a) dan gadis itu." Gempa menambah ayatnya. Mereka tiga mengangguk kepala mereka untuk membalas dia yang mereka faham.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now