Bab 6 (Berkelah)

632 58 7
                                    


Sambil berjalan nak pulang ke rumah, Ais mencadangkan yang dia dan Hali akan hantar (n/a) pulang ke rumah dulu sejak matahari akan terbenam tak lama lagi. (n/a) setuju kata Ais.

Sebenarnya, dia tak nak kejadian yang sama berlaku seperti semalam. Mungkin (n/l) ada. Sebab itulah dia setuju kata Ais.

Hampir 10 minit, mereka sampai ke rumah (n/a). (n/a) berkata,"Terima kasih kerana menghantar aku pulang." Hali dan Ais kata,"Sama-sama. Kami pulang dulu."

Hali dan Ais mula bergerak untuk pulang ke rumah mereka. (n/a) masuk ke rumahnya dan lihat di sekeliling. (n/l) tak ada di dalam rumahnya. 'Bagus la yang (n/l) tak ada di dalam rumah aku..' (n/a) menghebuskan nafasnya lega. 'Eh, tapi di mana tumbuhan bawa (n/l)? Hmm.. Perlu tanya Thorn.' (n/a) mengeluarkan telefon bijak dan menghantar mesej kepada Thorn.

Telefon bijak Thorn berbunyi. Dia membaca apa yang (n/a) berkata.

My flower❀
Hai, Thorn. Aku ingin tanya. Semalam kau mengawal tumbuhan aku untuk mengikat (n/l). Tapi, aku mula menjadi penasaran. Tumbuhan itu bawa dia ke mana?

Wah, dia simpan nama (n/a) sebagai 'My Flower❀'. Thorn mempunyai perasaan untuk (n/a) juga ke? Itu tak pasti.

Thorn membalasnya.

Innocent Thorny <3
Oh, hai. Hmm... Kalau aku ingat betul, ia membawa (n/l) ke tempat barang rongsokan.

(n/a) pula, simpan nama Thorn sebagai 'Innocent Thorny <3' Siap dengan bentuk hati lagi. (n/a) mempunyai perasaan untuk Thorn ke? Itu tak pasti juga.

My Flower❀
Serius??

Innocent Thorny <3
Ha'ah.. Kenapa? Aku tak boleh buat ke macam gitu ke?

My Flower❀
Bukan tak boleh tapi, aku rasa bagus juga la yang kau bawa di di situ. Hehe, padan muka dia.

Innocent Thorny <3
Oh, jadi kau tak marah aku kan??

My Flower❀
Buat apa nak marah? Si goblok deserve that.

Mereka berdua mesej dengan gembira sampai lupa nak tidur awal kerana esok mereka perlu jumpa kawan-kawan mereka pada pukul 10 pagi di Kokotiam Tok Aba.

Esok pagi, (n/a) bangun pukul 9 pagi. Dia cepat-cepat mandi dan periksa barang-barang dia untuk berkelah di tepi pantai nanti. Bila semua sudah siap, dia terus lari dan sampai ke Kokotiam Tok Aba.

(n/a) lihat lelaki tua ini bersama robot kuning yang boleh terbang guna dengan telinganya. (n/a) belum kenal mereka berdua. Dia berkata,"Saya (n/a). Kamu berdua siapa?" Robot kuning itu berkata,"Nama aku Ochobot dan dia Tok Aba. Kami dengar kau pergi ke pawagam bersama Hali dan Ais. Mereka sangat gembira semalam kata mereka." (n/a) senyum dan berkata,"Bagus la. Cerita (n/f) memang menyeronokkan kami!" Yaya tiba-tiba menguatkan suaranya untuk mendapatkan perhatian dari mereka semua. "Weyh, ayah aku akan datang dan bawa kami ke pantai nanti. Dalam 5 minit gitu dia akan sampai." Kata Yaya. "Tak sabar pula nak pergi sana! Kita main bola tampar, masak untuk makan petang dan lain di sana nanti." Kata Gopal, mula menjadi lebih aktif. Wah, nampaknya Gopal menjadi lebih seronok.

5 minit kemudian, ayah Yaya sudah sampai dengan van besar. Mulut mereka ternganga kecuali Yaya. (n/a) tanya,"Kita naik van ini!? 14 pax mercedes sprinter van!?" Yaya mengangguk kepalanya untuk membalas. (n/a) dan lain berkata,"Hebat!" Yaya kata,"Masuk la kalau tak nak ditinggal." Mereka semua masuk dalam van itu. Lepas itu, ayah Yaya mula membawa mereka semua ke pantai.

Sambil mereka dalam perjalanan, mereka berbual. Gopal kata,"Hebat la, Yaya. Ayah kau kaya~ Kita sudah menjadi VIP pula." (n/a) kata,"Haha, aku setuju kata kau, Gopal." dan mereka bersambung berbual.

Dalam beberapa minit kemudian, mereka pun sudah sampai. Semua keluar dari van itu dan terus mencari tempat untuk mereka. Gopal sudah ada bola di tangannya. Dia tak sabar nak bermain. Taufan dan Blaze sediakan jaring untuk bermain bola tampar. Gempa menolong Tok Aba dan Ochobot untuk menyediakan barang-barang di atas meja. (n/a) akan membeli air paket minuman di kedai sejak semua sudah lama setuju untuk membeli air paket minuman di kedai sebelum mereka sampai di tepi pantai. Ais dan Hali ingin mengikuti dia. (n/a) biar mereka ikut dia dan mula berjalan ke kedai.

Beberapa minit kemudian, mereka beli 7 bungkusan minuman. (n/a) bawa dua, Ais bawa dua dan Hali bawa tiga. Mereka kembali ke tempat mereka untuk jumpa yang lain.

-Masa skip-

Lepas semua bersenang-senang di pantai, mereka simpan barang-barang mereka untuk bersedia nak pulang ke rumah. Ayah Yaya sampai tak lama nanti untuk membawa mereka balik. Mereka masuk ke dalam van itu dan berehat. (n/a) mula tutup mata dia untuk tidur. Dia letak kepalanya di bahu Ais sejak Ais duduk di sebelah dia.

Ais duduk situ membeku dan muka dia menjadi merah. Dia mula rasa gembira dan letak kepalanya atas (n/a). Dia pun bermula tidur. Fang di belakang Ais, nampak mereka sedang tidur. Dia memanggil Gempa tanpa membuat Ais dan (n/a) bangun. Fang menyuruh Gempa ambil gambar mereka semua sambil mereka berdua tidur dengan aman. Gempa menunjuk jari ibu kepada Fang untuk membalasnya.

Gempa mengeluarkan telefon bijaknya dan ambil gambar mereka semua. Lepas itu, dia menghantar gambar itu kepada  mereka di sembang kumpulan. Semua lihat gambar itu dan mula menghantar mesej.

Dalam beberpa minit kemudian, mereka sampai ke Kokotiam Tok Aba. (n/a) dan Ais bangun dari tidur. Blaze mula bersuara,"Best tidur sama-sama?" (n/a) bingung. Dia tak faham apa Blaze maksudkan. Blaze kata,"Hehe, kau akan tahu nanti~" (n/a) masih bingung dan berkata,"Ok..?"

Sebelum (n/a) balik, Yaya memberikan (n/a) biskut dia. Gopal dan Ying membuat tanda di belakang Yaya. Mereka menyuruh dia jangan ambil biskut dia tapi, (n/a) ambil saja sejak dia tak faham apa Gopal dan Ying mengatakan. Mereka berdua menepuk dahi mereka. (n/a) berkata,"Aku balik dulu." Dia melambai kepada mereka semua dan mula berjalan untuk pulang ke rumah.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now