Bab 5 (Meluangkan masa bersama)

806 69 9
                                    


(n/a) masuk ke dalam biliknya. Dia melemparkan diri dia di atas katil, baring. Dia fikir di mana tumbuhan yang Thorn mengawal tadi, akan bawa (n/l).

Dia menggeleng kepalanya untuk melupakan apa yang dia fikir dan duduk tegak. Ada sesuatu yang mendapat perhatian dia. Di atas meja, ada bunga ros di dalam pasu bunga. 'Macam mana ia boleh berada di sini?' Fikir (n/a). Dalam tiga saat, dia senyum dan sebut nama seseorang,"Thorn.."

Esok pagi, (n/a) pergi ke Kokotiam Tok Aba. Bila dia sampai ke sana, dia nampak Hali sedang mengelap cawan dan Ais duduk di kerusi saja, tak buat apa-apa. (n/a) mula bersuara,"Selamat pagi Hali, Ais." Hali dan Ais terkejut bila dengar suaranya. Mereka pandang (n/a) dan mula menjadi malu. Mereka berdua kata,"S-Selamat pagi." (n/a) lihat di sekeliling. Dia tak dapat jumpa Gempa dan Thorn. "Mana Gempa dan Thorn?" Soal (n/a). Hali menjawab soalan dia,"Gempa sakit hari ini. Thorn akan menjaga dia untuk sebentar. Kejap lagi dia datang."

Hali sedar sesuatu bila dia bercakap dengan (n/a). 'Eh? Kenapa aku tak gagap bila menjawab? Hmm... Pelik..' Hali mengangkat bahunya, tak nak tahu kenapa.

Tak lama nanti, Thorn sampai ke Kokotiam Tok Aba. Dia nampak (n/a) dan melambai ke arahnya. (n/a) lambai balik dan mula menjadi gembira. Thorn tanya,"Sudah lama ke kau sampai di sini?" (n/a) jawab,"Tak. Baru saja aku sampai."

(n/a) mengeluarkan sesuatu di dalam begnya. Terdapat tiga tiket di tangannya. (n/a) kata,"Aku ada tiket untuk pergi ke wayang. Kita akan tonton [n/f]~ Erm... Hanya dua orang saja akan pergi bersama aku." Thorn lihat ke arah abang dia. Dia tahu dua abangnya suka kepadanya. Jadi, dia memberitahu kepada (n/a) yang mereka berdua akan pergi bersama dia.

Hali dan Ais tak bersuara. Mereka tak pasti apa mereka patut berkata. (n/a) memandang Thorn dan tanya,"Kau tak nak pergi ke, Thorn?" Thorn menggeleng kepalanya dan berkata,"Tak. Biar mereka pergi. Aku pasti mereka akan berseronok menonton di sana." (n/a) kata,"Oh, ok!" Dia memberikan tiket kepada Hali dan Ais. "Jumpa pada pukul 1.30 petang di sini. Lepas itu, kami akan bergerak ke pawagam, ok?" (n/a) ingin pastikan dua kali sebelum pergi ke tempat lain. Hali dan Ais hanya mengangguk kepala mereka. (n/a) berkata,"Aku pergi dulu~"

(n/a) meninggalkan tempat itu lepas berbual bersama mereka. Hali dan Ais lihat Thorn. "Apa?" Soal Thorn. Tanpa menjawab soalannya, Hali dan Ais berkata,"Kenapa k-kita!?" Thorn kata,"Haih.. Kau berdua kan suka dengan dia... Meluangkan masa bersama dia la dan mengenali dia lebih. Nanti bila kau berdua sendiri dengan dia di sana, buka mulut untuk bercakap. Jangan diam saja. Nanti, (n/a) fikir yang kau berdua pelik pula bila tak bercakap.. Lepas itu, menyesal... Ingat nasihat aku." Hali dan Ais kata,"O-Ok!" Hmm... Patut abang yang berikan nasihat kepada adik. Yang ini terbalik. Adik yang berikan nasihat kepada abang.

-Masa skip-

Pada pukul 1.30 petang, (n/a) sampai ke Kokotiam Tok Aba. Hali dan Ais berada di situ sedang menunggu (n/a). "Eh, sudah lama ke kau berdua sampai ke sini?" Soal (n/a). "Erm... Tak lama pun." Ais membalas dia. "Oh, ok. Jom kita pergi sekarang." Kata (n/a). (n/a), Hali dan Ais mula bergerak, nak pergi ke pawagam.

Dalam beberapa minit kemudian, mereka sudah sampai ke sana. Mereka duduk tempat mereka masing-masing. (n/a) akan duduk antara Hali dan Ais. Cerita itu sudah bermula.

-Masa skip-

Lepas menonton cerita, mereka keluar dari pawagam dan terus pergi ke restoran untuk makan. Hali dan Ais order makanan kegemaran mereka dan (n/a) order (m/k). Bila makanan mereka sudah sampai, mereka mula makan. Tak berbual, tak apa.. Mereka hanya fokus makan.

Bila mereka habis makan, (n/a) mengeluarkan telefon bijaknya untuk melihat masa. Sudah pukul 4.45 petang. Hali nampak kertas dinding di skrin kuncinya. Terdapat gambar (n/a) bersama (n/l). Sejak Hali masih tak kenal siapa lelaki itu, dia bertanya,"Siapa lelaki di sebelah kau dalam gambar itu?" (n/a) berjawab,"Oh, ini (n/l). Dia adalah ex-boyfriend aku..." Ais tanya,"Erm.. Apa jadi antara kau dan dia sampai kau berdua putus hubungan?" (n/a) menghela nafas dan mula bercerita kepada mereka.

Flashback on

Ia adalah hampir waktu malam. (n/a) bersama kawan dia Fitri, sedang berjalan di sekeliling karnival untuk mencari permainan yang menyeronokkan mereka. Mereka pergi ke stall permainan nombor 11 dan beratur untuk menunggu giliran mereka.

Sambil menunggu, (n/a) nampak (n/l) bersama seorang gadis yang kelihatan lebih cantik daripada dia. Berani mereka berdua memegang tangan di depan (n/a). 'Eh? Gadis itu... Aku macam pernah nampak dia...' Bisik hati (n/a). (n/a) memberitahu kawannya yang dia nak ke tandas untuk sebentar. Tapi, dia sebenarnya nak cari (n/l) tanpa Fitri tahu. Fitri berkata,"Oh, ok. Aku akan mendapatkan kau hadiah." (n/a) hanya senyum saja dan terus ke tempat lain. Dia ingin mencari (n/l). Tapi, dia tak nampak dia di mana-mana. Dia cepat berputus asa mencari (n/l). Bila dia pusing ke belakang, dia nampak (n/l) sedang memegang tangan seorang gadis. (n/a) lihat gadis itu. Dia mula ingat siapa dia. 'A-Aqilah!?' Jeritnya tapi, hanya bisikan hati dia saja.

Seorang gadis yang bernama Aqilah, lihat (n/l) dan (n/a). Aqilah bertanya,"Babe? Kenapa you lihat gadis macam gitu? You kenal dia ke?" (n/l) jawab,"Tak.. I tak kenal dia. Jom la, babe. Kita beli makan di sana." (n/a) tak bersuara lepas apa dia sudah dengar dari (n/l).

Flashback off

(n/a) bersambung bercerita,"Hati aku hancur berkecai... Satu hari nanti, aku berjumpa dengan dia. Dia minta maaf dan aku maafkan dia dengan mudah. Lepas itu, aku memberitahu dia yang kita akan putus hubungan kami. Dia memohon yang dia tak nak hubungan kami berputus tapi, aku tak kesah. Aku sudah lama buat keputusan aku. Aku tertekan untuk beberapa hari saja. Lepas itu, aku mula lupakan tentang (n/l)." Ais tanya,"Oh, tapi kau bertemu dia sekali lagi? Maaf kerana tanya... Aku menjadi penasaran tentang ini." (n/a) jawab,"Tak apa. Semalam dia masuk ke dalam rumah aku. Tak tahu pula macam mana dia boleh masuk ke dalam... Dia rasa sangat marah kerana Thorn menemani aku pulang ke rumah. Dia macam nak mengancam aku lepas Thorn ingin pulang ke rumahnya.. Bila (n/l) soal aku dengan suara tinggi, aku pasti Thorn terdengar suaranya dan masuk ke ke dalam rumah aku untuk menyelamatkan aku. Nasib la dia datang. Kalau tak, aku tak tahu apa akan jadi seterusnya."

Berbual tentang (n/l) buat (n/a) mula menjadi tertekan sekali lagi. Jadi, (n/a) menukar topik dan berkata,"Aku tahu! Kita ambil gambar sama-sama dan aku akan tukar kertas dinding aku di skrin kunci aku." Hali bergumam,"Idea bagus! Aku pasti dia sudah naik bosan bila lihat muka (n/l) kan? Salah satu kami akan menggantikan posisi (n/l)." (n/a) tak dengar apa Hali sedang bergumam dan soalnya. "Apa Hali?" Ais saja yang dapat menangkap apa yang Hali sedang bergumam.

Ais siku Hali dan bermula bisik,"Kau ni! Jangan la cakap seperti itu! Ia hampir terlalu jelas!" (n/a) hanya dapat menangkap dua perkataan terakhir. Dia menjadi bingung dan bertanya,"Terlalu jelas apa??" Ais jawab,"Eh, erm.. Tak ada apa-apa." (n/a) kata,"Hmm.. Ok la... Jom keluar. Kita ambil gambar di luar." Mereka bertiga keluar dari restoran itu dan pergi ke satu tempat di mana tak ada sesiapa akan photobomb. "Kau berdua dekat dengan aku. Jadi, kita dapat melihat semua muka kami di dalam gambar." Kata (n/a).

Hali dan Ais semakin dekat dengan (n/a). Mereka bertiga senyum dan (n/a) mengambil gambar mereka. Dia menunjuk gambar itu kepada Hali dan Ais. "Lihat muka aku. Aku lagi kacak~" Kata Hali. "Ceh, aku lagi kacak daripada kau." Kata Ais. (n/a) ketawa kecil dan berkata,"Heh, kau berdua memang kacak. Aku akan hantar gambar ini ke Thorn. Biar dia hantar kepada kau berdua." Ais tanya,"Sejak bila kau dapat nombor adik kami?" (n/a) jawab,"Sejak semalam. Dia berikan nombor dia kepada aku." Hali kata,"Daripada menghantar gambar kepada adik kami, hantar saja kepada kami. Meh sini."

Hali rampas telefon bijak (n/a) dan menaip nombornya di dalam telefon (n/a). Lepas itu, dia berikan kepada Ais. Ais juga menaip nombornya di dalam telefon (n/a). Lepas itu, dia berikan telefon bijak itu kepada (n/a). Hali kata,"Kami sudah menambahkan nombor kami ke dalam kenalan kau." (n/a) kata,"Oh, patut la kau main rampas je telefon aku." Hali kata,"M-Maaf." (n/a) senyum dan berkata,"Hehe, tak perlu maaf. Aku gurau je~ Sudah, mari balik." Hali, Ais dan (n/a) mula bergerak untuk pulang ke rumah.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now