Bab 7 (Ex-boyfriend - 2)

551 56 10
                                    


Bab ini pun sudah sedia untuk publish~ So, why not update hari ini :)

(n/a) sampai ke rumahnya. Dia terus ke biliknya dan baring di atas katilnya. Dia masih rasa penat lepas berkelah di tepi pantai bersama kawan-kawan dia.

Telefon bijak (n/a) berbunyi. (n/a) duduk tegak dan lihat telefonnya. Ada mesej dari sembang kumpulan.

Nombor tidak kenal mencipta grup ' ~Besties Forever~ '

Innocent Thorny <3 telah menambah anda

(n/a) membaca semua mesej itu dari mula tapi, permulaan mesej itu adalah gambar dia dan Ais. Muka (n/a) menjadi merah kerana dia tidur bersama Ais. Itulah maksud Blaze tadi. Dia simpan semua nama kawan-kawan dalam kenalannya dulu. Lepas itu, (n/a) menghantar mesej di dalam sembang kumpulannya.

(n/a)
Apakah!? Sejak bila!? Kenapa tidak mengejutkan aku ಥ_ಥ

Bestie Ying☆
Kerana kau tidur sangat aman bersama Ais~ Sebab itulah kami tidak mengejutkan kau ╮(─▽─)╭

Muka (n/a) menjadi lebih merah. Haha, bukan dia saja~ Ais sudah membaca mesej itu dan mukanya menjadi merah juga. Ais bersambung membaca mesej itu.

My Calm Princess❀
Jahat!! ╥﹏╥

Emo Fang
Tapi, kau berdua kelihatan comel masa tidur sama-sama (^_−) ~☆

Wah, Ais pula simpan nama (n/a) sebagai 'My Calm Princess❀'. Ais senyum dan menghantar mesej.

Ais
(•ᴗ•) ♡

Yaya
Epp~

My Calm Princess❀
Ais!! ( ̄^ ̄)

Ais hanya ketawa kecil bila melihat respon (n/a).

My Calm Princess❀
Sudah la.. Aku nak berhenti perbualan aku di sini.

(n/a) berhenti menghantar mesej. Dia pergi ke dapur mencari bahan-bahan untuk memasak sesuatu. Dia buka kabinet atas, tak ada satu bahan. Nampaknya, dia perlu keluar pergi ke kedai untuk membeli barang. (n/a) keluar dari rumahnya dan pergi ke kedai yang berdekatan.

Dia mula mencari bahan-bahan yang dia perlu beli di salah satu kedai. Sambil mencari, Ais dan Hali berada di situ juga. Mereka nampak (n/a) sedang mencari sesuatu. Sebelum Hali memanggil dia, ada seorang lelaki berjalan ke arah (n/a). Lelaki itu mula perbualannya dengan (n/a).

Ais dan Hali lihat satu sama lain kerana mereka mendapati lelaki itu mencurigakan tapi, macam pernah kenal dia. Hali bisik kepada Ais,"Lelaki itu... Macam pernah nampak..." Ais bisik balik,"Ha'ah la."

Mereka berdua cuba mengingat balik. Lepas itu, mereka ingat siapa lelaki itu. Hali dan Ais berkata pada masa yang sama,"(n/l)!" Bila mereka sebut nama (n/l), (n/l) lihat di sekeliling kerana dia terdengar ada orang menyebut namanya. Dia pandang balik ke (n/a). Ais bisik,"Phew... Nasib dia tak tangkap kita." Hali bisik,"SShhh! Dengar apa yang mereka sedang berbual." Hali dan Ais hanya diam sebentar untuk mendengar perbualan (n/a) dan (n/l).

"Kau nak berbual dengan aku? Jangan harap la..." Kata (n/a).

"Ish! Degil betul la kau ni!" Kata (n/l) dan memegang pergelangan tangan (n/a) dengan ketat.

Dia mengheret (n/a) sampai di belakang kedai itu. Hali dan Ais ikut mereka. Di belakang kedai itu sangat gelap dan tak ada sesiapa berada di situ.

(n/l) melepaskan tangan (n/a). (n/a) memegang pergelangan tangannya kerana sakit. (n/a) kata,"Apa kau nak lagi!? Aku naik bosan setiap kali aku lihat muka kau! Aku nak keluar." (n/a) hampir keluar dari tempat itu tapi, (n/l) menarik dia untuk mendekatinya. (n/a) menolak ke tepi tapi, ia tak berjaya. (n/l) menolak (n/a) ke belakang dan membuat (n/a) jatuh. (n/l) atas (n/a), menyematkan dia di atas lantai dan berkata,"Aku... Aku masih suka dengan kau.. Tapi, setiap kali kau lari daripada aku, aku rasa sakit hati. Tahu tak!?" (n/a) berkata,"Tch! Aku tak kesah dengan kau lagi la! Ke tepi!"

Tiba-tiba, tempat di mana mereka berada sekarang menjadi sejuk. Mereka mula rasa sejuk. Ada sesuatu laju melepasi (n/l). (n/l) lihat ke bawa untuk memandang (n/a) tapi, (n/a) tiada di situ. 'M-Mana (n/a) pergi!?' Fikirnya. Dia lihat di sekelilingnya dan nampak dua lelaki bersama (n/a) sedang berdiri di pintu. Mereka berdua tak selain daripada Ais dan Hali.

Hali memegang tangan (n/a) dan memberitahu dia yang semua akan baik-baik saja. Lepas itu, Hali dan Ais memandang (n/l) dengan muka yang menakutkan. (n/l) tanya dengan suara marah,"S-Siapa kau!?" Ais menjawab,"Kau tak perlu tahu siapa kami. Jangan pernah buat sesuatu buruk kepada (n/a) sekali lagi! Faham!?"

Angin menjadi kuat dan mereka terus hilang. 'Cis! Dia dapat melarikan diri sekali lagi! Tunggu la, (n/a).. Aku akan membawa kau ke tempat aku. Ada seseorang sedang menunggu kau~ Hehe!' Fikir (n/l) dan mula ketawa seperti orang gila.

Satu PilihanWhere stories live. Discover now