12 • living to the fullest

274 19 10
                                    

TW : suicidal thoughts and suicide attempt

Nafasnya berubah rentak. Terasa seperti oksigen tidak sampai pada tahap yang diperlukan. Jantungnya juga, jika didengari, pasti jantungnya itu tidak kedengaran biasa.

"Puteri, puteri okay?"

Bahunya disentuh perlahan tetapi tetap membuatkan dia terkejut.

"Ah, okay. Saya- okay," senyuman dikoyakkan.

"Cantiknya puteri. Tak sangka saya dapat tengok hari ini. Hari besar buat puteri,"

Ya. Hari pernikahannya.

Semuanya dirancang disaat akhir kerana rancangan Firaz. Dia tidak tahu mengapa tapi dia sekadar mengikuti. Pasti ada sebab mengapa lelaki itu melakukan keputusan begitu.

"Puteri, jom. Pihak lelaki dah bersedia di dewan,"

Damia mengangguk.

Kakinya berjalan persis seperti seorang puteri berjalan. Langkah tertib.

Seketika, matanya bersabung dengan si lelaki di hadapan. Lengkap berbaju melayu beserta jam tangan.

Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan. Mungkin?

"Mewahnya majlis puteri," suara salah seorang dayang kedengaran hingga ke telinganya.

Nampaknya tidak. Damia ketawa perlahan. Kakanda yang kata ia kecil. Dia sendiri tak setuju dengan makna kecil kakanda itu.

Dia terleka dengan dunianya sendiri, hingga tidak sedar yang sekarang tiba masa untuk diijab kabulkan.

"Firaz Farhan bin Ahmad Farhin,"

"Saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan adindaku, Raja Tengku Puteri Damia binti Raja Tengku Faris, dengan mas kahwin sebanyak FSD10,000 tunai,"

"Aku terima nikahnya, Raja Tengku Puteri Damia, dengan mas kahwin sebanyak FSD10,000 tunai,"

'Kalau kita kahwin, maknanya, apa pun jadi pada awak, saya tetap akan kekal di sisi awak. Mungkin awak boleh kata ini hanya kata-kata sebelum semua itu berlaku, tapi saya dah fikirkan semua itu sebelum setuju,'

Ayat itu muncul difikiran Firaz. Dia tidak mengharapkan apa-apa dari gadis itu. Dia cuma mahu gadis itu hidup dengan selesa sepanjang berada disisinya.

Lafaz sah kedengaran. Jelas, kini gadis itu miliknya. Dia, syurga gadis itu. Dia bakal menjaga gadis itu hingga akhir nafasnya.

Dia pusing ke belakang. Air matanya tumpah ke bumi.

"Firaz, jaga adik aku baik-baik tau,"

"Kat sekolah ni, aku jaga semua orang, jangan risau,"

"Aku yakin, kau mesti jaga adik aku lebih dari orang lain kan,"

"Apa kau ni,"

"Kau suka dia,"

"Firaz, kalau kau suka dia, tunjukkan yang kau betul-betul layak. Dia kena nampak apa yang kau ada,"

"Mar, apa yang aku kena buat?"

"Tunjuk pada dia, kau sayang dan ambil berat tentang dia,"

"Firaz, satu hari nanti, kalau saya bukan saya lagi, awak masih nak saya?"

"Kita dah janji kan? Hanya mati yang akan buatkan kita terpisah, andai besar mana pun perubahan awak, saya tetap nak awak sebagai awak dan bukan orang lain,"

Perbualan yang melibatkan gadis itu terimbas kembali. Bukan mudah untuk seorang lelaki yang tiada apa-apa sepertinya untuk memiliki gadis yang mempunyai hampir segalanya.

Puteri Luar BiasaWhere stories live. Discover now