06 • the reality

696 43 34
                                    

AWAK SEMUA! SAYA BETUL BETUL MINTA MAAF SEBAB LAMBAT UPDATE! SAYA DAH TAK DAPAT NAK JANJI LAGI SEBAB SAYA TAKUT SAYA UPDATE LAMBAT DARI MASA YG SAYA BERITAHU! saya betul betul minta maaf :( TERIMA KASIH PADA YANG MASIH MENUNGGU DAN BACA!

"Hujung bulan ini, kamu semua akan ada kem bina disiplin di Dabong, Kelantan. Semua pelajar diwajibkan untuk pergi kecuali pelajar-pelajar yang mempunyai alasan munasabah,"

Desas-desus pelajar 3 Harvard mula kedengaran. Rata-rata antara mereka seperti tidak mahu pergi. Tidak kurang juga dengan yang terlebih teruja bagi yang meminati perkara lasak.

Damia mula berfikir cara untuk memujuk bonda dan ayahandanya supaya membenarkan dia menyertai kem kali ini. Dia tidak pernah ke hutan selama dia hidup. Hanya Dani saja yang pergi kerana putera raja perlu belajar memburu. Sekiranya dia menunggang kuda sekalipun, dia hanya dapat menunggang kuda di kota-kota yang berhampiran istana bersama beberapa orang pengawal.

Dia tahu, pastinya dia boleh termasuk dalam kalangan 'pelajar-pelajar yang mempunyai alasan munasabah' itu. Bonda dan ayahanda pasti risau dan tidak membenarkan dia pergi. Otaknya ligat berfikir.

"Esok, saya akan edarkan surat kebenaran ibu bapa kepada kamu semua. Jangan lupa minta ibu atau ayah kamu, isikan borang tersebut dan berikan semula pada esoknya,"

Pelajar kelas itu mengangguk faham.

"Baiklah, itu saja untuk hari ini. Kamu semua boleh pulang,"

Kelas mula bising dengan suara mereka untuk mengemas barang sebaik saja guru subjek terakhir itu melangkah keluar. Damia masih lagi berfikir cara untuk memujuk kedua orang tuanya.

"Damia, awak tak nak balik?"

"Oh ya," Damia tersedar dari lamunannya terus mengemas barang dan turut berdiri menggalas beg.

Mereka berdua senyap sepanjang jalan. Tiada perkara yang mahu dibualkan dan Damia masih lagi memikirkan tentang kem itu.

"Damia, awak pergi?"

Akhirnya, suara Syalina memecahkan ruang sunyi di antara mereka.

Damia menggeleng tidak, mengangguk juga tidak. Masih tidak tahu tentang itu.

"Saya, nak pergi," jeda "tapi saya tak tahu bonda benarkan atau tidak,"

Syalina yang mendengar menjadi terdiam. Sejak mengetahui status gadis itu, dia tidak banyak bercakap dengan Damia kerana dia dapat rasakan perbezaan taraf antara mereka meskipun Damia sudah menghalangnya dari berasa begitu.

Kedua-dua mereka kembali senyap dan menuju ke arah kantin sekolah. Seperti biasa, Damia menunggu Dani.

"Damia, saya balik dulu,"

Syalina melambai tangan padanya dan meninggalkan dia berseorangan di kantin. Damia sedikit sebanyak menjadi cemburu dengan Syalina kerana dia di ambil oleh ibunya dengan cepat.

Dia? Sudahlah dia datang dan pulang ke sekolah dengan pemandu, dia akan pulang ke istana juga agak lewat kerana menunggu Dani. Mungkin dia dapat rasa menjadi rakyat biasa disekolah ini, tetapi, masih ada yang dia tidak dapat apa yang pelajar lain dapat, iaitu di ambil oleh ibu bapa masing-masing.

Tetapi dia bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia pergi dan pulang, masih ada yang menjemput. Dia tidak perlu berjalan kaki seperti segelintir pelajar yang tidak berkemampuan di sekolah ini.

Mindanya kembali memikirkan tentang kem tadi. Itu saja satu-satunya cara untuk dia menjejakkan kaki ke hutan.

"Adik,"

Damia yang mengelamun jauh itu tersentak sedikit. Dani yang melihatnya pula naik hairan. Gadis itu selalunya akan menyiapkan kerja sekolah sementara menunggunya. Hari ini, sudahlah dia tidak duduk, mengelamun pula. Apa yang dia fikirkan?

Puteri Luar BiasaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant