05 • butterfly

661 42 9
                                    

Sebelum awak semua baca, saya minta maaf kalau chapter ni agak mengarut huhu :( terima kasih sudi baca and tunggu! Saya sayang awak! Muah!

ーーーー

Damia memerhatikan dirinya di dalam cermin buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Gaun merah jambu cair itu dipadankan dengan tudung berwarna biru cair.

"Anakanda sudah siap?" sapaan Permaisuri Zara menyentakkan Damia.

"Sudah bonda," dia tersenyum nipis pada bondanya.

"Mari, bonda pakaikan tiara,"

Damia datang mendekat pada Permaisuri Zara yang sudah memegang tiara bermotifkan flora.

"Sudah siap! Cantik anakanda bonda ini," Permaisuri Zara mencubit pipi Damia perlahan.

"Terima kasih bonda. Anakanda pergi dulu!"

Kaki dibawa menuju ke arah kereta yang sudah tersedia di perkarangan istana. Kelihatan Dani juga sudah menunggu di dalam kereta sambil melihat telefon pintarnya.

Permaisuri Zara dan Raja Tengku Faris melambai pada puteri dan putera itu sebelum kereta itu bertolak pergi.

"Tengku Puteri," Hanif, pemandu mereka mula bersuara.

"Ya?"

"Tengku Puteri mahu patik hantarkan puteri dahulu atau hantarkan putera dahulu?"

Damia memandang Dani sejenak sebelum memberikan jawapan.

"Hantar Tengku Putera dahulu. Lagipun, kita akan lalu dihadapan dewan Putera dulukan?"

"Ya Puteri,"

Damia mengangguk perlahan dan menyandarkan kepalanya pada tepi tingkap. Mereka perlu menaiki kapal terbang ke Malaysia dan mengambil masa selama 6 jam. Jadi, Damia dan Dani terpaksa pulang awal dari waktu biasa kerana mereka perlu bersiap dan kembali semula ke Malaysia sebelum jam 9 malam.

Mahu atau tidak, terpaksalah mereka hadap jetlag setiap hari kerana sekolah di Malaysia. Sudah semestinya, Damia lah yang paling tidak kisah kerana dia sendiri yang mahu bersekolah di sana.

Dani memandang Damia adiknya yang kelihatan tidak begitu teruja. Tidak seperti dia yang teruja untuk berjumpa kenalannya di sana.

Dani dan Damia pastinya akan dikenali sebagai puteri dan putera diraja apabila tiba di Malaysia nanti memandangkan pakaian dan takhta yang mereka pakai amat jelas. Sekiranya mereka ke sekolah, Dani akan memakai cermin mata palsu dan Damia akan memakai cermin mata bagi menggantikan kanta lekap yang selalu dipakainya ketika berhadapan dengan orang ramai.

"Damia, kenapa senyap saja?"

"Tiada apalah kakanda. Okay saja," senyuman nipis diukir.

"Takut ya?"

"Takut kenapa?"

"Puteri Melissa?"

Damia mengangguk perlahan. Puteri itu kerap kali memandang rendah padanya. Entah kenapa puteri itu tidak suka akan dirinya. Semua yang dilakukan, pada matanya adalah sebuah kesalahan.

Puteri Luar BiasaWhere stories live. Discover now