09 • death

577 45 13
                                    

"Damia?"

Jemari Syalina dipehanya menyentakkan dia dari lamunannya.

"Ya?"

"Awak okay? Muka awak pucat sangat ni," wajah Syalina jelas menunjukkan dia risau dengan keadaan gadis itu.

"Saya okay," dia mengukir senyuman nipis.

"Syalina?"

"Ya?"

"Saya nak tanya,"

Syalina kembali memandang wajah Damia dan mematikan telefonnya.

"Sepanjang saya tiada dan tak ingat diri saya yang sebenar, siapa yang gunakan akaun instagram saya? Setiap kali saya buka akaun tu, saya mesti akan nampak post baru atau story baru,"

Syalina mengukir senyuman nipis apabila mendengar soalannya itu.

"Awak tak pelik ke kenapa 2 minggu kebelakangan ini tak ada satu pun post baru?" Syalina bertanya dahulu sebelum menjawab persoalan gadis itu.

"Sebab saya dah pulang, dan saya dah ingat?"

"Damia, selama awak tiada, tak ada satu pun rakyat Firiana tahu yang awak hilang. Satu dunia tak tahu tentang kehilangan awak. Jadi, bagi menyembunyikan hal itu, Dani dan Firaz yang menguruskan akaun awak. Semua gambar diluar negara itu, semuanya gambar yang Dani ambil semasa dia disana,"

"Tapi kenapa 2 minggu lepas tiada satu pun post baru?"

"Firaz tak mahu post sentiasa sebab dia mahu beri peluang pada Dani untuk post pula. Tapi-,"

Serentak itu, mereka mendengar bunyi tapak kaki menuju ke arah mereka.

"Tuanku, kita akan tiba di istana Firiana dalam masa 30 minit lagi,"

"Baik, terima kasih,"

Mereka mula memandang luar untuk melihat pemandangan yang muka buminya dilitupi salji. Negara yang berdekatan dengan negara Jepun ini mula kelihatan cantik.

Perlahan-lahan, mereka merasakan jet yang dinaiki itu mendarat di suatu kawasan lapang, lalu berhenti.

Damia, Syalina, Amar dan Firaz mula berdiri dan berjalan keluar.

Puteri tunggal itu melihat istana yang berdiri megah di hadapannya. Rumah yang hampir 5 tahun ditinggalkan.

"Raja Puteri," suara seorang wanita menegurnya.

Dia segera menoleh ke arah kirinya dan dia mendapati rakan rakannya dan semua pengawal diraja berada di sekelilingnya. Menunggu dia berjalan masuk.

"Mak Fatma," air matanya mengalir perlahan. Rindu pada semua yang berada di tanah kelahirannya. Rindu pada yang menjaganya sejak kecil.

Tubuh wanita tua itu terus dipeluknya erat.

"Saya rindu Mak Fatma. Lama kita tak bersua,"

Pelukan dilepaskan perlahan-lahan lalu Mak Fatma tersenyum melihat gadis itu.

"Dah besar Raja Puteri. Kalau tuanku permaisuri dan tuanku raja lihat puteri, pasti baginda berdua gembira,"

Mak Fatma menyeka air mata Damia.

"Saya nak jumpa tuanku permaisuri dan tuanku raja,"

"Damia, sorry saya mencelah, tapi saya rasa better awak jumpa Putera dulu,"

"Betul tu Raja Puteri. Mak Fatma sarankan puteri jumpa putera dulu,"

Damia agak hairan dengan ayat itu tetapi dia ikutkan saja.

Puteri Luar BiasaWhere stories live. Discover now