Humaira tidak menjawab mahupun menolak. Dia hanya membiarkan Arfan. Sampai bila dia nak lari dari Arfan.

Arfan memandang tepat ke dalam anak mata coklat Humaira. Kedua tapak tangannya juga berada di pipi Humaira kini. Dapat dirasakan tapak tangannya sudah sejuk.

Perlahan-lahan, dia mendekatkan mukanya ke ubun-ubun rambut Humaira dan cup! Mencium lembut bahagian itu.

Humaira terkaku lama. Matanya cuba mencari mata Arfan. Namun, sekali lagi Arfan mendekatkan wajahnya lalu melabuhkan bibirnya ke batang hidung Humaira.

Terasa hangatnya hembusan nafas Arfan saat itu.

"Arfan.." Humaira bersuara apabila wajah Arfan berada dihadapannya.

Arfan tidak juga menjawab malah menghabiskan kerjanya. Dari hidung, kini turun ke satu-satunya harta yang membuatkan Arfan jatuh hati terhadap gadis itu. Satu ciuman dihadiahkan ke mulut bising itu.

Bibirnya dilekapkan lama. Tiada langsung tindak balas dari Humaira. Mungkin dia masih terkejut. First kiss dia kan? Samalah macam Arfan. First kiss!

Apabila ciuman dileraikan, Arfan terus memandang muka Humaira yang sudah memerah itu.

"A..apa yang awak buat ni?" Soal Humaira dalam nada yang cuba ditegaskan.

"Nak pastikan yang seluruh muka kau ni takde siapa boleh sentuh dah kecuali aku." Arfan memandang mata bundar Humaira yang terkebil-kebil itu.

"Kalau ada jugak?"

"Kalau ada jugak, aku potong tangan orang tu." Arfan berkata dalam nada yang agak serius.

"Kalau Papa atau Aqif yang pegang muka ni, macam mana pulak?" Humiara menyakat Si Arfan dengan soalan yang entah apa-apa tu.

"Aihh, seronok ye menyakat aku? Nak kena kiss lagi ke?" Tiba-tiba Arfan mendekatkan bibirnya ke telinga Humaira dan meniup perlahan.

Terasa geli telinga Humaira apabila dihembus begitu. Terus tapak tangannya menekup hampir sebahagian muka Arfan dan menolaknya perlahan. Kemudian, langkah Humaira dibuka untuk melarikan diri keluar dari bilik air itu.

Arfan yang tersedar bahawa Humaira telah meninggalkannya disitu, lantas meluru ke arah pintu bilik untuk menangkap isterinya. Laju sungguh isterinya lesap. Terlupa sudah mengenai hal 'hadiah' misteri tadi.

Humaira ketawa riang apabila Arfan tidak dapat mengejarnya. Kini, Humaira telah berada di anak tangga.

"Hati-hati Humaira. Nanti jatuh." Arfan kalut saja apabila melihat isterinya yang tergopoh-gapah menuruni anak tangga itu. Takut sangat kena tangkap dengan Arfan.

Tapi Humaira langsung tak menghiraukan kerisauan Arfan. Kemudian, dia merasakan yang kakinya tersalah langkah. Dia tergelincir! Kedua matanya tertutup rapat kerana dia dah tak tahu nak buat apa.

Buk!

"Auch!"

Humaira membuka matanya perlahan-lahan. Terasa sakit di bahagian dada serta kepalanya yang terhentak sesuatu.

Rasanya tak lah sesakit terhentak lantai mozek, tapi lebih kepada tulang orang. Eh?

Humaira melihat wajah manusia yang berada dihadapannya.

Habislah! Orang itu suaminya. Patutlah dia rasa macam ada tangan yang menariknya tadi. Tapi kejadian tadi berlaku dengan sangat pantas.

Arfan yang cuba menahan Humaira tidak dapat menahan dirinya dari terjatuh sama. Arfan hanya mampu mendakap kepala serta badan isterinya dari terkena beberapa buah anak tangga terakhir.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now