Humaira merasakan dirinya bagai diawangan. Suara sorakan para tetamu menyambut deria pendengarannya. Apa yang berlaku?

Ya, Arfan mencempung Humaira. Ini baru gaya bridal style!

Humaira yang terkejut dengan tindakan Arfan terus memeluk leher Arfan agar dia tidak terjatuh.

"Apa awak buat ni? Berat lahh Arfan." Humaira berbisik. Habis darah menyerbu ke mukanya. Kulitnya yang putih bersih itu menonjolkan lagi kesan merah tersebut. Makin galak orang ramai menangkap gambar dan bersorak. Hahahahah aku pun teringin...😂

"Shuuuh, senyap je. Nanti jadi lagi berat." Ujar Arfan dalam nada tenang sambil tersenyum. Dengan gaun besar ni, mau nya tak berat. Tapi kerana sudah terbiasa mengangkat benda yang lagii berat, Arfan sudah terbiasa.  Setakat Humaira, celah jari jerr. Haha.

Arfan berjalan selamba ke pelamin yang tersergam indah di atas pentas.

Satu persatu anak tangga didaki si Arfan sehinggalah dia meletakkan Humaira ke tanah.

Setelah itu, majlis diteruskan seperti biasa. Acara memotong kek semuanya berjalan lancar. Humaira juga dikenalkan ke semua rakan niaga Arfan dan Tuan Darwish.

Mak Munah serta keluarganya juga dijemput begitu juga rakan sekolah Humaira yang menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Walaupun tak ramai yang dikenalinya, namun dia bersyukur ada rakan-rakan serta Mak Munah dan keluarga di situ.

*****

Majlis berakhir agak lewat memandangkan tetamu yang dijemput agak ramai. Mereka juga sudah terbiasa duduk bersembang lama-lama mengenai perniagaan. Hmm orang berbisnes.

Humaira dan Arfan sudah naik ke bilik hotel mereka sejam lebih awal kerana terlalu letih.

Humaira menunggu Arfan yang sedang mandi. Dia nak mandi selepas Arfan kerana takut dirinya berendam lama. Nak termenung kejap dalam bilik air tu. 😂

Seusai mandi, Arfan mengelap tubuhnya yang basah dengan sehelai tuala putih yang disediakan oleh pihak hotel. Kemudian dia menyarung bathrobe lalu melangkah keluar sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala tadi.

Terkejut Arfan apabila melihat isterinya sedang duduk melutut mencari sesuatu didalam beg pakaian. Tudung dan gaunnya yang besar itu masih tersarung elok.

"Cari apa?"

"Ah? Takdak apa lahh, saya dah jumpa ni. " Dalih Humaira. Sebenarnya dia cari baju dan seluarnya. Manaa nii?! Takut nanti Arfan marah, kata dia lalai pulak.

Humaira memegang 'adik dan kakaknya' di bawah shawlnya yang labuh. Malu nak bagi Arfan nampak. Hahah.

Arfan yang melihat reaksi Humaira hanya mengangguk lalu berlalu ke sisi katil untuk mengambil pakaiannya yang telah tersedia itu.

Disebabkan dia nak keluar untuk berjumpa rakan niaganya lagi di dewan, dia menyarung sehelai kemeja putih dan seluar slack hitam.

"Awak nak keluar ka?" Humaira bertanya.

"Hmm." Sepatah Arfan menjawab sambil menyarungkan seluar lalu membuka bathrobenya.

Apabila ternampak saja badan Arfan itu, terus membahang muka Humaira. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tepi. Huhh apasal dia yang malu.

"Awak balik pukul berapa?" Humaira tanya lagi.

"Tak tahu lagi. Kalau diorang nak balik, aku pun balik bilik la. Alaa dewan bawah tu je pon. Takkan kau dah tak sabar nak tidur dengan aku." Arfan berkata selamba.

Sekali lagi, Humaira rasa mukanya panas kerana terlalu malu. Main cakap lepas ja si Arfan ni.

"Manaa ada! Saja ja tanya. Huh! Dahla saya nak mandi ni. Kunci pintu tu nanti." Ujar Humaira lalu bergegas ke bilik air.

TUAN KING✔️ [ C ]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن