Kini Maira 10 kali ganda takut dengan aksi Arfan serta kata-kata yang meluncur dari mulut Felix.

"Owh, dia ni barang kau? Kalau kau nak, kau boleh ambil." Arfan berkata selamba sambil tangannya menurunkan Glock 19 nya. Dia memandang Maira dan nampak sangat muka Maira yang berubah pucat itu.

Setelah mendengar hal itu, Felix memberi isyarat kepada anak buahnya untuk mendapatkan Maira.

"Arfan! Sampai hati awak! Saya percayakan awak!" Maira menjerit geram apabila Bob dan Jo datang menghampirinya. Perasaan takut dan marah bercampur baur.

Dia membalas pandangan Arfan lalu setitik demi setitik air matanya gugur. Setelah pintu keretanya disebelahnya dibuka, Maira tidak dapat berbuat apa-apa kecuali bergelut dengan lelaki gempal yang bernama Bob itu.

Air matanya tak henti-henti jatuh. Dia diheret ke arah Felix. Ketika dia melintasi Arfan...

Arfan berkata tenang.

"Tapi kan, aku dah sentuh budak perempuan ni..."

Bob yang mengheret Humaira juga berhenti. Apa?

"Apa you cakap?" Felix tidak faham dengan kata-kata Arfan.

"Aku dah sentuh dia, barang yang aku dah sentuh takkan boleh disentuh orang lain kecuali aku!"

Setelah selesai berkata, Arfan melepaskan tembakan secara rawak lalu tangannya pantas menarik Humaira kebelakangnya apabila Bob menunduk.

"Jangan lari." Arfan berpesan. Kalau Maira lari, kerjanya akan berganda.

Mendengar hal itu, Maira sudah tidak dapat berfikir waras lalu menarik kemeja yang dipakai Arfan dan berlindung dibelakang badan sasa Arfan.

Seorang anak buah Felix tersungkur akibat terkena tembakan pada betisnya.

Tiba-tiba ada sebuah kereta Audi lain datang menghalang Felix.

Kimi datang bersama Fahim, anak buah Arfan yang cekap dalam bab-bab kereta dan mesin.

"Korang datang berdua ja? Apahal bengap sangat?" Arfan terkejut dengan kedunguan Kimi yang tidak dapat dibendung. Hahahahhaha.

"Manalaa aku tau, ingatkan kereta kau rosak. Tu laa lain kali jawab time aku angkat call tadi." Kimi membela diri.

"Rosak kepala hotak kau, tadi tu aku hantar emergency call kot. Pikir laa."

"Woi! Hal wa sama girl tu tak habis lagi!" Felix yang pening dengan perbualan dua sahabat itu mula naik angin.

"Ha ye tak habis lagi. Sini aku habiskan." Kini Kimi dan Fahim berlari menerjah anak-anak buah Felix. Masing-masing saling bergelut.

Tetapi Felix tidak mahu bermain dengan anak naga, dia mahukan bapak naga. Jadi dia melangkah laju kearah Arfan yang sedang menendang Bob.

Kini, Bob dah tersungkur begitu juga Jo. Kacang jerrr.

Langkahnya dilajukan apabila Arfan turut melangkah ke arahnya.

Maira yang bersembunyi tadi kini berada disisi Arfan. Bukan senang nak lawan kalau ada orang tengah tarik baju kita dari belakang.

Masing-masing saling melangkah sambil mengacukan pistol sehingga terhenti apabila kedua-dua muncung pistol itu berada dikepala musuh.

Ya, Glock 19 Arfan sudah melekat di dahi Felix dan pistol Felix dituju ke dahi Arfan. Picu ditarik.

Keadaan kini sangat tegang.

Sesaat

Dua saat

TUAN KING✔️ [ C ]Onde histórias criam vida. Descubra agora