Bab 45

10.7K 470 23
                                    

"I cuma nak pesan pada you, jangan ganggu anak menantu i. Kalau i dapat tahu you ganggu adam, siap you!" puan sri halisha terus mematikan telefonnya, selepas dia habis menghamburkan kata-kata amaran kepada eryna.

Dia merengus geram. Ei! Kalau eryna depan mata dia, dah lama perempuan tu dia kerjakan! Berani-berani dia nak sentuh anak aku eh? Dasar perempuan tak tau malu!

Dikerling sekilas wajah suaminya yang sedang menggeleng kepala.

"Kenapa awak tiba-tiba nak bagi amaran pada eryna? Dia tak salah pun?" tan sri hisyam menjeling. Dia seolah-olah membela diri eryna, memang benar pun. Eryna tak salah, tapi dia yang salah. Dia jugak kan yang beria-ia suruh adam menikahi eryna.

"Dia? Tak? Salah? What?!! Abang bela dia? Sepatutnya, abang bela afwan dan adam tau. Kenapa perempuan tu jugak abang sanjung tinggi?" meninggi suara puan sri halisha. Sungguh dia tidak menyangka, bahawa suaminya sendiri lebih membela orang lain daripada bela keluarga sendiri.

What the hell?!

"Awak ni dah kenapa sha? Awak dah lupa siapa depan awak sekarang ni? I'm your husband!" rahang tan sri hisyam bergerak. Dia cukup pantang kalau ada yang tinggikan suara kepada dia.

"Yes! Memang abang suami saya, tapi kalau abang belajar tinggi-tinggi, ada ijazah and kalau otak ke kelaut dalam buat apa jugak? Abang sedar tak, yang abang cuba nak rosakkan rumahtangga anak abang sendiri. Otak abang ni dah pergi mana? Abang suka tengok adam merana? Abang suka ke?" tajam anak mata puan sri halisha memandang tan sri hisyam.

Dia pun hairan, dalam banyak-banyak perempuan kenapa perempuan tu jugak yang dipilih? Yes! Dia pun tak nak lah afwan dimadukan, tapi kena eryna jugak?

"I hate you!" sambung puan sri halisha, sebelum mengorak langkah meninggalkan bilik tidur. Sempat dia memberi jelingan tajam kepada tan sri hisyam.

Tan sri hisyam memicit dahi. Masalah betul?!

ू(ʚ̴▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂ू(ʚ̴

Sedang afikah berborak bersama seorang nurse perempuan di tempat kaunter (temu janji). Dia terpandang wajah hakeem yang mula terburu-buru mahu keluar dari hospital.

"Err, dr!" afikah memanggil tanpa teragak-agak.

Hakeem berpaling memandang afikah. Wanita itu menghampirinya dengan perlahan-lahan. Dah pukul 12:30 pagi (malam) tak balik lagi ke dia ni?

"Yes?" hakeem mengangkat kening. Senyuman dibibir tiada.

"Err... dr nak pergi mana?" afikah menyoal.

"Saya nak ke cafe, nak beli minuman. Dr pulak? Kenapa tak balik lagi?" hakeem kembali menyoal.

Afikah senyum nipis.

"Saya memang nak balik dah pun. Dr shift malam ke?"

"Haa. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." hakeem senyum sikit. Kakinya melangkah setapak, namun afikah memanggilnya lagi.

"Kejap dr." afikah menelan air liur. Dia nak tahu kenapa hakeem berubah menjadi dingin? Selalunya, doktor lelaki ni akan kacau dia. Tapi sejak hakeem meluahkan perasaannya, dia berubah menjadi 3/60 darjah.

Hakeem berpaling dan memandang afikah. Wajah cantik afikah dipandang paksa, dia betul-betul tak nak berhadap dengan afikah buat masa sekarang ni. Dia nak lupakan gadis cantik ni. Tapi, tiba-tiba sahaja wanita itu memanggilnya tanpa sebab? Selalunya, muka aku ni yang dia tak nak pandang.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now