Bab 7

16.4K 509 12
                                    

Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi, mereka bertolak dalam pukul 8:00 pagi. Kini mereka berada di tengah highway, perjalan kuala lumpur ke kedah mengambil masa lima jam untuk sampai. Tidak sangka pulak adam yang afwan berasal dari kedah? Pelik, sebab percakapan afwan tidak seperti orang-orang kedah. Rupanya afwan lahir di kuala lumpur cuma menetap di kedah kerana keluarga afwan orang kedah, dan afwan tersesat di kuala lumpur. Sebab tu afwan jarang bercakap kedah?

Dan afwan tidak sangka yang lelaki disebelahnya ini adalah anak tan sri? Sungguh terkejut afwan yang dia bakal berkahwin dengan seorang anak jutawan. Bapak tan sri, mak puan sri? Ya allah, tak sangka pulak dirinya. Bukan nak riak atau sombong, tapi dia betul-betul macam tak percaya. Yelah, dia dengan adam bagaikan langit dengan bumi. Ibarat enggang dengan pipit. Ish ish ish!

"Kalau kau mengantuk, kau tidur lah. Perjalanan kita masih jauh." adam kerling sekilas ke arah afwan yang setia memandang ke hadapan dengan kepala menyandar di kusyen.

Afwan geleng kepala.

"Tak apa lah, saya tak mengantuk. Lagipun saya nak teman awak, takut awak bosan?" balas afwan lembut.

Adam tersenyum nipis. Kadang-kadang adam terfikir, benarkan wanita bernama afwan ini jodoh dia? Dia risau kalau mummy dan daddy dia tak dapat terima, itu yang dia risau. Lagi risau kalau dapat tahu afwan dari kampung dan pernah menjadi pelacur. Tapi kata afwan, dia menjadi mangsa keadaan sahaja. Bukan adam tak kenal keluarganya, yang sudah nak mempercayai orang luar, aduh!

"Kau bahagia kalau kau dengan kahwin dengan aku?" tiba-tiba adam menyoal. Sekali menyentakkan afwan yang sedang merenung ke hadapan. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya ke tepi, memandang adam.

"Kalau awak mampu bahagiakan saya, insyaallah saya akan bahagia." jawab afwan lemah-lembut.

"Tapi kalau suatu hari nanti, terjadinya satu pergaduhan antara kita. Kau mampu terima semua tu? Dan macam mana kalau aku ceraikan kau atas sebab keluarga aku tak terima kau?" soal adam lagi. Dia inginkan kepastian, soal kahwin bukan main-main baginya. Lagi-lagi dengan orang yang bukan dia cinta!

Tapi bercinta selepas nikah itu bukan ke indah? Argh! Stress!

"Kalau itu takdir saya, saya redo. Mungkin awak bukan pilihan jodoh tepat saya, tapi kalau suatu hari nanti datangnya sebuah cinta saya terhadap awak, saya janji yang saya akan sayang awak sampai selama-lamanya." balas afwan. Tak tahu lah tiba-tiba dia terasa mahu menyebut perkataan 'cinta' dan 'sayang'. Terasa macam dia yakin yang perasaan cinta itu akan hadir kalau layanan dari adam.

"Kau yakin ke yang kau akan cintakan aku? Aku jujur! Aku rasa macam pelik, kahwin dengan orang yang bukan aku cinta! Lepastu tiba-tiba nak kahwin, macam entah lah! Kau tak pelik ke?" adam mengerutkan keningnya. Jeles wajahnya nampak keruh. Mungkin dia pelik dengan dirinya yang sekarang? Padahal dia memang tak suka terhadap perempuan, baginya perempuan semua sama! Mahukan duit, harta, maruah tak terjaga, dan hancurkan hati seorang lelaki. Dirinya pernah merasa, sebab itu dia tak hirau kalau ada perempuan yang mahu mengecam dia.

"Mungkin itu jalan takdir kita? Insyaallah, kalau datang perasaan itu, saya janji saya akan setia dengan awak. Tapi kalau awak rasa, yang saya ni bukan jodoh awak. Awak boleh undurkan masa tu balik, masih awal lagi untuk kita bincang betul-betul. Saya tak kisah kalau awak tak dapat terima saya, cuma tak apa ke kalau saya tak ikut syarat-syarat awak?" afwan tenung wajah adam dari tepi. Sempurna dengan gaya dia hari ini, rayban hitam di biji dua matanya. Berkemeja putih lengan panjang, bersama seluar jeans berwarna hitam pekat. pergh! Memang meletup kebabom!

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now