Bab 4

18.4K 616 14
                                    

PART YANG AKAN DATANG HERONYA, SO JANGAN KECAM HERONYA KALAU DIA NAMPAK GATAL. AND KAU JANGAN FIKIR BUKAN - BUKAN, LAGI SATU BENJAMIN DAH JATUH CINTA DENGAN AFWAN SEBAB HATINYA TERTARIK DENGAN KEAGAMAANNYA BKN SEBAB AFWAN CANTIK KE APA KE? SO BACA DAN FAHAMI. AND BENJAMIN WATAK BARU OKAY.

❤▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂❤

"Kau tula, suruh makan tak nak! Macam mana nak sihat?" benjamin membebel, risau dengan keadaan gadis comel dihadapannya ini. Masuk sahaja pukul 9:00 pagi, benjamin terus menyerahkan nasi bungkus kepada afwan. Namum ditolak mentah-mentah oleh afwan. Hidup dia asyik nak tolak rezeki je? Ni kalau chen lai tahu, comfirm memang aku yang kena tibai nanti. Haih!! Nasib lah budak ni aku sayang.

Afwan geleng kepala.

"Aku tak ada selera lah, tiba-tiba je aku macam tak ada mood nak makan. Mungkin aku dah banyak telan airmata sebab tu kenyang?" balas afwan dalam memerli. Benjamin mengeluh, suka bagi ayat deep?

"Hawa afwan, tolong makan. Kejap lagi customer kau datang tau? Kalau kau tak makan, habis lah aku kena tibai dengan bapak cina tu nanti." benjamin masih menghulur sebungkus nasi ayam. Tetapi afwan masih berat ingin mengambil nasi tersebut. Bukan apa, dia sebenarnya takut kalau dia termakan nasi yang dari bukan halal tapi haram. Ya Allah!

"Customer aku datang? Huh! Macam perempuan pelacur je aku kan? Padahal tak pernah terfikir pun aku nak jadi macam ni." afwan senyum dibuat-buat. Secara automatiknya benjamin terdiam, mungkin terkesan dengan kata-kata gadis ini.

"Kau jangan risau afwan, aku kenal siapa customer kau." benjamin menyedapkan hati afwan. Namun afwan sekadar memandang ke arah luar tingkap, macam mana lah keadaan di luar sana? Terasa ingin terbang dibuatnya, kalau lah dia burung pasti dia bebas dari segala kekotoran di sini.

"Kau tak payah sedapkan hati aku. Semua lelaki yang cuba nak rampas 'mahkota' aku semuanya tak boleh pakai. Lelaki yang dah ada anak bini pun masih cari wanita pelacur? Dunia ni dah tak larat nak menampung dosa kita, gamaknya tak lama lagi terbalik lah dunia ni." tutur kata afwan tenang. Niat bukan nak hina benjamin atau sebaliknya, cuma sedih dengan kehidupan manusia zaman sekarang. Bila terjadi apa-apa baru lah nak ingat tuhan, mereka dah lupa dengan akhirat? Dunia dan kekayaan dikejar pula, nauzubillah!

Benjamin masih terkaku dengan bicara lembut afwan. Cukup mendalam kata-kata afwan sehingga membuatkan dia teringat dosa-dosanya. Nasi bungkus yang tidak diambil dari afwan pun, diletak atas meja kecil bersebelahan kepala katil. Wajah afwan diamati.

"Nasi tu aku letak dekat situ. Kalau kau nak makan, kau ambik je. Aku, aku keluar dulu." ujar benjamin lembut. Disebabkan tak nak ingat kembali dosa-dosanya, dia membuat keputusan untuk keluar dari bilik ini. Chen lai, kau silap orang! Wanita yang kuat agama kau pilih? Aku tak boleh berdiri lama dihadapannya, aku makin lemah! Aku tak boleh jaga dia, aku tak boleh!

Selepas benjamin mengatur langkah, afwan mengalihkan kepalanya memandang daun pintu yang sudah rapat menutupi biliknya. Kemudian dia memandang nasi bungkus yang terletak elok di sisi kepala katil, hanya pandangan kosong sahaja afwan beri. Langsung dia tidak terasa lapar, kalau lapar sekalipun dia tidak akan menyentuh nasi itu. Ya Allah rasa berdosa pulak dia memakan nasi yang diberi benjamin semalam. Tapi kalau tak makan, dirinya akan lemah? Berat dugaan mu ya Allah.

Afwan mengeluh. Irman, mana awak? Saya sentiasa tunggu kehadiran awak untuk menjemput saya, tapi susuk tubuh awak pun saya tak nampak. Kenapa awak buang saya irman, jahat sangat ke saya pada awak? Kenapa awak tak boleh terima hakikat yang kita memang tiada jodoh. Adhan? Nama itu meniti di bibirnya, seorang lelaki yang sangat lemah-lembut bagi afwan, adik kepada idhan iaitu abang sulungnya. Memang ada kisah antara afwan dan idhan, mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sehingga ingin membuat keputusan untuk berkahwin, namun cinta mereka disekat apabila idhan di langgar lari. Afwan terkesima dengan kejadian itu, perbuatan dari sebuah kereta berjenama kancil, masih terbayang-bayang di kotak fikiran afwan. Ya Allah rindunya kepada idhan masih ada kesannya. Walaupun adhan pernah meluahkan perasaannya kepada afwan, tak semestinya afwan melupakan cintanya pada idhan. Tak sangka, dua beradik yang menjadi kegilaan di kampung mereka sebenarnya ada perasaannya terhadapnya. Tapi afwan memilih abang dari adik, baginya adhan terlalu muda buatnya. Dan dia tidak pernah menyimpan perasaan suka terhadap adhan, sebab itu irman salah anggap? Padahal mereka tiada apa-apa hubungan melainkan kawan.

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now