Bab 14

12.9K 396 5
                                    

"Apa yang kau borak dengan opah tadi?" adam menyoal dingin. Tangannya setia memegang stereng kereta, manakala matanya pulak fokus pada hadapan.

Terjegil biji mata afwan. Apasal pulak tanya soalan ni? Tak pernah-pernah adam nak tahu pasalnya?

"Saja, borak-borak kosong?" balas afwan tanpa memandang wajah adam. Adam ni bukan nak tukar panggilan tu? Kasar bunyinya? Ke nak aku tukar panggilan jugak? Daripada saya-awak kepada aku-kau.

"Kau tak payah nak tipu aku lah? Mesti kau mengadu apa-apa pasal aku kan? Ke kau,, ada cerita pasal adhan?" teka adam. Tepat kena batang hidung afwan. Yang first tu memang tak ada kena, tapi yang second tu! Tepat dan benar sekali?

"Eh-eh, dia ni... tak baik tuduh bukan-bukan. Saya cuma pesan dekat opah, jaga minum, jaga diri, jaga makan minum pakaian semua. Saya kan tak nak dia risau pasal saya." walaupun terselit kata-kata benar, tapi tetap ada bohongnya. Senyuman pura-pura cuba ditayang, bagi menutup kebohongannya.

"Suka hati lah!" adam terus membelok ke kanan. Sedia untuk keluar dari kampung afwan, akhirnya balik jugak dia? Aduh! Confirm, sampai sana mesti kerja di ofis berlambak! Dengan perkerja buat halnya, dengan tentang penipuan dia dan afwan lagi. Datang lagi masalah eryna yang tak henti-henti kacau dia?

Nasib dia silent handphone-nya, kalau tak! Mesti perempuan tu asyik kacau dia? Waduh! Kalau afwan tahu, agak-agak dia jeles tak? Takkan kut, dia mana ada perasaan? Eh!

Afwan sekadar diamkan diri. Malas nak berborak lama dengan adam, bukan dapat hasil pun? Yang dia tahu, "suka hati lah!", "ada aku tanya?", "menyampah aku!". Hah tu lah ayat dia? Rasa macam nak pijak pun ada!

"Sampai sana nanti, aku nak kau tutup mulut dulu. Sebab aku ada adik perempuan yang mulutnya boleh tahan laser-nya. So aku harap kau tabah menghadapinya?" pesan adam kepada afwan. Afwan hanya iyakan sahaja.

Patutlah~

Adik-beradik kaki mulut laser?

"Kau mengumpat aku dalam hati ke?" soalan dari adam membuatkan afwan hampir luluh jantung. Ya Allah! Tau-tau jelah suami aku ni?

"Mana ada lah!" tergeleng-geleng kepala afwan menggeleng. Melihatkan gaya afwan, adam menahan gelak? Haih comel pulak isteri aku ni!

Dan kedua-duanya diam menyepi. Hanya celoteh dari radio sahaja berbunyi. Harap kekok ini tidak berpanjangan, cepat-cepatlah sampai! Tak tahan dah berdua-duaan dengan adam?

Aduh! Bila fikirkan balik? Kalau cepat sampai, cepat jugak lah aku hadap family adam? Mesti diorang akan tanya aku.

"Macam mana boleh kahwin?"

"Dekat mana jumpa ni?"

"Kenapa tak bagitahu?"

"Mummy tak setuju perkahwinan kamu!"

Tiba-tiba.

"Tidak!!!!!!!!!!!!"

Teriakan dari afwan mengejutkan adam. Hampir eksiden dia dibuatnya, kenapa dengan afwan ni?! Gila ke?!

"Woi! Afwan? Kau kenapa? Gila? Nak mati ke? Jerit macam orang hilang anak!" tengking adam geram. Terdiam afwan sekejap, sumpah! Tak sangka sampai dia boleh menjerit? Oh tidak! Soalan tu membuatkan terngiang-ngiang di telinganya.

Mampu ke aku nak menjawabnya!

Adam menggeleng kepala, setelah melihat afwan hanya diam. Hah! Kena sebijik tengking aku, nasib jantung aku tak lompat keluar! Ish? Dia punya jerit kalah suara ziana zain!

Lalu keadaan mula menyepi. Adam kembali memandu seperti biasa. Sampai lah satu tahap, afwan melelapkan matanya setelah sekian lama mencelik mata. Tinggal lah adam sorang-sorang HAHAHA!!!

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now