38

9.6K 1.1K 132
                                    

A/N: jangan tergoda dengan JK disebabkan chapter ini. ;)

----
Aku memandang kereta Jungkook yang sudah berlalu pergi meninggalkan tempat letak kereta dalam Universiti Big Hit.

Aku ketap bibir. Bibir aku menggigil apabila teringatkan bayangan Jungkook sebentar tadi.

Lehernya yang basah lencun dengan darah. Aku tak yakin Jungkook yang cederakan diri sendiri. Dari tekaan aku berdasarkan riak wajahnya, Jungkook dilanda masalah yang besar.

Aku tak boleh larikan diri lagi daripada dia. Apa-apapun, aku harus berani menghadapi Jungkook.

Jungkook, kau tunggu aku datang.

----
Hae Yoon tergesa-gesa menekan butang lif. Gadis itu menjadi semakin panik. Berpeluh-peluh dia berdiri keseorangan di dalam lif tersebut.

Kali ini, dia sudah tidak ingin dibelenggu rasa takut lagi. Demi Jungkook, dia sanggup menerima takdir yang berlaku selepas ini.

"Aku n-nak Jungkook sentiasa ada dengan aku. Aku nak kau bahagia Jungkook."gumam Hae Yoon perlahan.

Pintu lif terbuka. Seorang lelaki yang dinantikan Hae Yoon menunggu di depan lif.

Bibir Hae Yoon tersenyum simpul ketika tubuh badan Jungkook yang sedang diam berdiri di depan lif singgah di pandangan matanya.

"Jungkook..jungkook. Yoon dah sampai."sebut Hae Yoon perlahan.

Matanya ralit memerhati tangan Jungkook.

Jungkook pandang Hae Yoon  dengan riak wajah kosong.Lehernya yang luka teruk kelihatan sudah berbalut. Di tangan kanannya, digenggam erat sebuah kapak. Manakala, di tangan kirinya terlilit elok segulung tali.

Hae Yoon tanpa sedar terundur ke belakang.

Jarinya sudah menyentuh butang lif untuk tutup.

"Lari selagi boleh. Aku dapat je kau. Kapak dan tali ni aku bagi kau rasa. Lari Yoon. Lari!"jerit Jungkook dengan nada suara yang lantang.

Hae Yoon terus menekan butang lif. Lif tertutup rapat.

"Tuhan, beri aku masa untuk tenangkan diri. Lepas ni, aku sertai permainan gila kau, Jungkook. M-mesti semua ni bersebab k-kan?"

Hae Yoon memejamkan mata. Segala kekuatan dan keberanian dia usahakan untuk muncul di dalam dirinya waktu itu.

---
Jungkook menumbuk geram pintu lif yang sudah tertutup. Ugutan Ryu Sera semakin menyesakkan dadanya.

Lelaki itu segera tarik nafas. Kapak dan tali yang ada dalam genggaman tangannya dipegang kuat. Perasaannya yang sudah tertekan dan terdesak menyebabkan Jungkook mulai gelisah.

"U-ubat aku. Ubat aku takdak. Hae Yoon, aku t-takut aku jadi g-ganas je lepas ni."ujar Jungkook. Kepalanya terasa berat. Dia hanya fikirkan keselamatan Hae Yoon sahaja.

Dia jatuh terduduk di depan lif. Kelopak mata Jungkook tertutup rapat. Hanya dengusan kasar keluar dari bibirnya.

Mulutnya semakin laju menyebut nama Hae Yoon.

Lima minit berlalu pantas. Mata Jungkook terbuka pantas.

Bibirnya sudah menampakkan senyuman psiko yang sangat ditakuti Hae Yoon.

Dia ambil kapak dan tali yang terdampar di atas lantai itu semula. Jungkook berdiri dan jarinya menekan-nekan butang lif.

"Yoon, sayang kau ni otw nak main bunuh-bunuh dengan kau."

----
Aku dah panik dan cuak sangat-sangat. Aku dah cuba untuk beranikan diri tapi kali ini, Jungkook betul-betul menggila.

Aku..

[C]Psycho Crush | JJKWhere stories live. Discover now