20

11.2K 1.3K 164
                                    

A/N: Filler chapter khas tentang Jungkook.
Semua mesti nak tahu kan sebab Jungkook jadi psiko?

----

Flashback 2015

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback 2015

(Tiga tahun sebelum kedatangan Jungkook di Universiti Bighit)

Hujan semakin lebat membasahi bumi kota Seoul. Jungkook mengerling ke arah pergelangan tangannya. Jam tepat menunjuk ke angka 3 petang.

Dia terasa bulu roma semakin menaik akibat cuaca yang mula sejuk. Jungkook mengambil jaket dari tempat duduk belakang dan segera menyarungkan ke badannya.

"Mana Ryu Sera ni? Kata pukul 3 dah keluar. Tapi, bayang pun tak nampak."keluh Jungkook. Matanya leka memerhati persekitaran kawasan perumahan teman wanitanya.

Walaupun terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Seoul,Korea, kawasan perumahan yang didiami Sera boleh dikatakan agak sunyi.

Baru sahaja dia ingin menekan skrin untuk menelefon Ryu Sera, kelibat wanita itu melintasi jalan serta-merta mencuri pandangan Jungkook.

"Eh..Sera? Dia nak pergi mana tu? Bukan aku selalu tunggu tempat biasa ke? Takkan dia lupa."kata Jungkook sebelum membuka tali pinggang.

Laju kakinya menuruti langkah Ryu Sera. Dia pelik . Wanita itu seperti tahu Jungkook mengekorinya. Namun, dia tetap berjalan menuju ke dalam satu lorong sunyi.

Laju langkah diatur. Ryu Sera berhenti . Kepalanya masih tidak menoleh ke arah Jungkook.

"Sera..awak buat apa kat sini? Saya tunggu tempat biasa je tadi."

Sera memalingkan wajah memandang Jungkook. Jungkook tergamam apabila satu tapak tangan menekup mulutnya.

Jungkook meronta minta dilepaskan. Dia gagal melepaskan diri apabila kain yang menekup mulutnya mengandungi satu bahan yang membuatkan dirinya terasa pening.

Akhirnya , badan Jungkook melurut jatuh ke atas tanah. Ryu Sera mendekati teman lelakinya yang pengsan.

Dia memberi isyarat kepada lelaki asing yang baru sahaja menekup mulut Jungkook tadi.

"Bawa dia masuk dalam van sekarang."arah Sera.

----
Pipi Jungkook ditampar kasar. 5 minit kemudian, lelaki yang merupakan teman lelaki Ryu Sera itu terjaga dari pengsan.

Matanya meliar memandang tempat yang asing bagi dirinya. Nafas Jungkook terhenti apabila dia ternampak bayangan Ryu Sera di muka pintu.

Dia cuba bangun. Tetapi pergerakannya terkawal. Kedua-dua pergelangan kakinya digari dengan rantai. Kedua-dua tangannya juga turut dirantai.

Jungkook bingung. Dia sendiri keliru dengan perkara yang dilihatnya sekarang.

Apa tujuan mereka terutama Ryu Sera melakukan sedemikian kepada dia?

[C]Psycho Crush | JJKWhere stories live. Discover now