31

10.3K 1.3K 183
                                    

A/N: Kesian pula kat readers kalau tak update. Okay, i give one! 👵

----
Malam sudah berganti siang. Ketakutan yang dialami oleh Hae Yoon petang semalam sudah mula berkurangan.

Hae Yoon bergegas ke muka pintu. Dia bersiap awal untuk pergi ke kuliah. Sudah dua bulan lebih sesi pengajiannya di Universiti Big Hit tergendala disebabkan hal yang berlaku antara dia dan Jungkook.

Dia nekad untuk meneruskan pengajiannya semula. Beg galas dipakai dan langkahnya laju menuju ke pintu rumah.

Sebolehnya dia langsung tidak bersedia lagi nak bertemu dan bertentang mata dengan Jungkook.

Lelaki itu sudah pulih kah?

Adakah Jungkook masih mengingati dia?

Hae Yoon menggelengkan kepala untuk menghentikan lamunannya. Kuliah bermula pada pukul 9 pagi. Namun, dia keluar lebih awal sejam kerana ingin menguruskan urusan pengajiannya di Universiti Big Hit.

Dia berazam ingin memulakan semuanya dengan penuh semangat. Hae Yoon sendiri menyakinkan dirinya untuk cuba positif dengan hari itu.

Dia berharap semuanya akan berjalan lancar dan baik-baik sahaja.
----
Aku menunduk hormat kepada dekan pusat pengajian aku. Aku lemparkan senyuman manis sebelum meminta diri untuk keluar dari pejabat.

"Terima kasih Puan kerana dapat menerima saya semula. Terima kasih!"aku ujar dengan rasa hati yang lapang.

Baju blouse yang beralun sedikit sebanyak menenangkan hati aku. Aku  lega. Perut yang terkandung anak aku dan Jungkook masih tidak jelas kelihatan.

Baru dua bulan Yoon. Nanti kalau dah lima bulan ke atas camne kau nak sorok dari kawan-kawan dan terutama sekali si Jungkook tu?

"Aku kena pandai-pandailah nak hidup. Jangan sampai Jungkook tahu."

Aku mengeluh sambil memegang perut aku. Destinasi aku selepas ini adalah kuliah yang pertama.

Kuliah yang subjeknya pernah diajar Mr Jeon Jungkook.

----
"S-saya sihat aje. Saya ambil cuti mengejut sebab a-ada hal penting."bohong aku. Mata aku memandang lelaki di sebelah aku beberapa saat sahaja sebelum aku mengalihkan semula pandangan mata di hadapan.

"Oh patutlah. Lepas seminggu je kuliah, terus kau hilang Yoon. Lesap takde khabar berita. Aku ingatkan kau dah kena culik dengan mamat psiko mana entah."ujar Park Jimin.

Aku berdecit halus apabila mendengar ungkapan yang keluar dari mulut Jimin. Mana taknya, dah serupa ahli nujum.

Tekaan dia betul. Aku memang kena culik dengan si Jeon psiko itu.

"Ish, mana adalah. Tengok ni. Sihat je kan saya?"aku membalas kata-kata Jimin.

Kebiasaannya dalam kelas aku hanya berseorangan. Kali ini, mungkin kedatangan aku ke kuliah mengejutkan semua orang. Sehinggalah Park Jimin yang jarang bertegur sapa dengan aku pun dah lain.

Aku cuba mengukirkan senyuman dan pusing ke belakang untuk mengambil buku nota kecil di dalam beg.

Jari Jimin mencuit bahu aku.

"Kenapa Jimin?"soal aku yang masih melihat isi di dalam beg.

"Aku pelik lah Yoon. Kau lesap. Mr Jeon pun lesap. Kau ada balik. Ha tu, dia pun ada balik. Aneh benaran dong."

Aku ambil buku dan segera pandang muka Jimin. Aku menarik nafas sebelum berpaling menghadap ke hadapan.

"F-fikiran kau je Jimin. Kebetulan!"

Lelaki yang aku amat rindui sedang berdiri di hadapan. Buku-buku dia letak  di atas meja. Dia sedang ralit menekan skrin telefon pintarnya.

Telefon dimasukkan ke kocek seluar. Raut wajah yang terserlah di wajah Jungkook amat berbeza daripada pertemuan aku kali pertama dengan dia.

Dingin. Namun, dengan tambahan sesuatu aura yang baru. Aura yang aku tak pernah lihat hadir dalam diri Jungkook.

Mata kami sama-sama bertembung tetapi aku tak dapat rasakan apa-apa dari riak wajah Jungkook.

Dingin dan kosong.

Sesi pembelajaran bersama Mr Jeon hampir tamat, perasaan aku bercampur-baur.

Keliru, sedih dan rindu akan Jungkook.

Jungkook dah berubah ke?

Bagaikan magis, aku tergamam di tempat duduk aku.

Aku, Hae Yoon sangat rindukan dia. Ini semua hanya mimpi?

Aku merenung wajah pensyarah yang sedang  mengajar subjek psikologi itu.

Dia kelihatan segak memakai kemeja putih dengan lengan yang disingsing kemas.

"Tolong fokus. Can you?"pinta Mr Jeon Jungkook.

Aku merenung tarikh yang tercatat di telefon pintarku.

Tanpa sedar, air mata terus laju mengalir dari mata aku tanpa henti.

"J-jungkook."ujar aku perlahan. Esakan halus mula kedengaran keluar dari mulut aku.

Mr Jeon hanya memandang aku dengan wajah keliru. Langkahnya diarahkan kepadaku.

"Cik sakit ke? Saya izinkan berehat."

Lagi dia bertanya. Lagi kuat aku menangis.

"Awak tak ingat saya ke M-Mr J-Jeon?"

Dia mengerutkan kening. Tangannya mengusap bahu aku.

"Ingat? Rasanya kita baru saja bertemu hari ni cik."

Aku mengetap bibir dan berlari keluar dari bilik kuliah.

Aku tak sanggup lagi hadapi semua ni.

Laungan suara Jungkook kedengaran samar-samar disebabkan tindakan aku berlari lebih laju dari dia.

Kaki aku terasa lenguh. Aku terhenti di hadapan sebuah bilik.

Aku mendongak memandang nama yang tertera di bilik tersebut.

Sempat lagi aku memaki dalam hati. Kaki aku berhenti di depan bilik Jungkook.

Aku menyapu air mata yang makin membanjiri muka.

Lembik betul kau ni Hae Yoon. Selemah itu hati kau disebabkan oleh Jungkook.

Lengan sasa seseorang menarik belakang badan aku terdorong ke arah badannya.

Adakah dia Jungkook?

Aku mendongak untuk memandang wajah lelaki misteri itu.

Dia bukan Jungkook. Rupa-rupanya Jimin yang memeluk aku.

Kepalaku tersembam ke dada Jimin. Aku cepat-cepat menolak dada Jimin apabila suara lelaki berdehem kedengaran di belakang Jimin.

"Depan bilik saya bukan tempat awak dua nak beramah mesra. Jadi, saya beri masa 10 saat untuk beredar. Now!" Jerkah Jungkook.

Dia memulas tombol pintu dan pintu biliknya ditutup kasar.

Aku meraup wajah kebingungan. Aku memandang wajah Jimin lama.

Jimin hanya menggelengkan kepala dan dia menarik aku pergi dari bilik Mr Jeon.

Jungkook, kau benar-benar lupakan aku ke?

💑
Babak dalam chapter di atas ada dalam teaser.

Cuma, babak dalam 'prolog' je tak sampai lagi. 👀

Kasi likes dan spam comment. ❤

P/s : Nak bermain tugasan dengan Jungkook lagi tak?

[C]Psycho Crush | JJKWhere stories live. Discover now