3

14.2K 1.8K 115
                                    

Aku berjalan kaki menuju ke rumah sewa yang juga terletak berhampiran Universiti Big Hit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berjalan kaki menuju ke rumah sewa yang juga terletak berhampiran Universiti Big Hit. Perjalanan aku mengambil masa hampir 10 minit. Namun,fikiran aku masih tertumpu kepada seseorang.

Siapa lagi kalau bukan Mr Jeon.

Semakin lama berfikir, semakin bertambah bayangan wajah Mr Jeon menguasai fikiran. Walaupun baru sehari bertemu dengan pensyarah tersebut, aku tak dapat hentikan otak ini daripada berfikir tentang Mr Jeon.

Dah angau nampaknya kau ni Hae Yoon!

Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci dan tombol pintu dipulas.Aku membuka pintu dengan perlahan. Perlakuanku terhenti akibat terdengar satu bunyi seperti orang sedang menaiki tangga.

Kepala aku segera toleh ke arah bunyi tersebut. Tiada seorang pun yang lalu. Orang itu mungkin tinggal di tingkat lain rasanya.

"Bosannya! Ahjumma Min pun dah pindah...oppa Yoongi seminggu lagi baru ada di rumah."

Aku membebel seorang diri. Mana tak bosan. Dua dua jiran tiada di rumah. Rumah sewa aku dikelilingi jiran yang memang bagus dan peramah. Rumah oppa Yoongi terletak di sebelah kanan. Manakala, rumah ahjumma Min terletak di sebelah kiri rumah sewa yang didiami oleh aku.

Bunyi bising di luar rumah menghentikan lamunan aku. Kaki aku laju menuju ke arah pintu rumah. Bunyi orang sedang memindahkan perabot rumah singgah di cuping telinga aku.

Ada penyewa baru di rumah ahjumma Min?

Aku menyarungkan selipar dan keluar dari pintu rumah. Seorang lelaki sedang dalam proses mengangkat kotak. Aku hanya dapat melihat dia dari belakang tubuhnya.

"Encik ...penyewa baru?" Aku soal lelaki yang masih tidak menunjukkan wajahnya itu.

Dia mengangguk. Serentak dengan itu, wajahnya dipalingkan untuk memandang aku.

"Saya Jeon Jungkook....eh..Cik Hae Yoon?!"

"Mr J-jeon?" Balasku terkedu dengan kelibat Mr Jeon sebagai penyewa rumah ahjumma Min dan jiran baruku.

----💕------
A/N: jeng jeng jeng. Mr Jeon dan Hae Yeon berjiran pulak? Terima kasih untuk views, vote dan komen!

[C]Psycho Crush | JJKWhere stories live. Discover now