1

21.2K 2K 331
                                    

Semester ketiga untuk tahun kedua bermula dengan jayanya

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Semester ketiga untuk tahun kedua bermula dengan jayanya. Tanpa aku sedar, setahun di Universiti Big Hit berlalu dengan pantas. Aku sudah berada di kuliah dengan memegang gelaran student second year.

"Aku dah jadi senior. Hae Yoon dah jadi senior!"

Aku gelak perlahan tanda geli hati dengan tingkah laku sendiri. Mana taknya, seketul Hae Yoon bergembira keseorangan kerana hari pertama bergelar pelajar tahun kedua akan berakhir satu jam lagi.

Jadual kuliah yang berada dalam buku nota berwarna ungu pudar aku teliti perlahan. Masih ada satu subjek sebelum sesi kuliah pada hari isnin tamat.

Otak aku mula melakar plan-plan terbaik untuk menghilangkan kebosanan selepas waktu kuliah tamat di universiti.

Tidur! Pelajar universiti dan tidur merupakan dua benda yang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, tidur adalah hobi masa lapang terbaik untuk dilakukan.

Lagipun aku sentiasa keseorangan. Di sebalik cermin mata bingkal tebal yang dipakai, aku seorang yang suka berkawan. Namun, imej yang dibawa mungkin membataskan aku untuk bergaul dengan semua.

Dengan kata mudah, aku ni nerd.

Siapa je yang nak kawan dengan nerd macam aku ni?

"Selamat pagi. Untuk pengetahuan pelajar, saya, pensyarah yang akan mengajar subjek psikologi untuk semester ini. Gembira dapat bertemu dengan anda semua."

Mata aku yang asyik tertumpu kepada buku nota ungu di atas meja mula mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara garau tersebut.

Dia ,pensyarah yang akan mengajar subjek Psikologi untuk semester ini. Mata aku memerhati penampilan pensyarah muda yang berdiri di hadapan kami semua, di dalam bilik kuliah sempit yang hanya mampu memuatkan 30 orang pelajar sahaja.

Kedengaran suara gelakan halus tanda suka yang keluar dari mulut Na Yeon dan rakan-rakan gediknya. Mana mungkin Na Yeon dan sekutunya tidak mampu duduk diam dengan penampilan lelaki kacak di hadapan mereka.

Raut muka pensyarah baru yang ralit berdiri memandang pelajarnya aku tenung diam-diam. Risau di hati jika pensyarah tersebut sedar akan gelagat aku.

"Boleh panggil saya Mr Jeon. Saya Jeon Jungkook. Harap anda semua dapat memberi kerjasama yang baik dengan saya. Jika tidak, saya tidak jamin anda semua dapat meneruskannya dengan baik."

Mr Jeon namanya diberi. Baju kemeja putih tergantung kemas di badannya. Hujung kemeja digulungkan ke atas. Pemakaiannya lengkap dengan tie berwarna hitam serta seluar slack berwarna coklat tua seperti warna anak matanya.

Rambut Mr Jeon kemas ,tersisir rapi. Wajahnya yang agak tampan sedikit mengganggu fokus pelajar wanita di dalam bilik kuliah. Bibirnya terbuka dan mulutnya mengarahkan sesuatu kepada kami semua.

Pen marker yang terletak di atas meja diambil oleh Mr Jeon. Mata Mr Jeon bertemu dengan pandangan aku.

"Fokus. Saya nak semua fokus."

Nada suaranya memberi amaran. Kedengaran lembut namun terselit amaran yang ingin disampaikan untuk pelajarnya.

Selepas berbalas pandangan dengan Mr Jeon. Hujung kain skirt aku pegang dengan kejap. Anak mata aku memandang belakang tubuh Mr Jeon Jungkook yang sedang sibuk menulis sesuatu di papan putih.

Hati aku semakin giat memainkan irama. Berdenyut tanpa henti. Namun, pandangan yang dilemparkan Mr Jeon seolah-olah memberi aku satu peringatan.

He's something you never dare to mess with.

He's dangerous.

Aku menyentuh dada yang semakin bising dengan bunyi degupan jantung.

"Mungkin ini hanya crush. You get it Hae Yoon. Ini cuma crush."

Berulang kali aku meyakinkan diri dengan perkataan 'crush'. Namun, aku hampir tersentak dan terkejut.

Suara Mr Jeon memecahkan suasana sunyi sepi dalam kuliah.

"Tolong fokus. Can you?"

💕
------++-------
A/N: Bagaimana dengan chapter pertama? Esok saya update. Jangan lupa komen dan vote okey? Terima kasih 💭

[C]Psycho Crush | JJKUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum