36

9.7K 1.3K 140
                                    


Enjoy update sempena birthday JK💖

---
Aku menapak keluar dari bilik kuliah. Koridor yang sunyi sepi menambahkan lagi rasa takut di dalam hati.

Mana Jungkook? Mata aku mencari-cari kelibat tubuh badan Jungkook. Namun, tiada langsung bayangnya.

"He ask me to find him. Where is he?"bebel aku.

Bunyi derapan tapak kaki berlari dari belakang menyebabkan aku terkejut.

Kepala aku segera toleh untuk melihat pemilik suara itu.

Dah sahlah dia Jeon Jungkook.

"Tunggu apa lagi? Cepat babe."ujar Jungkook sebelum dia berlari masuk ke satu bilik yang bertentangan dengan bilik kuliah hari ni.

Aku gelisah memandang sekeliling. Kalau diikutkan sangat si Jungkook ni, aku tempah maut awal dah.

Jika ditolak keinginan lelaki psiko itu, mahu diamuknya pula nanti.

Aku mengusap perut aku. Kaki aku melangkah laju untuk mencari Jungkook.

----
Hae Yoon memasuki sebuah bilik kuliah yang kosong. Dia meneka mungkin bilik ini yang dimasuki Jungkook tadi.

"J-jungkook. Awak..kat mana ni?"

Hae Yoon menepis debu-debu yang jatuh mendarat di bahunya. Telinganya teliti mendengar bunyi-bunyi di sekitar bilik kuliah tersebut.

Sunyi.

Sunyi.

"Yoon.."

Suara garau milik Jungkook memecahkan suasana sepi yang bertandang. Hae Yoon meletakkan telapak tangan di dada.

Dadanya bising dengan degupan jantung yang makin berentak laju. Suara Jungkook singgah di telinga. Malangnya, di mana tubuh badan lelaki itu?

Hae Yoon tak sedar dalam diam, Jungkook sedang ralit memerhati gadis itu.

Bibir Jungkook tersenyum sinis. Dia segera menerpa ke arah Hae Yoon yang masih kebingungan mencari dirinya.

----
"Sayang!" Jungkook menjerit kecil. Tubuh aku dirangkul dan aku ditolak ke dinding.

Aku mengeluh sakit akibat tolakan Jungkook yang sedikit kasar. Jungkook tak mengambil masa yang lama.

Dia memegang pipi aku lama. Kami berlawan pandangan anak mata.

"Aku dah lama tak berseronok dengan kau. Tapi kali ni yang terakhir rasanya. Sebab.."Jungkook jeda sebentar.

Jungkook terhenti sebentar. Dia mengelus lembut helaian rambut panjang aku.

"Sebab aku akan tinggalkan kau juga nanti."ujar Jungkook.

----
Aku terkedu. Mulutku terkunci rapat tatkala mendengar luahan Jungkook.

Dia nak tinggalkan aku? Kenapa tiba-tiba aje?

Aku menahan air mata dari jatuh. Aku cuba menolak dada Jungkook supaya menjauh dari diriku.

Namun, Jungkook tetap berdiri statik di hadapan aku.

Riak wajahnya kosong. Pucat dan tiada langsung keceriaan.

"K-kenapa?"

Jungkook menggelengkan kepala. Jawapan yang aku nantikan tidak keluar dari mulut Jungkook.

"Aku rasa kau tak mampu nak terima jawapan aku. So, aku diam."balas Jungkook.

Jari aku terketar-ketar menarik tangan Jungkook supaya mendarat di perut aku yang membukit kecil.

"Dapat rasa tak a-anak kita?"aku kata sambil perlahan-lahan membiarkan jari Jungkook menyentuh perut aku.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Pipi lelaki itu kian memerah. Dia memberi reaksi yang sukar untuk tafsirkan.

"Kau sorok dari aku..b-berapa lama Yoon?"

Dia melepaskan sentuhan di perutku. Beberapa saat kemudiaan, dia mendaratkan penumbuknya di dinding.

Hampir sahaja tumbukan itu tersasar ke pipi aku.

Aku terkial-kial menahan rasa takut yang membuak-buak. Aku tarik tangan Jungkook yang berterusan menumbuk dinding.

Kalau tersasar sikit, mahu lunyai wajah aku dibuatnya.

"J-jungkook, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak sorok d-dari awak. Maa-"

Kata-kata aku dipotong dengan tindakan Jungkook mencengkam bahu aku dengan kasar.

"Baik kau lari sekarang. Sekarang aku kata. Before aku apa-apakan kau."ugut Jungkook.

Aku degil. Aku tetap ingin bersama Jungkook pada waktu itu.

"Tak nak. Saya kata tak naklah Jungkook!" Aku memprotes.

Jungkook menumbuk dinding kali kedua. Dia mencium bibir aku lama.

Selepas itu, Jungkook mula menjarakkan diri.

"Baik mummy Yoon lari sekarang. Kalau daddy Jeon mengamuk, daddy tak jamin kau dan mummy hidup lama."

Bisik Jungkook dan matanya melirik lama ke arah perut aku.

Aku berundur dari Jungkook. Aku lari pantas keluar dari bilik kuliah yang kosong itu.

Sempat aku berpaling, Jungkook berdiri menyandar di dinding memandang aku.

Di tangannya, digenggam erat objek tajam.

"Aku tetap kena makan ubat. Tapi hari ni, entah . Aku bad mood teruk. Aku tak makan Yoon. Tak makan."gertak Jungkook.

Aku tak tunggu lama. Aku angkat kaki dan lari meninggalkan Jungkook.

----
Hae Yoon tergesa-gesa masuk ke bilik kuliah. Semua mata rakan-rakan termasuk Park Jimin tertumpu ke arahnya.

Dia menggigil teruk. Jimin sudah mula mengesyaki sesuatu. Jimin sedar Hae Yoon tiada di tempat duduk begitu lama.

Kertas esei Hae Yoon pun bersih tanpa jawapan.

"Kau okay ke tak? Tetiba hilang. Esei kau pun kosong. Kau ponteng kelas eh?" Soal Jimin berterusan.

Hae Yoon menggelengkan kepala.  Dia bermain-main dengan jarinya.

Hae Yoon semakin takut apabila pintu bilik kuliah dibuka.

Jungkook masuk dengan tenang. Dia duduk di kerusi. Helaian demi helaian buku diselaknya.

"Ada baki lagi lima minit untuk siapkan esei. Yang tak siap, tempah maut lah nampaknya." Ujar Jungkook.
Setiap tutur kata ayat tersebut ditekan dengan nada sinis. Jungkook memerhati segenap tubuh badan Hae Yoon dengan pandangan liar.

"Mummy Yoon takut?"

Satu demi satu ayat itu keluar dari mulut Jungkook. Dia licik.

Dia menggerak-gerakkan sahaja bibirnya tanpa suara. Dia angkat kening seakan mencabar Hae Yoon.

Hae Yoon duduk diam. Matanya berlawanan panahan anak mata bersama Jungkook.

"Kau psiko, Jeon Jungkook" bisik gadis itu.

💑
Maaf lambat. Derma like dan komen sikit. Aumss ❤

[C]Psycho Crush | JJKWhere stories live. Discover now