Prolog

28.6K 2.1K 76
                                    

Tapak kaki aku semakin terasa berbahang. Sakit yang makin menjadi-jadi aku alami pada waktu genting ini.

Namun, derap langkah tetap aku atur laju. Kunci kereta yang berada di dalam genggaman  dimasukkan ke dalam poket seluar denim yang dipakai aku.

Aku tak boleh berputus asa. Aku mesti larikan diri daripada lelaki durjana itu.

Nafas terasa tersekat di kerongkong. Aku meletakkan tangan di dada. Sakit di dada kian mencengkam. Kaki aku laju melangkah menuju ke arah sebuah kereta usang yang terletak berhampiran pokok besar.

Yes. Ujarku gembira dalam hati. Aku pasti bebas selepas ini.

Sebelum sempat memasukkan kunci kereta, aku terkejut. Tangan seseorang melingkar dan memeluk aku dengan kemas.

Kunci kereta yang berada dalam genggaman aku jatuh. Nafas lelaki psiko yang kedengaran halus di cuping telinga mendesak aku bertindak sedemikian.

"Kau takkan dapat lari dari aku,Hae Yoon. Tak akan. Sampai kita berdua mati!"

[C]Psycho Crush | JJKDove le storie prendono vita. Scoprilo ora