❤️40❤️

10.7K 532 1
                                    

Termenung aku sendiri bila teringat balik kata kata farish sebentar tadi. Rupa rupanya dr diana mengalami masalah psychiatric berpunca dari overdose ubat tempoh hari. Tambahan pula, dia tidak dapat mengawal perasaan bila farish menolak cintanya berkali kali menyebabkan dia bertambah tertekan. Farish siap tunjuk lagi note yang di tulis oleh rakannya yang bekerja di bahagian psychiatric tentang penyakit dr diana. Tapi, perkara itu dirahsiakan dari staff lain. Cuma orang tertentu sahaja yang tahu.

Menurut farish lagi, cerita bahawa dia terhutang budi dengan keluarga dr diana adalah rekaan semata mata.  Ini disebabkan oleh halusinasi yang dr diana alami. Dirinya berhalusinasi yang tidak tidak bila ia melibatkan farish dalam hidupnya. Sampai macam tu sekali yang terjadi pada dr diana. Aku dapat rasakan dia betul betul cintakan farish. Tapi sayang, dia tak pandai nak kawal emosi dia bila ditolak oleh seseorang.

Rupa rupanya dr diana merupakan junior farish ketika mereka belajar dahulu. Bila dr diana posting di ED dan mendapat tahu bahawa farish juga bekerja di tempat yang sama, terus dia menyuarakan rasa hatinya pada farish. Ketika itu, aku belum lagi dipindahkan ke sini. Menurut farish lagi, bukan sekali dr diana cuba membunuh diri. Pelbagai cara lagi yang dia lakukan seperti mengelar tangannya sendiri, cuba menggantung diri di dalam bilik atau terjun dari bangunan. Tapi semuanya dapat dihalang oleh rakan serumahnya. Yang terbaru, cuba ambil ubatan yang berlebihan menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Patutlah rakan serumahnya yang tempoh hari datang ke ED tu nampak macam tak suka pada farish. Tapi, bukan farish yang salah dalam hal ni. Aku jugak tak bersetuju dengan tindakan dr diana yang aku kira lagi hebat dari aku. Nak buat macam mana, bila cinta menguasai diri. Hmmm..

Farish minta aku rahsiakan perkara ini dari pengetahuan sesiapa. Aku menurut. Tidak mahu membuka aib sesiapa. Dalam hati, aku kasihan padanya. Ibu bapanya pula bekerja dalam sektor kerajaan dalam kementerian kesihatan. Aku tak pasti bekerja sebagai apa. Tapi farish kata, mereka jarang mengambil tahu tentang dr diana. Kasihan. Mujurlah ibu bapa aku selalu ambil tahu pasal aku walaupun kadang kadang aku segan nak cerita masalahku pada mereka.

Baru aku sedar yang aku jarang ambil tahu tentang farish. Aku taktahu pun yang dr diana selalu mengganggu dia. Yang aku tahu, farish yang selalu mengganggu hidup aku sampaikan aku rasa macam dia terlalu banyak masa lapang. Padahal, dia sendiri tengah sibuk dengan kerjayanya serta researh dan sebagainya. Katanya, dia cuma mahukan perhatian dari orang yang dia sayang memandangkan selama ini dia pun hidup bersendirian. Terdiam aku sebentar bila dia berkata begitu. Kejamnya aku sebagai pasangan dia tapi aku langsung tak endahkan dia. Yang aku tahu, layan perasaan aku dan masalah aku sahaja. Kasihan dia.

Sebenarnya, aku takut juga untuk bertanyakan tentang keluarganya. Tapi, aku gagahkan jua bertanya memandangkan kami pun bakal hidup bersama tak lama lagi. Menurut farish, selepas sahaja papa dan mama nya meninggal dunia tiada siapa yang menjaganya termasuk lah keluarga belah mama atau papa. Semua senyap seribu bahasa. Dulu dia seorang yang agak nakal. Suka ponteng sekolah, suka bergaduh, membuli pelajar lain dan sebagainya. Sungguh tak sangka aku. Muka macam innocent, tapi kaki buli. Hmm.. Mungkin sebab itu tiada siapa yang mahu menjaganya. Ketika itu, dia baru sahaja 16 tahun. Sejak 16 tahun lagi dia sudah berdikari hidup sendirian di rumah peninggalan arwah mama dan papa. Sejak itu, dunianya berubah. Tiada lagi kenakalan. Dia banyak berdiamkan diri sahaja.

Dia nekad belajar bersungguh sungguh untuk melunaskan impian mamanya. Untuk menjadi seorang doktor. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm dan mendapat tawaran ke asasi. Setahun di asasi, kemudian dia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di medical school di australia dengan tajaan. Berkat dia belajar bersungguh sungguh ditambah pula struggle berkeseorangan di luar negara, dia berjaya juga pulang dan menjadi dr yang cemerlang. Oleh sebab itu, proses internshipnya sekejap sahaja dan dia layak untuk menjadi medical officer. Sekarang, dia baru habis master dan masih menunggu untuk menjadi seorang dr pakar. Alhamdulillah, aku tumpang gembira bila dia berjaya mencapai sesuatu yang dia impikan.

Ada juga aku bertanya, bila dia dah berjaya tiada satu orang pun ahli keluarganya yang datang? Dia angguk. Tapi, datang untuk menuntut hak mereka sahaja. Katanya tanah beberapa ekar di perak. Aku pun tak berapa mengerti. Yang aku tahu, farish pun tidak mahu runsingkan kepala memikirkannya. Dia serahkan segalanya bulat bulat pada mereka.

Aku respect dia. Dia berada didalam kesusahan dan kesedihan tapi dia masih boleh tersenyum. Wajahnya masih ceria seperti tiada apa yang bermain di fikirannya. Tapi, hanya tuhan yang tahu disebalik wajahnya itu.

Aku senyum bila teringatkan kata kata farish semalam. Dia menyatakan bahawa dia bersyukur sebab dipertemukan dengan aku. Cehh! Macam lah aku ni boleh jadi penenang dia. Aku rasa aku ni lagi buat kecoh adalah. Yelah. Aku kan suka bergaduh dengan dia dahulu. Dia dengan tenang berkata, tak kenal maka tak cinta. Cara berkenalan kita adalah melalui pergaduhan. Kalau tak gaduh, macam mana nak bercinta. Iyalah tu. Ada je prinsip dia. Aku layankan saja. dia begitu yakin yang aku ni adalah jodoh dia masa pertama kali kami bertemu. Hah! Lagilah rasa seperti menang loteri bila dia dapat tahu aku pun bekerja sama tempat dengannya. Dia kata aku ni keras kepala. Keras hati sebab taknak terima dia yang kacak lagi baik hati tu. Hee... Suka puji diri sendiri.

Tak sangka, dalam pada taknak pun akhirnya sangkut juga. Bukan aku taknak dengan dia. Tapi aku tak yakin sebab dia terlalu perfect bagi aku. Yelah, aku pun biasa biasa sahaja nak dibandingkan dengan peminat dia yang beratur sampai ke mcd tu.. Dia kata aku memang memenuhi citarasanya. Aku tak faham, apa yang aku ada? Apa yang buat dia rasa aku ni jodoh dia? Dia cuma jawab, sebab aku adalah diri aku. Lepas tu dia kesat jari tunjuknya pada pipiku. Dia kata, aku ni original sebab bukan seorang yang suka make up sampai muka jadi muka orang lain. Hah! Sukahati dia lah.. Cita rasa orang lain lain kan.. Tapi perluke sampai buat contoh macam tu.

Aku pun.. Taktahu bila aku mula suka pada dia. Yang pastinya, aku selesa dengan dia. Dan dia suka nasihat aku. Dia juga seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluargaku. Taktahu lah apa yang kurangnya pada dia. Semuanya nampak sempurna bukan dimata aku je, dimata semua orang rasaku.

Dan sebelum aku pulang semalam, dia ada menyatakan bahawa dia berharap jodoh aku dan dia berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Aku pun harap begitu.. Semoga hadirnya aku boleh mendatangkan rasa bahagia dan menghilangkan rasa kesunyian dalam hidupnya.

Aku senyum sendiri. Ya allah, panjangkan lah jodohku dengan dia.. Aminnn!

Hah, habis dah coretan rasa hatiku. Boleh dah tidur. Hehe..

Heart BeatWhere stories live. Discover now