❤️24❤️

10K 590 8
                                    

Setelah tiga hari bercuti, aku kembali bekerja seperti biasa. Ringannya rasa kepala ni. Rasa macam tenang je nak bekerja. Semangat pun lain macam je. Hari ni aku bertugas di zon kuning bersama dengan nina dan fahmi.

Setelah selesai menambah balutan pada kaki pesakit yang mengalami kepatahan pada tulang tibia nya, aku membasuh tangan lalu ke kaunter untuk menambah sedikit report tentang pesakit itu.

Aku perasan dr farish sibuk sejak dari pagi tadi. Sekejap ke zon merah, sekejap ke zon kuning. Kadang kadang ke zon hijau. Dr liam tiada pagi ni. Mesyuarat katanya. Mungkin sebab itu dia terpaksa cover di semua zon. Tak sempat pun aku nak bersemuka dengan dia sejak balik dari tadom hill tempoh hari. Whatsapp atau call pun sekadar perkara penting sahaja.

"cik. Tumpang tanya" kedengaran suara garau seseorang bertanya pada ku. Aku panggung kepala.

"ye? Nak tanya apa?" soalku sambil tersenyum. Wah! Handsome jugak mamat ni. Macam song jong ki mukanya.. Cair aku dibuatnya.

"saya cari kawan saya. Tadi saya pergi zon merah tapi diorang cakap dah transfer sini" jelasnya.

"oh.. Boleh saya tahu nama pesakit?"

"boleh, boleh.. Mohammad akmal bin azman" katanya. Tahu lah aku, pesakit tadi yang aku balut kakinya.

"oh.. Yang kemalangan motor tadi ye? Ada, katil 7. Mari saya tunjukkan" kataku ramah. Aku pun berjalan ke katil 7. Pesakit tersebut kelihatan sedang tidur selepas diberi ubat tahan sakit.

"terima kasih, cik.. Erm.. Lagi satu saya nak tanya, macam mana ye dengan keadaan dia?" soalnya padaku.

"oh.. Dia mengalami patah pada tulang kaki. Pendarahan pun tak banyak dan kami pun dah bagi ubat tahan sakit pada dia. Nanti bila dah okey sikit boleh naik wad dan tunggu bilik bedah panggil." jelasku. Dia angguk faham.

"kalau bedah tu.. Bedah untuk apa ye, cik?" soalnya lagi.

"ermm.. Kena tengok jugak patah dia macam mana sama ada perlu masukkan besi atau tak. Yang tu kena tanya dr bahagian ortho (tulang) sebab saya pun tak boleh nak jawab lebih" kataku. Ye.. Kalau aku jawab lebih lebih nanti cakap aku melebih daripada dr pulak walaupun aku tahu prosedurnya. Jadi, lebih baik dia tanya je nanti pada dr ortho.

"oo..okey lah kalau macam tu.. Cik.." dia kelihatan sedang membaca namaku di baju kerjaku. "aina.. Natasha.. Terima kasih ya" katanya seraya tersenyum.

"okey. Welcome" kataku. Aku ingin kembali ke kaunter untuk menyiapkan kerjaku. Baru satu dua langkah aku berjalan, kaki ku tersepak troli yang penuh dengan barang dressing. Beberapa botol dermacyn jatuh ke lantai. Haih.. Nak je aku menyumpah siapa yang letak troli ni kat sini. Dah guna tapi tak reti nak kemas! Kalau aku tahu siapa punya kerja, aku suruh di kemas semua troli yang ada kat emergency department ni seminggu straight!

Menyumpah panjang panjang pun takkan kembalikan botol botol itu ke tempat asalnya. Pantas aku mencapai botol tersebut namun tanganku terpegang tangan seseorang yang juga mahu mengambil botol tersebut.

Ah! Mamat ni! Sempat mata aku bertaut dengan matanya. Kemudian dia tersenyum lebar memandang aku.

"aina natasha!!" tiba tiba suara yang aku cukup kenali melaung namaku dengan kuat. Pantas aku tersedar yang aku sedang merenung mata seorang lelaki yang aku tak kenali. Cepat cepat aku tarik tangan aku lalu berdiri. Semua yang berada di wad itu memandang ke arah aku dan dr farish bergilir gilir. Alamak! Sejak bila pulak dia ada kat sini? Habis lah aku.

"aa.. Ada apa, dr?" soalku gagap. Takutnya aku tengok pandangan tajam dia padaku ketika ini. Dan yang paling aku cuak bila semua tertanya kenapa dia panggil aku macam nak ajak gaduh. Nina dan. Fahmi pun Terpinga.

"pergi ambik tendon hammer!" arahnya. Terkebil kebil aku memandangnya. "sekarang!" jeritnya. Mencicit aku lari ke troli round untuk mencari tendon hammer. Ahh! Ni semua sebab mamat jongki tu! Kalau dia tak sibuk nak ambil botol tu, mesti dr farish tak marah aku. Dia tu pun lagi satu! Bila masa dia ada kat sini? Tadi takde pun! Habislah kau aina natasha! Habislah!

*****

Entah kali ke berapa aku telan liur. Pahit. Aku baca lagi whatsapp yang dr farish hantar padaku sebelum aku balik tadi. Dia suruh aku tunggu dia dalam keretaku sebaik sahaja aku habis kerja. Mesti dia nak marah aku sebab aku kantoi usha mamat jongki tadi. Aduhai.. Tak senang duduk aku dibuatnya. Dalam hati dah baca doa penenang hati banyak kali tapi tetap gelabah jugak!

Tadi lepas je aku bagi tendon hammer tu pada dia, masam mencuka je muka dia. Langsung tak senyum pada aku. Mamat jongki tu pun dah selamat teman kawan dia naik wad. Aku je yang belum selamat. Aku tak pernah tengok dr farish masam macam tu. Takut jugak aku dibuatnya.

Kejap aku ketuk stereng dengan jari jemariku. Kejap aku goyang goyangkan kaki, kejap aku gigit bibir. Sumpah aku takut! Haih.. Tu lah kau aina natasha! Nak usha anak teruna orang pun agak agaklah! Kali ni aku ketuk perlahan kepalaku pada stereng kereta. Bodohnya aina natasha.. Huhu...

Pintu dibuka tiba tiba kemudian dr farish terus masuk kedalam perut keretaku.

"jalan" arahnya.

"nak pergi mana?" soalku. Haih.. Dia ni takkan tinggal patient kot? Sukahati dia je nak keluar time kerja.

"jalan jelah!" katanya. Aku menurut bila suara dia dah mendatar. Telan liur aku dibuatnya.

"puas dah tengok muka mamat handsome tu?" soalnya sambil berpeluk tubuh.

"err....." kelu lidahku.

"apa saya ni tak cukup handsome ke dimata awak, hah?" soalnya sambil merenung aku tajam. Nak tergelak aku dibuatnya tapi aku tahan. Gila nak gelak sekarang. Mau kena humban keluar dari Kereta.

"bukan macam tu.." aku pun taktahu nak jawab apa. Agak agak kalau menjawab, umpama mencurah minyak pada api tak? Kalau ya, hangus lah aku!

"habis tu macam mana? Awak ni memang tak bersyukur betul" katanya.

"sukahati je cakap saya macam tu. Bukannya saya pandang dia sebab saya nak mengurat dia pun. Lagipun, kan tak sengaja! TER.. Tau tak.. TER!" aku tekan ayat ter tu biar dia faham. Mana boleh nak salahkan aku 100%! Mamat jongki tu pun bersalah jugak! Sibuk je nak ambil botol tu tadi! Huh!

"memang lah awak taknak mengurat dia! Tapi dia tu yang nak mengurat awak! Saya ni lelaki, saya tau la maksud pandangan dia tu." katanya lagi.

"habis tu, nak salahkan saya jugak!?" kataku geram. Aku brake mengejut. Aku nak cakap dengan dia secara berdepan supaya dia faham apa yang aku katakan.. Tapi.. Lain jadinya bila aku nampak dia sedang mengaduh kesakitan sambil memegang bahunya. Hah? Takkan lah sebab aku brake mengejut tadi dia tersembam kedepan kot!?

"alamak! Awak okey ke?" soalku cemas.

"awak nak bunuh saya ke, aina natasha?!"katanya bengang.

Heart BeatWhere stories live. Discover now