❤️27❤️

10.2K 562 6
                                    

Harini aku ditugaskan di zon hijau pula bersama MA fazli. Dia merupakan supersenior diantara semua MA. Dia dah berkhidmat hampir 10tahun di sini. Aku tengok cara kerja nya pun sempoi. Tenang dan tidak kelam kabut.

Setelah selesai aku asist dia melakukan suture (jahitan pada kulit), aku duduk sementara menunggu pesakit seterusnya.

"aku dengar dr diana dah naik kerja, betul ke?" soal fazli ketika dia sedang membasuh tangan.

"yeke? Dia dah okey lah? Saya tak pergi pun melawat dia." kataku. Sepanjang dia di wad pun aku tak melawat dia apatah lagi dirumah. Tapi, logik la kan sebab aku bukan rapat dengan dia pun. Kena tunggu rapat dulu ke baru boleh pergi melawat, aina natasha? Cehhh!

"dia dah discaj kelmarin. Kau ke yang treat dia masa tu?"

Aku angguk.

"aku dengar dia nak bunuh diri sebab frust kena reject dengan dr farish." kata fazli lagi. Tahu sahaja dia.

"hmm.. Entah.. Sebab masa tu dr farish yang buat history taking dengan housemate dia. Dia takde pulak cakap apa apa" kataku. Padahal aku tahu cerita sebenarnya. Malas aku nak perbesarkan.

"haih.. HO sekarang ni suka sangat buat hal. Macam macam. Dr farish tu memang la peramah. Ramai yang suka dia. Tapi semua dia anggap kawan. Budak budak ni yang cepat sangat perasan. Bila ditolak, macam ni lah jadinya. Bunuh diri lah, terjun bangunan lah" bebel fazli.

"terjun bangunan? Pernah ke?" soalku. Dasyat tu. Takkan la sebab frust di reject sampai nak terjun bangunan.

"iye.. Aku dah lama kat sini aku tahu la.. Perempuan yang minat dr farish ni kalau beratur dari sini sampai mcd belum tentu habis" kata fazli lagi. Hai melampau betul. Takkan la ramai macam tu sekali.

"dr farish takkan takde girlfriend langsung kot?" saje lah aku tanya. Ni la masanya nak korek rahsia kan? Kalau tanya empunya badan, sampai tua agaknya tak nak cerita.

"sepanjang 5 tahun dia jadi MO kat sini, tak pernah dengar pulak. Yang aku tahu dia tu gila belajar. Dia kan baru habis master. Tengah ambil exam specialist. Lepas ni mesti dia nak sambung phd pulak." kata fazli. Aku angguk perlahan. Oo.. Gila belajar ye..

"takkan lah takde girlfriend langsung" bisikku sendiri. Dia ni memang takde perasaan langsung kat perempuan ke apa? Habis tu. Aku ni? Macam mana dia boleh tersuka pulak. Musykil aku. Ahhh.. Kenapa la banyak sangat persoalanya masa aku dah tersuka pada dia.

****

"apa lah bodoh sangat kau ni, zarif. Takkan la dressing pun akak nak tengok. Akak ni banyak lagi kerja lain. Patient pun ramai ni ha. Kau belajar apa dulu kat kolej? Dah nak dekat sebulan pun nak asist lagi. Mengalahkan student lah!" dari jauh lagi aku dengar suara kak mala membebel. Hai.. Rindunya aku dengan kak mala. Dah lama tak kerja dengan dia. Pantas aku berjalan ke zon kuning. Mahu berjumpa kak mala sebentar. Kejap lagi lah aku jumpa sr moon.

" kak mala! Bebel apa tu? "soalku sambil mengintainya dari sebalik langsir. Baru aku perasan dia dan zarif di situ. Mahu melakukan dressing pada kaki pesakit diabetes mellitus (kencing manis) yang kelihatan sudah gangrene (tisu mati akibat kekurangan bekalan darah)

" hai.. Kau ni datang dari mana pulak aina? Hah! Cuci jelah macam yang kau tahu. Tak kuasa aku nak ajar satu satu" kata kak mala lalu meninggalkan zarif yang terpinga pinga disitu. Aku sempat jeling dia sebagai tanda padan muka. Buatlah kau sorang sorang! Hahhaha!

"akak kenapa garang sangat tu? Dari luar saya dengar suara akak" kataku ketika kak mala berjalan ke arah ku.

"budak tu lah. Pagi tadi buat ecg salah. V1 pasang dekat LII. V3 pasang kat V6. Lepas tu suruh buat CPR, taknak. Termenung je. Ni suruh buat dressing pun tiba tiba tak pandai. Memang akak bodohkan jela" kata kak mala geram.

Aku gelak. Haih.. Kak mala ni, memang seorang yang jujur lah. Cakap main lepas je dia ni.

"habis tu, mana si rahman. Kan dia mentee rahman" kataku.

"rahman pun sibuk jugak. Tu dia baru lepas habis CPR. Tu yang dia suruh akak tengokkan kejap budak tu. Kalau akak tau macam ni, baik akak yang CPR tadi. Takde la sakit hati sangat."kata kak mala.

"sabar jelah kak.. Nak buat macam mana. Budak baru memang banyak peelnya. Nanti dah adapt okey lah" kataku. Bukan nak back up mamat tu tapi aku pun baru jugak kat sini. Nanti cakap lebih lebih, aku pulak yang dibebelnya.

"yelah, yelah! kau kat mana harini? Siap boleh jalan jalan lagi. Kemain kau ye. Gembira je akak tengok" kata kak mala.

"hey.. Mestilah.. Saya kat green. Sr moon panggil suruh pergi bilik dia. Tapi saya singgah sini kejap sebab rindu kat akak" kataku sambil peluk lengannya. Dulu masa aku baru kerja kat sini, kak mala la yang banyak ajar aku walaupun dia garang yakmat!
Tapi garang dia la yang menjadikan aku berani macam ni. Kalau dulu aku pun tak berani nak tengok kes pelik pelik selain kes fluidoverload kat wad lama aku tu. Kat sini bukan takat kepala terbelah je aku boleh tengok, otak fresh pun aku boleh tengok. Baru aku sedar yang belajar kos emergency ni menarik. Hehe..

"rindu konon. Akak dengar dr farish idaman malaya tu excident sebab nak elak terlanggar kau. Kau ni kan aina.. Macam macam.. Nasib bahu je yang dislocate. Kalau muka yang senget macam mana? Tak jadi dah la idaman malaya" kata kak mala. Dia ni tak pernah failed buat aku gelak walaupun dia sebenarnya tengah membebel.

"tak sengaja la kak.. Saya dah mintak maaf kat dia. Jangan risau lah. Small matter. Hah! Akak nak tau tak sesuatu?"

"hei kau ni. Saje la tu nak lengah lengah waktu. Mentang mentang kejap lagi balik. Hah. Apa dia?" kak mala mendekatkan telinga padaku. Bebel bebel tapi nak dengar jugak. Cettt!

"sebenarnya, dr farish tu la yang saya langgar masa kat cafe hari tu." kata ku.

"ya allah kau ni aina. Takkan kau tak kenal dia? Hah, lepas tu apa jadi? Dia ingat kau tak?"

"ingatlah kak. Dia siap perli perli saya lagi." kataku. Tiba tiba kedengaran tray jatuh ke lantai datangnya dari sebalik tirai. Terus kak mala mendapatkannya. Aku pula intai disebalik tirai.

"kenapa zarif?" soal kak mala.

"dik.. Bila nak cuci kaki pakcik.. Pakcik dah tak selesa ni. Dari tadi pakcik tunggu dia cuci kaki pakcik. Dia asyik main handfon je. Pakcik nak buat report la macam ni!" kata pesakit berumur 50an itu pada kak mala. Aik.. Dari tadi kak mala tinggalkan dia dengan pesakit, dia langsung tak buat apa apa. Aku perasan muka zarif berubah. Kelihatan tertekan.

"kau buat apa dari tadi zarif? Kan akak suruh kau dressing! Kau buat sekarang. Akak nak tengok! Maaf pakcik, dia budak baru." kata kak mala. Zarif hanya menurut. Tapi bunyi deringan hadfonnya mengganggu fokusnya. Bukan sekali sahaja berdering. Tapi berterusan. Aku agak dia dalam masalah sekarang. Tapi biarlah! Bukan urusan aku.

Heart BeatWhere stories live. Discover now