❤️13❤️

10K 567 3
                                    

Entah kenapa aku rasa semua yang berlaku semalam, semuanya tak masuk akal. Mula mula kes adilah, dia boleh lepaskan je pakcik peraba tu macam tu je ? Masa nak balik semalam, aku tengok tayar kereta aku dah tukar. Siapa pulak yang rajin sangat tukar tayar aku ni? Pelik! Ke aku bermimpi je malam haritu. Entah entah tayar kereta aku tak pecah pun. Entah entah aku berada di alam lain sampai aku tak diizinkan balik dengan kereta aku. Sehingga la putera katak aku sampai bawa aku keluar dari dunia tu. Heshhh! Apa yang aku mengarut ni?? aku ketuk kepala perlahan.

"nahhh!" dr farish hulur air 100plus padaku. Haih.. Dia ni, ada dimana mana ke? Aku nak bertenang sorang sorang pun tak boleh. Alang alang zon kuning takde orang ni.

Aku sambut 100plus itu darinya.

"awak gila ke? Ketuk ketuk kepala macam tu?" soalnya. Aku jeling dia. Haah! Gila! Terikut dia la gila sampai aku pun jadi gila!

"suka sangat jeling orang"

"habis tu? Takkan nak jeling kucing tepi longkang tu. Bukan dia buat salah pun" balasku.

"saya pun tak buat salah jugak" katanya.

"semua yang dr buat, semua salah dimata saya"

"bak balik air tu!" dia ambil balik air 100 plus yang aku baru nak teguk tu. Lalu diminumnya.

"heiiii.... Buruk siku betul" kataku. Geram betul. Tadi bagi, lepas tu ambik balik!

"dah tu, awak cakap semua yang saya buat salah. Termasuk lah bagi air ni kat awak. Kan?" dia angkat kening.

Aku malas jawab. Aku hanya mampu mengeluh. Malas nak layan dia. Layan perasaan lagi bagus.

"apa yang dah jadi? Cerita la. Macam berat je masalah awak ni" dia tarik kerusi disebelahku. Pura pura buat kerja di pc. Yelah. Tak pasal kena gosip nanti. Dah lah memang kami berdua je kat sini.

Pada mulanya, aku tidak mahu menceritakan apa yang aku rasa. Tapi, akhirnya terluah juga. Aku cakap apa yang adilah katakan padaku semalam dan apa yang aku rasa.

"hmm.. Betullah adilah cakap macam tu." katanya. Berkerut dahiku. Aku ingat dia akan utara kan pendapat yang sama sepertiku.

"ye, memang patient tu salah. Tapi, kadang kadang kita kena mengalah dalam certain situation. Macam semalam, awak tinggi suara dengan patient tu sampai dia ugut nak saman awak balik kan? Maksudnya, patient tu bukan sembarang yang kita boleh buat biasa macam patient yang lain. Mungkin dia dah biasa naik turun mahkamah. Siapa tahu? Ataupun, dia memang lawyer. Maksudnya kat sini, adilah taknak panjangkan cerita. Sebab kalau dia panjang kan benda ni mungkin sampai bila bila pun dia akan teringat setiap kali bicara kes. Kalau dia tutup kes sampai sini, mungkin dia boleh lupakan trauma dia tu dalam masa yang singkat. Faham tak?" kata dr farish. Aku angguk faham.

" setiap orang ni lain, aina.. Pendapat awak lain. Pendapat dia lain.. Lagipun kes saman menyaman ni bukan makan hari tapi tahun. Biarlah dia dengan keputusan dia. Kita sebagai teammate hormat keputusan dia. Jangan bagi dia down. Buat macam biasa. Macam takde apa yang berlaku. Cuba Awak letak diri awak dalam situasi dia." kata dr farish lagi. Aku diam. Memikirkan kata katanya.

"okey..saya dah faham.. Tiba tiba saya rasa macam diri saya ni kejam sangat sebab memaksa dia."

"dah tu?" soal dr farish.

"dah tu apa?" aku pula soal dia.

"pergi la jumpa dia. Mintak maaf ke, bagi semangat ke.." kata dr farish. Aku senyum. Betul jugak tu!

"okey! Saya nak cari dia kejap! Thanks tau!" kataku lalu keluar dari situ. Dr farish menggeleng sambil tersenyum melihatku.

*****

"hei cik aina natasha!" wafiy. Dari jauh dia laung namaku. Aku yang sedang melakukan prosedur ecg pada pesakit memandang nya sekilas. Sibuk ja!

"boyfriend awak panggil tu" kata pesakit itu padaku.

"eyyy.. Pakcik ni. Takkan la saya nak boyfriend lembut macam dia ni. Buat kena tiup angin je." kataku.

"amboi.. Hang... Mulut takdak insurans!" katanya sambil bercekak pinggang. Dia ni mengejek aku la tu, mentang mentang aku ni anak kedahan. Cettt!

"hah? Kenapa cari aku?" soalku. "okey pakcik. Siap dah. Pakcik rehat dulu. Nanti doktor datang" kataku lalu beredar. Wafiy membuntutiku ke kaunter.

"aku rasa, kau patut buang lah handfon kau tu! Dah sejuta kali aku call tak angkat!" bebel wafiy. Aku gelak. Dia ni Kalau tengah serius, lain macam rupanya. Takde dah lembut macam selalu. Terserlah kejantanan dia. Wafiy, bukannya tak handsome. Muka dah ala ala kpop. Tapi sayang, lembut bak sotong kurita!

"aku cakap kau gelak pulak!" katanya lagi.

"yelah, sorry! Kenapa kau call aku? Handfone aku sejak dua menjak ni buat hal lah." kataku. Memang pun. Hadfone aku tiba tiba merajuk lepas aku cadang nak beli handfone baru. Tu la, kata orang jangan cakap depan depan. Pasal tu lah merajuk. Dah suka suka hati dia je silent tanpa dipinta. Orang call pun aku tak perasan.

" sr moon lah. Suruh aku cari kau. Dia tanya dah ready ke presentation esok? Dia suruh kau jumpa dia nanti"

"oh yeke? Okey. Aku rasa dah siap kot" balasku.

"kau ni.. Kot kot pulak.." meleret je suara si wafiy.

"yelah, habis tu takkan kit kat?" aku gelak bila dia buat muka.

"ehh lagi satu, pergi la tukar handfon kau tu. Kau ni bukan takde duit. Tapi kedekut je lebih. Kalau kau tak tukar handfon tu aku buang handfon lama kau dalam loji! Menyusahkan aku je kena jalan sampai sini! Dah aku nak blah!" kata wafiy lalu meninggalkan aku.

" ehhh dia ni.." geram je aku dengan mamat tu. Sukahati je arah arah aku. Tapi betullah, dah nak dekat 6 tahun aku guna handfon ni. Walaupun luaran dia nampak macam nazak, tapi masih boleh guna. Banyak kenangan dengan zarif. Ah! Zarif tak guna tu lagi!

Heart BeatWhere stories live. Discover now