❤️21❤️

10.5K 568 4
                                    

"yahooooo! Finally! Sampai jugak!" kata lia gembira sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Sebaik sahaja mematikan enjin kereta, aku pun turut keluar.

"wahhhh! Bestnya! Tak sabar aku nak mandi tasik!" kata wani pula.

"woi! Kalau dah namanya perempuan, bawak kereta pun lembab" kata wafiy tidak jauh dari tempat parking keretaku. Kelihatan dia bersama dengan rahman sedang menunggu kami.

Akhirnya, tercapai jugak hasrat nak pergi bercuti bersama rakan rakan. Mujur cuti diluluskan. Kalau tak, menangis lah di bucu katil bilik.

Aku buka boot kereta untuk mengambil barang barang yang kamj bawa.

"woi! Dari kau bising bising mai tolong angkat barang ni!" kata lia.

"mana dr farish weh?"soal wani pada wafiy ketika kami sedang mengangkat barang.

"dia cakap dia lambat sikit. Dia dengan dr alex." jawab rahman. Kami terpaksa bertolak secara berasingan disebabkan rumah kami dari arah yang berbeza. Kalau berkumpul nanti, lambat pula sampai. Lagipun tempat ni menerima banyak kunjungan daripada pelanggan tambahan pula hujung minggu. Tapi, kitorang dah booked dan memang bermalam disini. Jadi rasanya takde masalah kalau pelanggan lain ramai pun.

"hah, tu dr farish dah sampai." kata wani. Aku lihat dia parkir kereta bmw dia sebelah myviku. Kemudian, dia keluar dari kereta. Dia hanya berseluar jogger hitam dan sweat shirt biru serta seliper fipper. Ceh! Aku agak dia ni banyak lah seliper fipper. Semalam lain warnanya, harini lain. Hari tu lain. Eh! Sukahati dialah aina natasha! Yang kau beria telek dia atas bawah tu kenapa. Hmmm.. Teringat pula masa aku bergaduh dengan dia sebab dia tumpahkan air aku kat cateteria tempoh hari. Macam tu la pemakaian dia. Takde rupa doktor langsung!

"apasal tengok saya macam tu sekali?" soal dr farish. Cepat cepat aku tersedar. Rupanya bukan aku je telek dia, yang lain pun sama. Cehhh! Sibuk je! Dia farish aku la! Erkkkk.. Bila masa? Perasan..

"dr pakai macam mana pun handsome kan weh?" bisik lia padaku. Aku hanya mencebik. Yelah tu!

Setelah mendaftar, kami pun letak barang di chalet yang lia dah booked. Disini, semuanya berasaskan buluh. Chalet pun diperbuat dari buluh. Tapi cantik. Harga pun berpatutan. Kami bertiga mengambil satu bilik. Wafiy dan rahman satu bilik manakala dr farish dan dr alex satu bilik. Bilik kami semua bersebelahan.

"weii cepatlah! Aku tak sabar nak terjun tasik!" jerit wafiy.

"pergi lah dulu woi!" balas lia dari dalam bilik. Dia masih lagi bersenang lenang di atas katil. Aku dan wani pula sedang menukar baju untuk berendam nanti. Wahhh! Syioknya. Tak sabar aku.

"wei, gopro jangan lupa. Tu rahman punya tu. Nanti dia bising kalau tak bawak" kataku. Saje lah aku ingatkan. Aku pun nak jugak merakam detik detik kegembiraan kami bercuti disini.

Usai tukar baju, kami pun berjalan menuju ke tasik. Ada staff yang briefing kepada kami tentang etika bermandi ditasik. Kami menurut. Memakai jaket keselamatan sebelum terjun ke tasik.

Wafiy dan rahman pula dah lama berendam. Mereka melambai ke arah kami.

"woi! Jom lah naik rakit!" laung wafiy.

"tunggu!" kata lia.

Aku lihat dr farish dan dr alex pun baru datang.

Kami bertujuh naik ke atas satu rakit bersama sama. Wani sibuk merakam gambar kami dengan gopro. Si lia dan wafiy pula asyik bergaduh. Walaupun riuh, tetap seronok. Aku pandang dr farish. Dia tersenyum padaku. Kemudian terdengar bunyi seseorang jatuh ke dalam air disusuli tawa lia.

"woi apa tolak tolak ni?" kata wafiy.

"saje lah! Aku rindu nak tengok sotong dalam air!" kata lia. Wafiy pun apa lagi, terus tarik kaki lia sampai terjatuh ke dalam air. Bermula la acara tarik menarik, tolak menolak. Ya allah. Kecoh sungguh. Hanya aku je masih terselamat. Berseorangan di atas rakit.

" mana aci! "kata dr farish. Aku senyum mengejek. Haha!

" wei! Jom la terjun dari atas sana tu! "kata wani.

"weh! Tinggi tu. Taknak aku." kata lia.

"hah? Penakut! 5m je kot! Tak kira, aku nak terjun. Kau kena terjun jugak!" kata wafiy. Dia berpakat dengan wani untuk menyeret lia sekali ke atas. Lia menjerit tidak mahu. Aku ketawa suka. Aduhai. Macam macam.

"jangan nak suka sangat" tegur dr farish yang berada di belakangku. Entah bila dia naik ke atas rakit ni aku pun tak pasti. Aku sibuk gelakkan lia tadi. Aku pandang sekeliling. Mana tah dr alex dengan rahman.

"saya rasa tempat ni macam sesuai je" katanya.

"sesuai apa?" soalku. Aku turut celupkan kaki ke dalam air sambil goyang goyangkannya. Tiru dia.

"untuk tanya soalan yang awak taknak jawab."

"dah tau saya taknak jawab, tak payah la tanya" kataku.

"hei.. Saya tau la kali ni awak mesti jawab punya"

"wah! Macam biasa, confident" kataku.

"well, farish kan." katanya bangga. "lagipun saya tahu, cepat atau lambat awak akan jawab ya jugak." dia kenyit mata padaku.

"hee.. Dah lah pergi jauh jauh. Sibuk je. Orang nak mencari ketenangan" kataku.

"eleh, bukan ke ketenangan awak tu adalah saya?" katanya sambil ketawa. Kemudian dia terjun dalam air.

"perasan!"

Tiba tiba rakit yang aku duduk senget sebelah. Cuak aku dibuatnya. Tak sempat berpaut, aku jatuh ke dalam air. Dr farish ketawa suka melihat aku yang dah basah. Tak guna mamat ni! Siap dia! Baru nak kenakan balik, tapi dia lagi laju meninggalkan aku. Takpe, lain kali aku balas balik.

Aku dengar lia menjerit dari tempat terjun. Wafiy dan wani pula ketawa suka. Mereka menolak lia supaya jatuh ke dalam air.

"woi! Kau okey ke?" soal wani dari atas. Lia pula dah termengah mengah menyedut oksigen sebaik sahaja timbul dari dalam air. Mujur ada life jacket. Wah kejam jugak diorang tolak macam tu je. Mujur aku tak join! Aku lagi penakut. Haha!

"tak guna korang berdua! Siapla malam ni aku bakar sorang sorang! " kata wani. Lia dan wafiy tak habis lagi ketawa.

Kemudian, wafiy pula yang terjun. Tenang sahaja lagaknya. Akhirnya, wafiy jadi jugak lelaki. Dia dah berubah menjadi keras 100%. Haritu, sotongnya masih tersisa. Selepas wafiy, wani pula yang terjun. Berani betul.

Entah bila dr alex dan rahman ke atas, aku pun tak perasan. Mereka berdua sempat bergaya sebelum terjun. Dah macam superman dah aku tengok. Kemudian, dr farish pula. Dia berdiri membelakangi air. Kemudian, dia melakukan flip kebelakang lalu terjun ke dalam air dengan bergayanya. Wahhh! Berani betul dia! Wafiy, lia dan wani bersorak gembira melihat aksinya.

Selain dari bamboo splash, ada juga bamboo tarzan. Bergayut pada tali yang disediakan macam tarzan. Aku tak lepaskan peluang. Rugi lah pulak kalau tak merasa. Masing masing merasa menjadi tarzan di tadom hill itu.

Kami mandi sampai matahari tegak atas kepala. Kemudian, kami rehat sebentar di bawah pondok buluh. Aku lihat wafiy dan rahman dah berdengkur tidur disitu. Aku ajak lia dan wani berjalan jalan di sekitar situ. Baju pun dah kering jadinya. Selepas berjalan di handcraft bamboo obstacle, kami lepak di buaian kain. Ahh! Seronoknyaaa!

Heart BeatWhere stories live. Discover now