❤️4❤️

11.8K 592 9
                                    

Aku landing kepala atas meja kaunter. Penatnya harini! Patient bertubi tubi masuk. Ni semua sebab mulut puaka si wafiy pagi tadi. Mentang mentang dia bertugas di zone hijau. Sempat pulak dia singgah tengok wad yang lengang tanpa seorang pun pesakit pagi tadi. Lepas dia tegur wad kosong, terus bertubi tubi pesakit masuk. Hah, apalagi. Tak menang tangan la aku dengan kak yat tadi. Minum pun tak sempat. Makan apatah lagi.

"kalau aku dapat mamat sutun tu, aku sembelih dia." kata kak yat. Aku panggung kepala sambil angguk. Kemudian kembali landing. Setuju. Kita sembelih je sutun tu buat masak sambal. Mulut dia serupa macam donald duck tu pun kita patut kerat sekali.

"kau dah habis pass over ke, aina?" soal kakyat. Aku hanya mampu angguk.

"akak pun dah takde apa ni. Jom lah kita balik recharge energy" kata kak yat seraya bangun.

"akak balik lah dulu. Kaki saya ni, nak pijak lantai pun tak rasa dah. Numbness!" kataku.

"over lah kau ni. Okey akak balik dulu." kata kakyat. Aku angguk sambil lihat dia berlalu. Aku sambung landing.

"awak ingat kaunter tu tempat landing ke? Kalau nak landing, balik rumah lah." kata dr farish yang baru datang. Cepat cepat aku tegakkan badan tapi tak memandang ke arahnya. Dia pula dah duduk disebelah aku.
Sejak peristiwa aku menjadi pembantu dia tempoh hari, memang aku jelah yang jadi mangsa dia. Jadi pembantu dia ke sana sini. Hantar darah urgent lah! Buat dressing dengan dia lah! Buat procedur itu ini lah! Macam lah dia tu takde HO! aku jugak yang disuruhnya. Tak habis habis mengungkit yang aku ni berhutang dengan dia nescafe ais satu. Masalahnya aku takde hutang dengan dia! Huh!

Aku bangun.

"eh, awak nak pergi mana?" soalnya.

"baliklah, tadi suruh landing kat rumah." kataku. Dia ketawa bebas.

"hmm.. Bagus.. Dengar kata.. Tapi, jangan balik lagi. Saya ada benda penting nak bagitahu pasal patient pengsan yang kita treat tadi." katanya serius. Cepat cepat aku duduk.

"kenapa dr? Kita ada buat salah apa apa ke?" soalku cemas. Setahu aku, pesakit tu dah pun selamat dihantar ke wad. Dan dia nampak okey je tadi. Aku duduk semula. Memandangnya serius.

"haah, awak ingat tak kita lupa yang kita ada repeat ABG (arterial blood gases - untuk melihat paras oksigen dalam darah arteri) tadi? Kita tak trace kan?" katanya serius.

"haah lah, saya pun terlupa. Macam mana ni? Diorang ada cakap apa apa ke pasal tu?" soalku. Aku pandang riak wajahnya yang serius.

"tulah.." sengaja agaknya dia berhenti. Jantung aku pula dah berdebar macam nak melompat keluar dah ni. Aduhhh! Jangan la ada sesiapa complaint!

"kenapa awak risau sangat? Pandai pandai la staff wad cek kat sistem." katanya lalu ketawa suka. Aku yang tengah berdebar terus rasa nak cekik dia. Aku jeling dia yang tengah ketawa. Bukan main suka lagi kauuu yeeee?

Aku bangun.

"dah lah, saya balik dulu!" kataku lalu beredar. Aku masih dengar tawanya bersisa. Mamat ni kan! Baru dua hari aku kerja dengan dia, tapi aku rasa macam dah setahun! Cepat la waktu berjalan! Cepatlah dia dapat posting tempat lain! Aman sikit hidup aku nanti. Aminnnn...

Cepat cepat aku ke bilik persalinan. Menukar baju lalu pulang kerumah. Mahu merehatkan badan. Makan boleh ditangguh, tapi tidur tidak boleh sama sekali!

****

"sabar jelah aina.. Kerja kat mana mana pun.. Ada je cabarannya. Tapi nak buat macam mana, aina kan suka ED." aku dengar kak pia membebel melalui corong telefon. Aku cebik. Macam mana lah nak jadi sabar macam kak pia agaknya. Aku baru 2 hari kerja dengan mamat yang aku tak suka, dah sibuk merungut itu ini.

" aina sabar la ni kak.. Kalau aina tak sabar, lama dah aina smackdown dr farish tu" kataku. Kak pia balas dengan tawanya.

"nanti akak tanya dr ammar, dia kenal tak dr farish tu." cadang kak pia.

"hahh boleh kak, boleh! Entah entah dr ammar kenal. Tapi dia MO tau kak." kataku. Kalaulah dr ammar kenal, boleh aku selidik sikit latar belakang dia. Entah entah memang anoyying macam tu.

"okey. Nanti apa apa akak bagitahu. Btw.. Aina okey ke? Sihat?" soal kak pia. Ni yang aku suka sangat pada kak pia, dia caring sangat dengan aku. Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Maklumlah, aku ni takde kakak. Takde tempat nak bermanja. Ada abang je. Susah ada abang tentera ni. Tegas je memanjang. Bila masa nak bermanja dengan dia. Sikit hari lagi nak kahwin pulak. Tinggal lah aku dengan adik aku si nazrul tu.

"macam ni jela kak.. Akak sihat ke? Dah berapa bulan tu.. Tak sabar nak jadi aunty. Aunty paling comel." kataku.

"baru 5 bulan. Iyelah tu, memang aunty aina ni comel pun. Tapi aunty sabar ye, lagi 4 bulan kita keluar la" kata kak pia. Aku hanya ketawa. Seronok dengar suara kak pia. Nampak sangat dia tengah happy sekarang.

"hmm.. Kalau tak mesti aina dah kahwin sekarang ni. Mesti tengah pregnant jugak" sayu je suara aku. Kak pia tahu semua tentang hal aku. Satu pun aku tak berahsia dan dia pun memang seorang penyimpan rahsia yang baik. Masa aku putus tunang dulu dan tak jadi berkahwin, semua tertanya tanya. Tapi aku tak mampu untuk berkata apa apa. Hanya kak pia tempat aku mengadu. Yang lain hanya tahu mengata. Biarlah, mulut orang kita tak boleh nak tutup bak kata kak pia.

"jangan lah sedih. Allah tu dah plan yang terbaik untuk aina. Mesti dia nak hantar yang lagi handsome dan baik untuk aina kesayangan akak ni" hahh tengok tu, ada je ayat dia nak naikkan semangat aku. Air mata yang baru nak mengalir aku seka dengan jari. Hishhhh! Kenapa time ni nak nangis pulak?

"hmm.. Tapi.. Aina masih tunggu dia kak. Aina rasa yang dia akan datang semula dalam hidup aina" kataku.

"aina.. Kalau dalam waktu terdekat nak kahwin pun dia boleh hilangkan diri, inikan pula masa dah kahwin nanti. Kita ni akan kenal seseorang bila kita dah kahwin je tau. Kalau sebelum kahwin dah nampak belang, dah kahwin nanti macam mana? Akak bukan nak takutkan aina tapi ni realiti.. Akak bukan nak cakap akak bagus, akak pun baru je kahwin tapi sebagai orang yang sayang aina akak patut nasihat macam tu." panjang kak pia bebel. Aku senyum. Ada betulnya kak pia cakap. Tapi, mungkin aku perlu masa lagi. Hah! Masa lagi! Dah setahun kot aina! Takkan tak boleh move on lagi?!

"perkara pertama yang aina kena buat, buang barang barang yang dia pernah bagi." kata kak pia lagi. Aku pandang teady bear yang aku selalu peluk masa tidur tu. Buang? Sanggup ke aku?

5tahun aku menjalinkan hubungan dengan zarif. Macam macam dah aku lalui. Aku tunggu dia habis belajar dalam diploma sains kemanusiaan. Setahun kemudian, dia masih tak dapat kerja. Aku tolong mohonkan spa. Alhamdulillah dia dapat belajar dalam bidang pembantu pegawai perubatan (MA). Aku yakin bidang ni memang akan menjamin kerja. Jadi kami bercadang untuk berkahwin semasa dia dalam tahun ke 3. Bila tarikh dah tetap, persiapan pun dah sedia dia pula hilangkan diri. Tak guna punya lelaki! Patut ke aku gelar dia lelaki? Atau aku patut gelar dia jantan keparat?

Hampir 2 jam juga aku berbual dengan kak pia. Macam macam dia nasihat aku. Jam pula dah tunjuk angka 12. Patut lah mata berat je! Aku pun tarik selimut. Tutup lampu kemudian tidur. Semoga hari esok lebih baik dari harini. Amin..

Heart BeatWhere stories live. Discover now