❤️16❤️

10.3K 604 1
                                    

Kali ni aku setuju teman dia makan setelah banyak kali aku tolak. Apa salahnya bagi peluang pada dia kan? Dia pun dah banyak tolong aku.

Aku kerling jam ditangan. Mana pulak lah mamat ni. Kata jumpa kat mid valley Depan panggung wayang. Aku ni dah 10 minit terpacak kat sini. Mana lah dia ni. Haih.. Jangan la terserempak dengan sesiapa yang kitorang kenal kat sini. Kalau tak, habis lah kecoh satu department!

"hai, awek. Sorang je ke?" soal seseorang. Macam lah aku tak kenal suara tu. Aku paling. Dr farish berdiri dihadapan aku. Sangat santai pemakaiannya. Dia memakai baju kemeja berwarna biru perlahan dan baju t berwarna putih kosong didalam nya. Lengan kemeja dilipat hingga siku. Kemeja juga tidak dibutang dibahagian dada. Seluar jean berwarna hitam sesuai dengan penampilannya. Tapi.. Yang paling kelakar, dia berselipar fipper. Aku geleng setelah telek dia atas bawah.

"apa?" soalnya.

"atas okey dah.. Bawah... Hmmm..." komen ku.

"lupa bawak kasut. Alah bantai jelah. Asal ada" katanya. Aku ketawa. Macam macam lah dia ni. Tapi, masih kacak macam selalu. Eh, kau ni dah kenapa aina natasha? Puji dia lebih lebih pulak.

"kenapa kena jumpa kat sini? Nak tengok wayang ke?" soalku.

"haah. Saya dah book tiket." dia mengeluarkan hanfonnya. Samsung note 8. Haritu aku rasa dia pakai iphone 8. Cepat betul dia tukar handfon. Banyak betul duit. Aku ni walaupun ada duit, takde rasa lagi nak tukar handfon. Biarlah dia. Bukan dia pakai duit aku pun. Gumam ku dalam hati.

"cerita apa?" soalku.

"avengers! Infinity war! Eh, lagi lima minit nak start. Jom" katanya.

Wah! Memang cerita kegemaran aku! Aku membuntuti dia ke pintu masuk.

"oh ye, lupa lah beli something. " katanya.

"nak beli apa? Tak payah lah, nanti nak makan jugak kan!" kataku.

"eh, tak boleh. Mana boleh tengok movie tanpa makanan." katanya.

"kita tengok movie lah, bukan nak tengok makanan" balasku.

"yelah, memang lah tengok movie. Tengok movie sambil makan makanan. Takkan nak makan angin. Tunggu jap."katanya pada ku. Haih.. Ada je nak menjawab. Geram pulak aku.

Setelah dia membeli beberapa jenis kudapan, kami masuk ke dalam hall. Nampaknya seat dah hampir separuh penuh. Kami cari seat kami yang berada di level E. Eye level lah sangat.

Setelah jumpa, cepat cepat dia duduk di seat bersebelahan dengan seorang lelaki.

"tapi saya nak duduk seat tu. Saya taknak duduk sebelah tangga ni" kataku.

"saya pun taknak awak duduk disebelah lelaki yang tak dikenali" balasnya. Tangannya laju menyeluk kotak popcorn lalu disuap ke dalam mulutnya. Aku hanya mencebik. Protactive sangat lah tu?

"dr memang suka tengok avengers ke?" soalku. Sempat lagi berbual sementara iklan ditayangkan sebelum cerita bermula. Dia angguk.

"saya minat marvel. Semua movie marvel saya tak pernah miss" katanya.

"oh.." walaupun aku minat, tapi aku kadang kadang miss jugak. Tak sempat nak tengok. Nanti kalau ada belas ehsan kawan kawan nak bagi movie yang diorang dah download tu kira beruntung lah. Tu pun lepas 3,4 bulan movie tu keluar.

Kami masing masing senyap bila movie bermula.

Hampir 3jam jugak cerita tu ditayangkan. Sebaik sahaja tamat, cepat cepat aku keluar dari situ. Otot dan sendi yang dah lenguh aku regangkan sedikit.

"alah, baru 3jam" katanya ketika kami beriringan berjalan masuk ke dalam mall semula.

"3jam pun.."

"kalau kerja kat OT, 12jam hadap op pun ada." balasnya.

"takkan lah 12jam op tak lenguh langsung" aku jelingnya. Agak agak la nak tipu aku. Aku ada je housemate kerja OT. Dia kata memang penat berdiri kalau op lama.

"siapa kata tak lenguh? Okey. Sekarang ni nak makan mana?" soalnya.

"disebabkan soalan tu adalah soalan yang susah, saya cadangkan kita makan je kat pizza!" kataku lalu berjalan meninggalkannya. Aku taknak bergaduh pasal isu tu. Nak makan mana. Soalan tu bagi aku memang susah untuk pasangan zaman sekarang. So, setuju atau tak dia kena ikut aku. Lagipun, aku rindu nak makan sup mushroom pizza tu!

Sebaik sahaja tiba di pizza hut, kami mengambil tempat. Selesai membuat pesanan, aku keluarkan handfon untuk melihat whatsapp. Kot lah ada berita terbaru.

Memang betul sangkaan ku. Lia baru sahaja membuat satu group whatsapp yang bernama 'geng tadom hill'.

Aku hanya tersenyum. Aku baca mesej yang mereka sampaikan

Aku dah fikirkan tarikh. 3-4 March. Siapa setuju angkat tangan. Aku nak book resort! - lia.

Rata rata yang membalas semua setuju. Aku belum lagi membalas. Sengaja aku buka info group untuk lihat siapakah participant lain yang ada. Semua nombor aku simpan kecuali satu nombor. Siapa ya?

Aku kembali ke conversation. Laju aku taip setuju! Aku memang tiada aktiviti pada tarikh tersebut.

Nombor yang aku tak kenali itu pun turut membalas setuju. Ah, biarlah. Nanti aku tanya lia siapakah gerangan empunya nombor.

Aku letak handfon ketepi bila pizza yang kami pesan sudah tiba. Aku lihat dr farish masih lagi dengan handfonnya. Tersenyum senyum. Siapalah yang dia whatsapp agaknya sampai tersenyum senyum macam tu. Mesti girlfriend dia. Yeke dia ada girlfriend? Bukan takde ke?
Aik, kau dah kenapa aina natasha! Takkan cemburu kot.

"awak pergi eh?" soalnya tiba tiba. Aku yang baru nak suap pizza ke dalam mulut memandangnya. Tak faham dengan soalan tersebut.

"pergi mana?"

"bukan korang semua tengah plan nak bercuti kat tadom hill ke nanti?" soalnya.

"aik? Mana dr tahu?" soalku.

"wafiy bagitahu. Dia ajak saya." katanya. Lerrr...dia ajak mamat ni pulak.. "tapi saya oncall time tu." tambahnya lagi.

"la..yeke..ruginya.." aku pura pura kecewa. Padahal dalam hati suka. Haha!

"tapi saya dah suruh liam cover" katanya sambil Tersenyum sampai telinga. Aku jeling dia. Haishh... Cakap macam paria lah!

"awak pergi, mana boleh saya tak pergi." katanya. Tiba tiba aku teringat sesuatu.

"jangan cakap pada saya, yang jawab setuju lepas saya tadi tu.. Dr?" soalku.

Dia hanya tersenyum lalu menyuap pizza ke dalam mulutnya.

Sah! Dia lah tu. Haih... Sibuk je!

Setelah selesai makan, kami berjalan jalan di sekitar mall. Katanya nak window shopping. Tapi bila sampai di butik kasut Clark, dia memilih kasut dan membeli sepasang lalu dipakai terus. Selipar fipper tadi, di campak entah kemana.

"okey. Handsome kan saya?" soalnya sambil berposing depan aku. Aku gelak.

"habis tu, kalau sepuluh kali lupa bawak kasut. Sepuluh kali lah beli kasut? Membazir je." kataku. Kasut clark bukan murah. Kebanyakkannya berharga rm300 keatas. Aku tahu orang seperti dia mementingkan kualiti biarlah perhabis duit sekali pun.

"beli jelah. Apa salahnya. Jom." katanya lalu meninggalkan aku.

Heart BeatWhere stories live. Discover now