❤️11❤️

10.8K 641 17
                                    

Aku renung tayar kereta ku dibahagian pemandu yang kempis. Ah sudah! Dah lah sekarang ni pukul 10.30 malam! Nak call grab, tapi seram pulak rasanya nak naik grab malam malam. Banyak sangat cerita buruk pasal penumpang grab di malam hari. Jadi, aku ambik keputusan. Lengan baju uniform aku singsing sampai siku. Aku buka bonet. Keluarkan jack dan spanar. Tukar jelah. Esok tak payah fikir nak naik apa pergi kerja. Nasib baik abanglong ada ajar macam mana nak tukar tayar kereta.

Baru nak bukak nut tayar, seseorang menegurku.

"awak buat apa ni?" soalnya sambil menyuluhku dengan lampu handfonnya. Dr farish.

"nak tukar tayar lah" balasku. Takkan nak main masak masak pulak?

"awak boleh ke ni.. Meh la saya tukar kan. Takpun, esok jelah tukar. Malam malam ni, nampak tilam je" katanya.

"takpe, saya pandai lah. Jangan risau. Dr balik lah dulu" kataku.

"wah! Jangan lah hina saya sampai macam tu sekali."katanya.

"bila masa saya hina dr pulak ni?" aku mencangkung. Berkira kira mahu membuka nut yang mana satu. Dia pun turut mencangkung disebelahku.

"saya nak balik ni. Tapi sebelum tu, saya ada sesuatu nak bagitahu" katanya.

"apa dia?" soalku.

"semalam, saya nampak.. Ada benda putih berterbangan kat parking ni" katanya perlahan. Aku pandang dia dengan muka yang dah pucat lesi. Kenapa dia cerita pasal hantu time time ni!? Aku pandang sekeliling. Mujur tak nampak apa apa. Terus terbatal niat aku nak tukar tayar. Esok jelah. Aku call jelah grab!

Aku bangun cepat cepat.

"kalau macam tu, esok jelah saya tukar. Saya balik naik grab jelah" kataku. Dia pula ketawa suka. Laju laju aku simpan barang barang tadi ke dalam kereta.

"takyah lah, saya hantarkan je. Malu malu pulak" katanya lalu berjalan menuju ke keretanya yang tidak jauh dari situ. Takut punya pasal, cepat cepat aku berlari ke arahnya.

"penakut" katanya sebelum masuk ke dalam perut kereta. Ahhh... Sukahati dia lah nak cakap apa. Aku memang penakut bab ni! Aku pun memboloskan diri ke dalam keretanya. Teringat pula aku masa dia offer nak hantar pesakit tempoh hari. Dia kata kereta boleh tahan mahal lah. Memang mahal pun kereta bmw 5series ni kan?ah takyah sebut series lah. Kalau dah nama pun bmw, mesti lah mahal..

Dia hanya tersenyum lalu keretanya meninggalkan kawasan parking dibelakang emergency department itu. Biarlah kereta aku tu, esok aku ganti lah tayarnya. Malam malam ni aku taknak fikir. Huhu...

"betul ke awak pandai tukar tayar kereta?" soalnya padaku. Matanya masih fokus pada jalan raya.

"pandai. Abanglong saya banyak ajar benda benda emergency ni. Katanya tak payah nak tunggu orang tukarkan" kataku.

"bagus lah Abanglong awak. Tapi, awak kena tengok jugak keadaan. Selamat ke tak nak tukar. Kalau malam malam macam ni, kawasan sunyi pulak tu.. Takpayah la tukar dulu. Bahaya"

Aku angguk. Betul jugak kan..

"wahh... Ni yang buat saya lagi bertambah suka pada awak ni" katanya. Jujur betul!

"kenapa pulak?"

"awak ni, complicated yet so perfect for me! Yang penting confident awak tu"

Aku menghela nafas perlahan. Malas betul aku nak cakap pasal ni.

"takde ke sedikit ruang dalam hati awak tu untuk saya?" soalnya. Kelihatan serius wajahnya. Tak seperti sebelum ni, meluahkan perasaan pun macam main main.

Heart BeatWhere stories live. Discover now