BAB 8

4.6K 162 0
                                    


"Indera Kayangan Saksi Bisu Perkenalan Dua Jiwa" 

"RADEN!" Satu suara melaung. Aku mengucap syukur.

"Lepaskan Mawar." Itu suara bapak. Ya Allah, terima kasih kerana menghadirkan bapak saat ini.

"Aku harus membunuh Mawar. Dia perosak bangsa kita!" Itu pula suara Raden Muin. Aku kenal suaranya.

"Siapa kau berkata begitu? Kau harus ingat Raden, kejahatan tidak akan pernah menang." Suara bapak tenang. Walaupun kedengaran agak tinggi.

"Argh! Yang aku tahu cuma hapuskan bangsa perosak ini!" Raden melaung.

Tubuhku terasa dihumban. Aku terpelanting. Aku mengangkat kepala. Terasa cairan merah mengalir dari kepala.

"Mawar! Bangun anakku!"

Aku menoleh pada bapak. Bapak mendekati tapi ditolak oleh Raden Muin. Saat itu aku lihat mereka beradu tenaga. Tidak lama, Raden Muin menghilang. Cuma bapak yang muncul dari sebalik rimbunan daun.

"Mawar tidak apa-apa?" Bapak bertanya. Lenganku ditariknya supaya berdiri.

"Tak apa, Mawar baik je. Bapak?" Aku periksa tubuh bapak. Alhamdulillah, tiada cela.

"Mari pulang."

Kami berjalan beriringan. Aku di depan dan bapak mengiringiku di belakang. Eh, sudah sihatkah kaki bapak? Setiba di rumah, aku membasuh kaki kemudian duduk di pangkin. Bapak juga mengikut perlakuanku.

"Bapak..."

"Ya?"

Aku mendekati bapak. "Kenapa Raden Muin buat Mawar macam tu?"

Bapak menghembus nafas berat. "Itu cuma rahsianya dengan Allah."

"Kenapa dia tuduh Mawar perosak bangsa? Mawar ada buat salah ke?"

Bapak diam, cuma memandang wajahku lama.

"Mawar merindui Haq?" Soalanku tidak dijawab. Aku tundukkan kepala. Lambat-lambat aku mengangguk.

"Bapak tahu Mawar pergi ke hutan kerana Mawar rindukan Haq tapi hutan sudah tidak selamat buatmu, nak..."

Bapak memegang kepalaku. "Ambilkan air. Bapak ubati luka Mawar." Ya, aku terlupa kepalaku berdarah akibat tolakan Raden Muin.

"Mawar ingin bertemu Haq?" Bapak bertanya perlahan.

Aku mengangguk yakin. "Tapi Mawar tak tahu dia pergi mana..."

Terdengar hembusan nafas berat dari bapak. "Andai diberi pilihan, siapa yang akan Mawar pilih. Bapak atau Haq?"

Aku terdiam. Pilihan apakah itu? Kenapa seperti tiada jawapan atas soalan itu?

"Bapak takut kehilangan Mawar..."

Kali ini aku dengar suara bapak seakan sayu. Bapak menunduk seraya memusingkan badannya membelakangiku. Bapak menangis?

"Mawar sayang kedua-duanya. Mawar tak nak kehilangan bapak, Haq pun. Kenapa Mawar mesti pilih salah satu?"

Tersengguk-sengguk badan bapak. Mungkin bapak menahan tangis. "Andai Mawar memilih Haq, Mawar harus kehilangan bapak. Begitulah sebaliknya..."

Ha? Aku tercengang. Kenapa perlu kehilangan? Aku masih tak faham.

"Lapan hari bapak jaga Mawar. Bapak anggap Mawar bagaikan zuriat sendiri tapi bapak tahu tempat Mawar bukan di sini..." Bapak berjeda. Aku dengar tangis bapak mula hiba.

Lapan hari? Tapi bapak kata dia yang jaga aku sejak kecil. Apa ni?

"Mawar tak faham. Mawar bukan anak bapak ke?" Aku teringat perbualan dengan Dang Ayu tempoh hari. Dang Ayu macam terkejut bila aku kata aku anak Datu Said.

Bapak memusingkan tubuhnya menghadapku. Aku nampak mata bapak kemerahan. "Mahukah Mawar bertemu emak?"

Aku membulatkan mata. "Emak? Bukan emak Mawar dah tak ada ke?" Masih ingat lagi bapak kata Mawar cuma ada bapak, Mawar jangan cari emak.

Bapak menggosok kepalaku yang berlapik selendang. "Emakmu ada. Maafkan bapak sekali lagi Mawar..."

Ya Allah... apa sebenarnya yang ingin bapak katakan? Tadi kata lapan hari jaga Mawar? Sekarang emak pulak?

"Tolong jelaskan satu-satu bapak. Mawar keliru." Aku menggesa bapak.

"Sekali lagi bapak tanyakan, apa Mawar mahu kehilangan bapak?"

Aku menggeleng laju.

"Jadi, usah bapak ceritakan." Bapak bersuara. Aku tidak berpuas hati lalu aku tahan lengan bapak.

"Boleh bapak berterus-terang? Mawar sedia mendengar. Nak tahu sangat-sangat."

"Imanmu bakal bergoncang. Hatimu bakal berbolak. Bapak tidak mahu itu terjadi."

"Insya-Allah bapak, Mawar tetapkan iman di dada."

Bapak menghembus nafas lagi. Dia memandang anak mataku lama. Bapak mula bercerita. Satu pun tidak tertinggal.

*****

"12 JAM aku tidur?"

Haq bingkas bangun lalu membersihkan diri. Patutlah badannya terasa lenguh, tidur mati rupanya. Selesai membersihkan diri, Haq kembali duduk di atas tilam. Telefon bimbit yang dicas tadi terus dihidupkan.Terpampang wallpaper putih di skrin depan. Cuma warna putih tanpa sebarang gambar.

Eh? Tarikh ni betul ke?

Haq berfikir sejenak. Why do I feel like something's not right? Tidak lama, telefon bimbit itu berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

Karl's calling...

Karl adalah teman sekumpulannya semasa menjadi orang bawahan Dato' Nik Bern dulu. Karl yang mula-mula memperkenalkannya kepada dunia gelap itu.

"Hello."

"Bro, what's up? Lama tak catch up. Kau kat mana?"

"Rumah. Why?"

"Hoi! Sebulan ni aku try contact kau tak dapat dapat tau! Kau pergi mana?"

Haq membeliakkan mata. "Sebulan?"

"Yalah. Kau ni dah kenapa? Jumpa tempat biasa bro. Release tension tu sikit. Okay bro, see you later. I'm waiting. Aha! No excuse!"

Talian dimatikan.

Sebulan? Lamanya... aku buat apa sebenarnya? Pantas jaket kulit disarung menutupi singlet hitamnya. Seluar jean biru tua juga disarung. Cermin mata hitam diselitkan di dada baju. Helmet dicapai dan dia meninggalkan apartmen peribadinya untuk berjumpa Karl di kelab malam La Meca, tempat perjumpaan biasa mereka. 

HAQ MAWAR ✔Where stories live. Discover now