BAB 3

5.9K 190 3
                                    


"Indera Kayangan Saksi Bisu Perkenalan Dua Jiwa" 

LEBIH kurang 30 minit berjalan, baru kami tiba di Pasar Selasih. Ya, Pasar Selasih kerana air selasih adalah tarikan utama di pasar itu.

"Anak berdua ni siapa?" Dang Ayu yang berumur kira-kira sebaya bapak menegur. Ketika itu aku sedang memilih rempah-ratus di becanya. Aku kenal nama mereka sebab kat beca ada tertulis nama masing-masing.

"Aku Mawar, anak Datu Said. Ni Haq, orang baru kat sini. Tetamu bapak." Aku menjawab sambil tersenyum.

"Oh, Datu Said punyai anak?" Dang Ayu bertanya dalam nada terkejut.

"Eh, kenapa pulak tak ada?" Aku jawab dengan soalan. Aku tergelak kecil. Luculah Dang Ayu ni. Tak kan tak kenal aku yang dah 18 tahun tinggal kat sini?

"Err... pilihlah apa kamu mahu. Dang mahu beredar dulu." Seusai kata, Dang Ayu tergesa-gesa meninggalkan aku dan Haq di situ.

"Kenapa Dang tengok kita macam tengok hantu je?" Soalku pada Haq yang masih setia di sisi.

"Entah. Tapi kan, saya perasan satu benda..."

"Apa?" Soalku sambil menjongket kening.

"Kenapa bahasa orang kat sini macam lain sangat?"

Aku mengerutkan dahi. "Maksud kau, kami kat sini bahasa lain? Macam tu ke?"

"Awak tak. Orang kat sini macam... bapak, perempuan tadi tu... memang lain. Awak tak perasan?"

Aku geleng. Tapi, betul juga kata Haq. Selain bahasa, pemakaian pun lain. Kami mengenakan pakaian satu warna dari atas ke bawah manakala Haq pula bercampur-campur.

"Jom kita pergi beca tu pulak. Dengar bahasa dia, lain tak." Aku mengorak langkah ke beca yang bertulis nama 'Raden Muin'. Setiba di beca itu, aku tanya pada penjualnya.

"Kain pelekat dari Langkasuka kan?"

"Ya. Eh, kamu ya Mawar..." Raden Muin bertanya sambil senyum meleret.

"Ya, aku Mawar." Ha, Raden Muin kenal aku, kan? Kenapa Dang tak kenal?

"Oh, aku terkejut saja. Kebiasaannya Paduka Ajeng yang ke pasar untuk Datu Said."

Aku tersenyum lalu sehelai pelekat dihulurkan. "Bapak tak sihat. Boleh aku tukar pelekat ni dengan penawar kusta?" Aku bertanya.

Kata bapak, pembelian barangan di Pasar Selasih adalah melalui tukaran barangan. Sebenarnya ni kali pertama aku keluar dari kawasan rumah kami.

Raden Muin ketawa. "Apa-apa saja Mawar asal darimu, aku terima dengan rela."

Aku menghulurkan daun pisik kepada Raden Muin.

"Aku balik dulu Raden. Assalamualaikum." Aku berkira mahu beredar.

"Tunggu! Siapa di belakangmu, Mawar?" Raden Muin bertanya sinis.

"Ni Haq, orang baru. Tetamu bapak."

Raden Muin ketawa kecil. "Kau tidak berdusta?"

Aku mengerutkan dahi. "Aku pernah berdusta ke?"

Raden Muin ketawa besar. "Makhluk sepertimu senang saja berdusta. Kalau sampai aku tahu kau berhubungan dengan sesiapa, bercerai jasad kau daripada badanmu, Mawar." Raden Muin bersuara keras.

Aku ketawa kecil. "Kau bukan Tuhan. Makhluk macam aku tu macam mana? Bukan kita sama-sama ciptaan Tuhan Maha Esa ke?"

Raden Muin turun dari becanya lalu berdiri di hadapan aku. Aku mengundurkan diri.

HAQ MAWAR ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant