BAB 4

5.1K 185 1
                                    


"Indera Kayangan Saksi Bisu Perkenalan Dua Jiwa" 

KALI pertama aku ke kaki gunung seawal pagi. Aku labuhkan kaki ke dalam air gunung yang mengalir nyaman. Kain baju kurungku dibiarkan basah. Selendang di kepala aku biarkan berterbangan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

"Mawar..."

Namaku diseru. Aku menoleh. Oh! Kau dengar isi hatiku, Haq? Macam mana kau muncul saat aku teringatkan kau?

"Kau dari mana?"

"Bapak suruh saya panggil awak. Awak buat apa kat sini pagi-pagi?" Haq bersuara ceria seperti selalu.

Aku tersenyum. "Saja. Hmm, malam tadi aku dengar kau borak dengan bapak." Keberanianku datang tiba-tiba.

"Apa yang awak dengar?" Haq bertanya.

"Semua."

"Awak tak rasa awak sama macam saya ke? Maksud saya, kita sama-sama orang Malaysia tapi sesat kat sini. Awak tak terfikir macam tu?"

Aku hampir saja mengangkat muka tapi aku teringat sesuatu. "Mustahillah. Aku anak bapak. Bapak yang cakap macam tu masa aku baru baik demam hari tu."

Haq jongket bahu. "Ooo... err kalau saya dah balik Malaysia nanti mesti saya rindukan awak."

Aku mengetap bibir. "Jangan rindukan aku. Aku bukan mahram kau."

"Kalau saya nikah dengan awak, boleh tak saya rindu dan cintakan awak?"

"Hoi! Apa kamu lakukan di sini?" Satu suara melaung.

Aku menoleh. Begitu juga Haq. Soalan Haq terkubur.

"Raden? Kau nak apa?" Aku pantas berdiri di atas batu tempat aku duduk tadi. Haq juga mengikut perbuatanku.

"Kau berkhalwat, Mawar. Akan aku adukan pada bapakku." Raden berteriak lalu dia menghilang bagaikan angin.

Aku melajukan langkah. Haq juga begitu. Tidak lama, bumbung rumah kami kelihatan lalu aku berlari ke rumah. Haq ditinggalkan di belakang. Sebaik sahaja kaki aku melangkah ke dalam rumah, aku lihat bapak duduk di tempat kebiasaannya dia menghafaz al-Quran.

"Datu Said!" Terdengar suara melaung dari bawah.

Aku masuk ke dalam bilik. Terketar-ketar tubuhku. Aku kenal suara itu. Ya Allah, peliharalah aku!

"Silakan masuk Raden Hamka." Suara bapak. Kemudian terdengar kaki melangkah naik.

"Mana Mawar, anakmu?" Raden Hamka bertanya.

"Ada di bilik. Kenapa Raden Hamka? Apa anakku ada berbuat salah?"

"Mawar berkhalwat dengan lelaki ajnabi!"

Itu suara Raden Muin. Jantung aku berdegup kencang. Tanganku ditekap ke dada. Berzikir memohon pertolongan Allah.

"Apa kau punya saksi dan bukti Raden Muin?" Bapak bertanya lembut.

"Assalamualaikum."

Itu suara Haq. Mujurlah engkau baru sampai Haq. Malunya aku pada kau, Haq.

"Ini dia bapak. Lelaki yang berkhalwat sama Mawar!" Raden Muin berteriak lagi. Kedengaran kaki berlari kemudian kedengaran sesuatu jatuh ke lantai.

"Raden Muin! Sudahlah! Kenapa kau terburu-buru?" Raden Hamka bersuara memarahi Raden Muin.

"Tak apa pak cik, saya okey." Suara Haq.

HAQ MAWAR ✔Where stories live. Discover now