15: Heaven atau Hell

Start from the beginning
                                    

"Aku setuju dengan tu. Dia ni orang kayalah Ella. Sebab tu lah perempuan dia keliling pinggang." Anak mata Toni bergerak ke kiri dan kanan membaca artikel berita tentang Xander. "Boleh tahan banyak gosip pasal dia ni. Orang berjayalah katakan."

"Yakah?" Ella tayang riak tidak percaya. "Patutlah dia ada bodyguard, si Amir tu."

Toni tekup matanya dan tunjuk paparan telefonnya ke Ella. "Mata aku tercemar! Dia perempuan pencuri tu kan?"

Ella menggendeng ke arah telefon Toni. Gambar Katrina berpelukan dengan Xander di sebuah acara karpet merah membuatkan asid perutnya naik ke tekak. "Haah. Dialah tu," gumamnya sebelum baring semula di hujung sofa. Dia tidak ingin mengambil tahu tentang mereka berdua langsung.

Toni menarik kembali telefonnya dan menekan-nekan skrin telefonnya untuk kembali ke skrin utama. "Sila meninggal. Nak sangat aku baca Surah Yaasin untuk perempuan tu. Dia fikir dia siapa nak lantik diri sendiri jadi assistant Xander?"

"Dia bakal tunang Xander kot." Ella mengherotkan bibirnya. Dia tak kemaruk sangat hendak jadi pembantu Xander. Tapi agak menyakitkan hati apabila Katrina sesuka hati saja mengambil jawatan tu. Buat malu dia saja datang ke temuduga itu. "Kau ni pandai juga ke baca Yaasin?"

"Tak seberapa pandai. Dari situ kau boleh nampak kegigihan aku untuk baca Yaasin untuk dia." Toni letak telefon ke atas meja. "Jadi kau nak buat apa dengan tawaran istimewa dia tu?"

"Sebenarnya ...." Ella mencapai sampul yang diberikan Xander. "Selain daripada masa, dia juga berikan aku ni."

"Kontrak ke?" Toni merembat sampul itu dari tangan Ella.

Ella angguk. "Mungkin aku dapat buat keputusan tepat lepas baca benda tu."

"Ada duit ke dalam ni sampai dia gam guna gam kasut?" Toni berdiri dan mencari gunting di dapur. "Kau pernah baca tak buku Fifty Shades of Grey tu?"

"Tak," balas Ella yang merenung siling. "Kenapa, kau pernah ke?"

"Aku pun tak pernah." Ella mendengus, menyampah. Toni kembali duduk di sisinya sambil memegang sebilah anak pisau. "Tapi aku pernah baca kontrak yang si Anna kena suruh sain dan ... kau tahulah apa maksud aku."

Ella jeling wajah Toni yang melirik nakal ke arahnya. "Buku tu pasal BDSM kan?"

Toni jongket kening beberapa kali sambil tersenyum nakal. Tangannya kembali memotong bahagian atas sampul dengan berhati-hati. Sambil memotong sambil dia menggumam, "Dalam kontrak tu, ada kontrak yang mengikat di antara Dominant dan Submissive. Sangat terperinci kontrak tu. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan oleh Anna. Dan apa yang berlaku setelah kontrak tu tamat. Kalau kau tak faham apa benda BDSM tu, kau baca aje kontrak dia tu. Gerenti faham. Aku baca kontrak tu pun sebab aku tulis entri tentang BDSM dalam blog aku. Nak buka mata wanita-wanita kat luar sana yang tak tahu dalam dunia ni ada lelaki atau perempuan yang dapat kepuasan seks dengan melakukan BDSM."

"Kau nak ke sain kontrak macam tu kalau dapat lelaki macam Mr. Grey tu?"

"Nah uh ... soalan tu untuk kau jawab sendiri." Toni mengeluarkan isi sampul. Ella menegakkan tubuhnya. Lebih kurang sepuluh keping kertas bersaiz A4 dipegang oleh Toni. "Wow ... menariknya kertas-kertas ni." Toni menyandarkan belakangnya bertentangan Ella. Senyum nakal terukir di bibir. "Kau nak baca sendiri atau aku bacakan untuk kau?"

"Kau dah kenapa berlagak saspen bagai?" Ella jadi bingung kontrak itu miliknya atau milik Toni. "Kau baca ajelah. Buang air liur aku aje baca kontrak skema macam tu." Tubuhnya disandarkan semula. Dalam hatinya dia mula berasa teruja dan gemuruh pada masa yang sama. Macam tak pernah sain kontrak aje kau ni Ella.

Toni senyum suka lalu menegakkan tubuhnya. Muka hadapan dibaca sekilas. Senyumannya pudar lalu dahinya mula berkerut. "Oh, no ... Ella."

"K-kenapa?" Ella tergagap. "Kau jangan berlakon Toni. Aku tampar kang."

Toni tidak peduli dengan ugutan Ella. Matanya masih membaca penuh konsentrasi kontrak yang dipegangnya. Lembaran demi lembaran dibaca dengan riak serius dan sedikit keliru. Ella menelan air liurnya. Dia mahu membaca sendiri kontrak itu, tetapi reaksi Toni membuatkannya kecut perut.

"Toni ... kau dah boleh menang Anugerah Oscar. Tapi aku tak beli lakonan kau ni."

Toni membaca lembaran terakhir dengan mulut yang ternganga. Mata yang membuntang perlahan-lahan naik ke wajah Ella. Tangannya menekup mulut yang ternganga.

"Apa?"

Toni meletakkan tangannya ke dada. "Ingat tak apa aku cakap pasal kontrak BDSM tu?"

"No way!" jerit Ella terkejut. Matanya terbuntang sebesar mata Toni.

"Yes way!" Toni membelek sekali lagi kontrak itu. "Kontrak ni akan jadi heaven atau hell buat kau bergantung pada penerimaan kau sendiri. Oh, no. Kau memang dah terjatuh dalam lubang jamban Ella." Kepalanya digelengkan.

"Maksud kau?"

Toni menghulurkan kontrak itu kepada Ella. "Kau kena kahwin dengan Xander."

——🍁——

Whoops! Apa sebenarnya isi kontrak tu? I is curious too.

Nota Cinta Untuk CintaWhere stories live. Discover now