15: Heaven atau Hell

107 18 7
                                    

"A strong, successful man is not the victim of his environment. He creates favorable conditions. His own inherent force and energy compel things to turn out as he desires."—Orison Swett Marden

——🍁——


Ella kembali ke kondo bersendirian bersama sampul yang mengandungi kontrak yang perlu dibaca dan ditandatanganinya. Kontrak kerja itu adalah perkara kedua yang difikirkannya kerana saat ini perbualan bersama Trent tadi memenuhi ruang fikiran dan perasaannya. Ella merasakan seperti hatinya dicengkam kuat. Keluar saja dari lif, anak matanya melirik ke arah pintu kondo Xander. Adakah ini suatu bala buat dirinya? Malas hendak berfikir, dia segera memasuki kondo.

"Hei Ella! Assalamualaikum. Lamanya tak jumpa!" jerit Toni yang duduk di atas sofa sambil melunjurkan kaki ke atas meja. Mood Ella kembali ceria melihat Toni. Sampul dan beg tangannya dilemparkan ke atas meja dan dia segera melompat ke sisi Toni.

"Rindunya!" jerit Ella seraya memeluk ketat tubuh Toni. "Bila sampai?"

"Baru aje." Kepala Ella ditolak dari bahunya. "Kau dari mana ni?"

Ella mengeluh lalu menyandar ke sofa. Dia menceritakan semula apa yang telah berlaku sepanjang ketiadaan Toni. Kecuali tentang Ezekiel dan juga tentang perbualannya dengan Trent tadi.

"Wow! Baru dua hari satu malam aku tinggalkan kau. Dah banyak macam tu masalah yang kau dapat?" Toni menurunkan kakinya lalu duduk menghadap Ella yang memejamkan matanya. "Faris tak ada contact kau lagi?" Ella geleng. "Trent kat mana sekarang?"

"Dia kata nak ambil angin sekejap," keluh Ella perlahan. "Mungkin dia pergi jalan-jalan cari pemandangan artistik. Macam kau tak kenal dia. Suka sangat tangkap gambar."

"Sama macam kau."

"Tapi gambar dia lebih lawa. Penuh nilai artistik. Aku tak pandai sangat bab edit-mengedit ni. Dia lebih pro."

Toni angguk. "Itu aje yang boleh dibanggakan tentang Trent Careem. Bakat dia tu satu dalam sejuta. Gambar tahi pun dia boleh edit dan tambah nilai artistik. Mana nak cari."

Mereka kemudiannya mengekek bersama.

"Cakap pasal tahi ni." Toni kembali fokus pada Ella. "Aku teringatkan Xander."

"Muka dia tak adalah macam tahi sangat. Mulut dan perangai tu aje yang ada ketahiannya sikit."

Toni keluarkan telefonnya. "Tak kisahlah. Aku nak tahu pula muka dia macam mana. Kalau dia ni developer, mesti ada company profile dalam google kan? Apa nama company dia?"

Ella tidak pernah terfikir langsung hendak mencari tahu tentang Xander dalam laman sesawang. "Kau ni pergi ke mana-mana saja mesti jadi polis kan? Alang-alang kau taip aje nama dia, Tengku Alexander Amin bin Tan Sri Tengku Ramzie. Senang sikit kerja kau."

Toni gigih menaip satu persatu nama Xander. Ella memperbetulkan ejaannya beberapa kali.

"Hah!" jerit Toni sesaat kemudian. "Rasanya kau dah termasuk dalam lubang jamban Ella." Ella tendang paha Toni yang tersengih sumbing. "Kawan aku ajar perkataan tu. Dia kata penduduk dekat kampung di tepi laut tu lubang jamban dia special sikit. Berak terus 'plop' jatuh dalam air laut."

Ella tidak dapat menahan tawanya. "Cuba berhenti cakap pasal tahi dan yang sewaktu dengannya boleh tak?" Nafasnya diatur semula. "Apa kaitan aku dengan lubang jamban ni?"

"Kau sedar tak betapa sempurnanya makhluk ciptaan Tuhan ni?" Toni masih khusyuk membelek wajah Xander.

"Hensem lagi Trent dari dia," gumam Ella. Toni yang sempat menangkap kata-katanya hampir termuntah hijau ke atas karpet. "Aku tak tahan dengan perangai kaki perempuan dia aje Toni. Kau berilah sepuluh Xander pada aku, aku tetap tak nak selagi perangai dia macam tu."

Nota Cinta Untuk CintaWhere stories live. Discover now