Part 54

18.2K 489 23
                                    

Aiden setia menanti disamping isterinya. Sudah dua tahun isterinya koma dan hngga kini dia belum sedar. Aiden merenung kembali segala memorinya bersama Edrianna dulu.

" Kalau abang jadi lebah, sayang nak jadi apa?" Tanya Aiden sambil memandang kearah isterinya yang duduk di tepinya.

" Kalau abang jadi lebah, sayang jadi gila sebab I will miss my busuk," usik Edrianna tersengih sambil menunjukkan peace menggunakan jarinya.

" Busuk? Nakal eh sayang!" balas Aiden lalu mengepit hidung Edrianna. Edrianna langsung menepis lalu mencubit perut Aiden. " Sakitlah masam!" jerit Edrianna lalu berlari lari di persisiran pantai sambil mengejek Aiden.

" Masam? Oh memang nak kena ni!" kata Aiden lalu mengejar Edrianna sepantas kilat. Bergema gelak tawa pasangan itu.

Aiden tersenyum sendiri mengingati perangai Edrianna yang suka mengusik itu. Dia hanya merenung muka Edrianna sambil tersenyum sendiri.

" Bro, kalau pun kau rindu adik aku, janganlah jadi gila sampai tersenyum seorang macam ni," kata seseorang tanpa salam. Aiden menoleh kebelakang lalu terlihat Edzry yang sedang memegang bahunya.

" Kau apahal datang sini?" Tanya Aiden sambil menjeling kearah Edzry. Edzry langsung menyiku kepala Aiden. " Adik aku kot!"

Tiba-tiba pintu sekali lagi dikuak dan kini kelihatan wajah kedua dua doktor yang merawat Edrianna sepanjang dua tahun ini.. Edzry terus berdiri tegak lalu menyambut kedatangan orang itu. " Assalamualaikum doktor, apa perkembangan adik saya hari ni?" Tanya Edzry kepada doktor lelaki tersebut.

" Waalaikumusalam. Maaf Encik, tapi kan bangang tu boleh simpan tak? Anak cucu nak juga sekali sekala merasa jadi bangang. Takkan encik nak habiskan semua. Woi! Kalau ye pun tanyalah kat rumah bodoh!" marah doktor tersebut, atau lebih dikenali sebagai Doktor Edrian.

Edzry terus memeluk lengan Aiden. Dia memandang Aiden sayu. " Tolong I abang, I dianiaya oleh lelaki tu. Muka I kan sama macam isteri you," rayu Edzry. Dah keluar dah perangai kunyit dia.

" Wei, gelilah sial! Sama pun tapi kau tu jantan! Aku taknak dapat abang ipar pondan!"

Wad itu dipenuhi dengan cerita mereka sebelum semua kembali mengalihkan pandangan kearah katil Edrianaa.

Bip bip bip

Bunyi mesin itu menyentakkan keempat empat gerangan yang bercerita. Mereka semua diarahkan oleh Alondra dan Edrian untuk keluar sebentar.

" Edrian, tolong selamatkan dia," rayu Aiden dalam tangisan. Edrian mengganguk lalu bergegas menolong Edrianna.

Aiden semakin risau mendengar kekecohan yang berlaku didalam wad. Dia berdoa semoga isterinya cepat sedar denga sceepat mungkin kerana dia sudah rindu.

Setelah setengah jam, Edrian dan Alondra keluar dengan langkah yang layu. Edrian terus menuju kearah kerusi diluar wad itu sebelum duduk dan terus menjatuhkan pandangannya. Air matanya mengalir sedikit demi sedikit. Inilah pertama kalinya dia merasa gagal dalam melakuka perkerjaannya.

" Edrian, Alondra, Edrianna macamana? Kenapa Edrian menangis," Tanya Aiden cemas. Dia dapat menggangak sesuatu berlaku namun dia menepis perasaan tu jauh.

" Aiden, I don't know how to say this, tapi.. she passed away," kata Alondra sayu. Dia hanya mampu menepuk bahu Aiden yang sudah tersungkur itu.

" Kau jangan berani tipu aku! Edrianna masih hidup kan! Aku tahu lah!" jerkah Aiden sambil merenung tajam kearah Alondra.

" Kami pun berharap semua tu tipu Aiden. Kami pun tak sanggup untuk kehilangan darah daging kami sendiri," balas Edrian dengan muka sembabnya. Dia menuju ke sebelah Edzry yang semenjak tadi tidak berhenti menangis. Dia sememangnya amat rapat dengan Edrianna kerana perangai mereka yang serupa.

Edrian membawa mereka masuk kedalam untuk melihat Edrianna buat kali terakhir. Aiden seperti tidak percaya melihat tubuh isterinya ditutup dengan kain putih itu. Baru tadi dia memegang tangan itu, sekarang sudah tiada. Terhenti disitu saja.

Edrian dan Alondra memberikan masa untuk Aiden dan Edzry di dalam wad itu. Mereka keluar dengan senyuman terlakar dibibir.

* * *

" Adik, angah minta maaf atas segala salah silap angah. Angah tahu angah bukan yang terbaik. Angah ambil makanan adik, Angah usik adik sampai adik menangis, Angah gaduh dengan adik. Tapi semua tu sebab angah sayang adik. Adiklah adik terbaik dan tiada adik lain dapat gantikan adik dalam hidup angah. Angah redhakan pemergian adik dan semoga adik ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman," kata Edzry sambil memegang tangan pucat adiknya. Tangan itu dikucup buat kali terakhir.

Aiden kemudian mengambil tempat Edzry. Dia kini hanya diam merenung muka isterinya. " Sayang, abang datang ni. Bukalah mata, abang rindu tengok mata cantik tu. Abang rindu semua tentang sayang. Dah dua tahun abang tunggu. Tapi, sayang dah pergi. Abang tak sempat pun minta maaf. Abang tak sempat nak sambut birthday anak anak kita dan kita sama sama.

Abang minta maaf atas segala salah silap abang. Abag tahu abang jahat, abang minta maaf. Kalau memang dah masa sayang untuk pergi, abang redha dengan ketentuanNya. Abang teringin nak tengok senyuman sayang buat kali terakhir even if I know its impossible. Tunggu kami semua disyurga. I love you so much!" esakkan Aiden kembali bergema. Semakin erat genggaman tangan Aiden pada Edrianna.

Tangisan Aiden terhenti apabila dia merasakkan sesuatu janggal. Dia merasakan ada tangan yang membalas pegangannya. Dia menaikkan pandangannya sebelum terlihat isterinya yang tersenyum manis.

  *    *   *

hello wello! maaf sebab lambat update. i was busy cari idea untuk buku baru oho #bacaeh.

nak dekat ending dah. ready ke tu nak tinggalkan aiden dengan edrianna?😏

please please please vote and comment teehee! love ya💕

Penantian CintaWhere stories live. Discover now