Part 53

15.1K 438 9
                                    

Tangan pucat itu digenggam kemas oleh Aiden. Kelembutan kulit putih bersih itu sedikit sebanyak mendamaikan jiwanya yang kacau.

Pipi mulus itu dikucup dengan penuh kasih sayang. Diusap lembut hingga mampu menitiskan air mata lelakinya.

" Sayang, bangun cepat. You don't know how much I'm missing you, your touch, your lips, your love, your laugh, that are the things that can calm me down. Buka mata please, abang merayu," kata Aiden dalam esakkan. Itulah rutinnya buat seminggu ini setelah Edrianna selesai operasi.

Pembedahan itu amat besar impaknya sehingga Edrianna terlantar koma di atas katil hospital ini. Alondra sudah mengagak perkara ini bakal terjadi dan mereka semua sudah bersedia untuk ini.

Dato Azmeer melangkah kearah anak lelakinya yang teresak esak disisi menantunya. Keadaan lelaki itu amat memilukan. Rambut berserabai, baju tukar dua atau tiga kali seminggu. Anak-anak mereka amat merindukan kedua ibu bapa mereka.

" Shh Aiden. Tak kira berapa banyak air mata Aiden jatuh, dia takkan sembuh kalau Aiden tak memohon pada Sang Pencipta. Dia takkan menguji sesuatu yang melebihi kemampuan umatNya Aiden," kata Dato Azmeer lembut. Dia tersenyum melihat Aiden yang mengesat air matanya, persis seperti sewaktu Aiden masih kecil dahulu.

Aiden memandang kearah ayahnya lalu memeluk ayahnya erat. Tidak kiralah berapa usia dia, ayah dan ibu tetap menjadi tujuan utamanya kesukaran hidup.

" Thank you papa for being there," kata Aiden sambil tersengih. Papanya hanya mengusap rambut Aiden lalu menepuk bahunya.

" Sayang, abang pergi solat dulu. For you and for our small family. Jangan rindu eh and cepat bangun. I promise to always love you till the end," bisik Aiden pada telinga Edrianna sebelum melangkah ke surau hospital.

* * *

Seraphina dilepaskan setelah diikat jamin oleh seseorang. Dia kemudian terus meluru ke arah hospital untuk berjumpa Edrianna. Sudah seminggu dia tidak mengetahui keadaannya.

Dia membuka pintu keretanya lalu mengarahkan pemandunya untuk menuju ke hospital. Setiba sahaja dia disana, dia terus meluru ke arah kaunter pertanyaan sebelum berjalan kearah wad Edrianna.

Dia menguak pintu wad Edrianna. Kelihatan Edrianna terbaring dengan wayar yang berselirat diseluruh tubuh badannya. Muka pucat Edrianna amat memilukan menyebabkan air mata Seraphina mulai menitis.

Dia menuju ke arah katil Edrianna lalu duduk di atas kerusi bekas Aiden itu. Dia menggengam tangan Edrianna lalu memeluknya.

" Anna, maafkan Era eh? Era salah. Era tamak. Era tak sepatutnya menghapuskan kebahagiaan ketiga-tiga kawan Era. Anna bangun eh, Aiden rindu tu. Kita semua rindu Anna.

Anna, kalaulah Era tak tamak dulu, mesti kita masih berempat kan? Era bukan kawan yang baik, Era jahat. Tapi sekarang Era dah sedar, ikan bukan satu dilaut. Era sayang Edrianna jadi cepat bangun eh," kata Seraphina sambil mengusap tangan Edrianna.

" Woi, kau buat apa kat sini?!" suara garau seseorang kedengaran menyoal dengan keras. Seraphina menoleh dan berasa terkejut melihat Aiden yang datang dengan wajah bengis itu.

" Ser- Ser la-la-waaat Ann-a," jawab Seraphina terketar-ketar. Dia mencari anak mata lelaki yang pernah dia cintai itu.

" Penipu," balas Aiden sinis. Dia merapatkan jaraknya dengan Seraphina. Seraphina menundukkan pandangannya.

" Kau memang.. masih tak berubah" kata Aiden menyebabkan Seraphina mendonggakkan kepalanya.

" Dari dulu sampai sekarang masih lagi takut. Kau acah je kuat kan! Nenek suruh tarik rumput pun kau boleh jatuk tergolek!" kata Aiden sambil menunjal dahi Seraphina merangkap sepupunya itu.

" Kau tak marah aku?" tanya Seraphina sedikit gentar. " Tak dah, Edrianna suruh aku belajar maafkan kau, tambahan pula kau tu sepupu aku, takkanlah kita berdendam kan?" kata Aiden lembut. Mereka dua memang agak akrab sewaktu kecil ditambah lagi dengan Aiden yang tak henti henti mengenakan Seraphina.

Seraphina hanya tersenyum manis lalu kembali muram. " Aiden, aku minta maaf. Kalau tak disebabkan aku, mesti kau dah bahagia dengan mereka kan. Aku tamak Aiden. Aku tak patut hancurkan hidup sepupu aku,"

" Tak apa. Semua manusia buat silap tapi yang paling penting, kau belajar dari kesilapan tu dan mengubah diri ke arah yang lebih baik," kata Aiden lembut sambil mengusap kepala Seraphina.

" Aip aip captain!"

Tawa mereka berdua lepas. Aiden sudah mula menjadi kuat dan tidak menangisi keadaan isterinya manakala Seraphina semakin menuju ke arah jalan yang benar.

Tanpa sedar, Edrianna menguntum senyuman dalam komanya.

Everything is back in their own place. The shattered hearts are stick together with a glue called love. Love is all it need.

* * *

Bobidi bobidi boo! Amacam? Dah nak habis dah buku ni and new one coming soon! Get ready eh.

Vote and Comments please! Thankyou dari si comel yang tulis buku ni ahaks!💖

Penantian CintaWhere stories live. Discover now