Part 27

11.5K 395 8
                                    

Aiden berjalan jalan disekitar kawasan taman itu. Dia duduk di bangku lalu meraup mukanya kasar.

" What have you done Aiden? Bini kau sakit kat sana tu!" jerit hatinya berharap agar lelaki ini sedar keadaan sekarang.

Aiden tidak mendengar kata hati nya malah semakin merenung pemandangan dihadapanya. Dia tidak menyangka isteri yang dicintai sanggup merahsiakan penyakit sebegitu daripadanya.

Dia mula teringat kisah alam perkahwinannya. Langsung dari awal perkahwinan tiada memori indah untuk mereka berdua dan itu berpunca dari Aiden sendiri.

Aoden teringat rintihan, tangisan, raungan Edrianna. Calar balar yang ada di tubuhnya berpunca dari lelaki dayus ini sendiri. Siang malam disepak bagai bola, dimaki bagai tidak bernyawa sungguh berdosa rasanya.

Along is calling..

Deringan telefon Aiden menyentakkan lamunan nya. Dia terus sahaja mengangkat panggilan dari Edrian.

"Assalamualaikum along,"

" Waalaikumusalam Aiden, ni along nak bagitahu Edrianna jatuh katil, nanti along cerita lebih, sekarang kamu pergi ke hospital cepat!" balas along cemas.

" Ok! Aiden gerak sekarang," lalu terus ditutup telefonnya.

Dia mengambil kunci keretanya lalu kereta mewah itu meluncur laju membelah jalan raya.

Sampai saja di hospital, Aiden terus berlari ke tingkat menuju wad Edrianna. Kelihatan beberapa jururawat mundar mandir.

Dia terlihat Edrian yang duduk di bangku itu. Terus disampirinya.

" Along, apa dah jadi?" tanyanya risau.

" Kamu ingat waktu kamu keluar tadi? Lepas je along bagitahu sakit dia, dia terus menangis sampai termuntah darah berkali kali. Memang penghadang katil dia along lupa pasang sebab dia nak muntah tapi tak sangka yang dia muntah sampai pengsan. Rupanya dia muntah darah,"

Menitis air mata lelaki Aiden. Sekali lagi, dia melukai wanita itu. Sekali lagi, wanita itu kesakitan kerana dirinya.

" Along, telefon kan mama, papa dab Edzry ke hospital. Aiden tak sanggup tengok Edrianna terseksa akibat kebencian yang Aiden reka reka. Aiden nak jujur. Aiden mengaku. Aiden sanggup terima risiko," kata Aiden penuh sayu. Kalau disuruh berpisah dengan isterinya, memang tidaklah sekali kali dibuat oleh Aiden. Hukumlah dia. Jika itu cukup.

Edrian hanya mengganguk lalu mula mendail nombor telefon rumahnya.

                          *       *      *

Keadaan di rumah itu sedikit muram. Edzry mulai menjauhkan diri dari kedua ibu bapanya selepas kejadian itu.

Zara pula tersenyum kemenangan kerana berjaya memisahkan keluarga itu. Tinggal tunggu pisahkan Aiden dengan Edrianna lepastu lenyapkan Edrianna.

Telefon rumah berdering. Puan Bella mulai mengangkatnya.

" Hello, siapa ni? "

" Hello ma, ni along. Boleh tak korang semua pergi hospital sekarang?" tanya Edrian.

" Kenapa along? Along sakit ke?" tanya Puan Bella risau.

" Macamtu lah, okay see you later," lalu Edrian menutup telefon.

Puan Bella terus menjerit nama suaminya dan Edzry.

" Abang, Angah, adik cepat! Angah pergi bangunkan Edrianna tu!" jerit Puan Bella. Tidak sedar dia terlanjur teringatkan anak bungsunya itu.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now