Part 40

16.9K 442 16
                                    

Aiden merenung keluar dari balkoni biliknya. Dia menghela nafas berat. Seribu satu penyesalan timbul di dalam dirinya.

Kata kata Kamalia terngiang-ngiang di dalam minda nya.

"Kalau Edrianna ada title seorang mafia, tu sebab kau tinggalkan dia, kenapa tak Seraphina?"

Aiden meraup mukanya kasar. Perkahwinannya dengan Seraphina semua sudah di rancang. Hanya menunggu tandatangan Edrianna untuk poligami lagi.

Telefon Aiden berbunyi menandakan masuk message. Dari Roy.

Bos! Saya dah collect semua info tentang Tengku Seraphina dan Edrianna Rose.

Bagus. Okay pergi tempat biasa. Sharp 12pm. Kau lambat aku pancung.

Okay boss. Roger!

Aiden segera mengambil bajunya lalu bersiap. Kebenaran akan tersingkap dan dia akan tahu siapa yang bersalah.

Dia mengenakan baju T-shirt light grey dan seluar jeans. Aiden terlihat surat Edrianna yang diberi Kamalia.

Darah memenuhi kertas itu. Aiden mengambilnya lalu membawanya bersamanya.

Kelihatan Dato Azmeer dan Datin Syuhada sedang duduk di ruang tamu. Dia tidak mengendahkan mereka malah terus menuju ke kereta.

" Hah, nak kemana tu? Nak ambil anak anak betina tu semula?" tanya Datin Syuhada sinis.

" Aiden pergi keluar jap," balasnya senada. Terbit perasaan muak mendengar kata kata sinis mamanya kepada isterinya.

Dia segera memboloskan diri dalam kereta lalu meluncur meninggalkan pekarangan rumah itu.

*     *     *

Aiden meletakkan keretanya dihadapan sebuah bangunan yang agak tersembuyi dan terbiar. Dia segera memasuki tempat itu lalu melihat beberapa ahli kumpulan dan penyiasatnya.

Aiden, sebenarnya ialah salah seorang ketua ahli anti-gangsterisme dimana dia memberkas dan menangani semua ahli ahli mafia. Termasuk isterinya.

Inilah sebabnya mengapa Aiden benci mendengar bahawa Edrianna ialah seorang gangster. Kerana dia tidak sanggup menghantar Edrianna untuk dipenjara. Sungguh dia cinta akan isterinya. Namun dia kecewa kerana Edrianna melakukan sesuatu yang dibencinya.

" Bos? Duduk sini. Saya ambil file dulu," kata Roy lalu berlalu pergi dalam office nya.

Aiden hanya akur lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi besi itu. Semua ahli ahli membenteras gangster ini kelihatan amat sibuk.

" Okay bos. Saya dah dapat semua maklumat tentang Tengku Seraphina atau street name nya,  Raphi dan Edrianna Rose," kaat Roy lalu membuka satu dokumen.

" This is about Tengku Seraphina," lalu dia menghulurkan dokumen itu untuk Aiden baca.

" Setelah beberapa penyiasatan dilakukan, Serpahina merupakan musuh yang kita cari selama ni. Dia bekerjasama dengan Tengku Fadueq Syazril untuk menghapuskan salah sorang ahli kita. Dia telah membunuh beberapa orang yang tidak bersalah, menyeludup masuk barang larangan seperti dadah dan sebagainya dan pembelian senjata api secara haram," tambah Roy lagi. Aiden terkejut. Dia tidak menyangka cinta hatinya yang pertama sanggup melakukan sedemikian.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now