Part 44

15.2K 449 27
                                    

Setibanya Dato Azmeer dan Datin Syuhada di rumah, Datin Syuhada segera menghubungi bakal menantu dalam mimpinya.

Ina. Mummy minta
maaf. By hook or crook,
plan kita mesti jalan.

Its okay aunty. Slowly.
Lagipun Aiden dan Ina
memang nak kawin pun.

Harap semua berjalan lancar.
Kita mesti pisahkan mereka.
Aunty harap kita berjaya.

Kita usahakan aunty.
Mesti dapat. Okay, Ina
nak lawat Aiden jap. Bye aunty.

Bye Ina.

Dan berakhirlah perbincangan jahat kedua manusia ini. Seraphina memang telah balik kerana kecewa sewaktu Aiden mengendong Edrianna tadi.

" Sayang, abang keluar jap. Ada urusan," kata Dato Azmeer yang sedari tadi sedang naik ke bilik.

" Aii? Kita baru sampai kot. Abang nak kemana?" tanya Datin Syuhada hairan.

" Urgent matter sayang. Bye take care. Assalamualaikum," dia mengucup dahi Datin Syuhada lalu pergi.

Datin Syuhada hanya memandang kepergiaan suaminya. Dia memulakan langkah ke dapur untuk memasak makan malam buat Aiden di hospital.

  *       *       *

Dato Azmeer meletakkan keretanya di tempat yang terlindung. Dia mula melangkah keluar kereta lalu menuju ke wad anak lelakinya, Aiden.

Setibanya dia disana, kelihatan katil Aiden masih kosong lalu dia mengambil langkah menuju ke wad menantunya, Edrianna.

Tangisan bayi yang kedengaran dari wad itu menyebabkan langkah kaki Dato Azmeer menjadi lebih perlahan. Penat dia menahan perasaan ingin bertemu dengan cucu cucu comelnya. Egonya runtuh melihat wajah suci itu.

Dato Azmeer hanya menunggu di luar. Dia masih ragu ragu ingin masuk. Adakah Edrianna akan menghalaunya? Adakah dia takkan pernah melihat cucu sulungnya?

Namun pintu wad Edrianna terbuka. Terbeliak mata Dato Azmeer terkejut. Aiden kelihatan sedang mengendong seorang bayi.

" Assalamualaikum pa, buat apa kat sini?" tanya Aiden sambil menyalam ayahnya menggunakan sebelah tangannya.

" Eh, ha.. uhm pa...pa n..nakk...jumpa cucu papa," katanya gagap. Dato Azmeer menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

" Tak perlulah gagap kot. Hahah okay jom Aiden bawa. Edrianna masih rehat," kata Aiden kepada ayahnya.

Dia megarahkan muka bayi yang digendongnya itu kepada ayahnya lalu dihulurnya.

" Aryan, kenalkan, ni grandpa, handsome kan macam Aryan?" kata Aiden pada Aryan Elman.

Dato Azmeer menyambut huluran Aiden lalu mereka pun masuk kedalam wad Edrianna. Makin lebar senyuman Dato Azmeer melihat ada tiga lagi cucunya disana.

Haih, kalau ada isterinya, dan kedua besannya mesti lengkap seorang angkat satu.

" Ha, ni anak Aiden yang kedua, Edryna Adelia, yang ni pula ketiga, Aryan Emran dan yang bongsu, Edryna Amelia," Aiden kemudian mengucup pipi anak anaknya.

Dato Azmeer mengusap lembut pipi cucu cucunya. Kesian mereka dahulu dihina olehnya dan isterinya. Menyesal sungguh Dato Azmeer.

Edrianna kelihatan telah bangun dari lenanya. Aiden segera menuju ke katil Edrianna. Tangan Edrianna diraih lalu dikucup perlahan.

" Assalamualaikum my love. Dah okay?" tanya Aiden. Edrianna hanya mengganguk lalu memandang ke arah bapa mertuanya.

Aiden yang memegang tangan Edrianna merasa getaran tangan Edrianna dan amat sejuk rasanya.

" Shh its okay. Dia datang nak lawat babies and you," kata Aiden lembut. Ubun ubun Edrianna dikucup penuh kasih.

Sinar kebahagiaan mulai terpancar pada muka Edrianna. Dia menyalam tangan bapa mertuanya.

" Hai menantu ayah. Feel better? Maaf ibu awal balik sebab letih,"tutur Dato Azmeer. Edrianna hanya tersenyum lalu mengangguk.

Setelah lama mereka berbual, Dato Azmeer meminta izin untuk pulang. Dia perlu menyiapkan tugasan pejabatnya. Hubungannya dengan anak menantunya juga sudah kembali seperti sedia kala.

Melangkah sahaja Dato Azmeer dari wad , aura dingin mulai dirasakan dalam bilik itu.

" Keluar," kata Edrianna sepatah.

" Sayang apani?" tanya Aiden lembut. Dahlah puas menanggung rindu.

" Kau tak faham bahasa? Aku cakap keluar tu, keluar lah! Kau nak kawin sangat dengan Seraphina sampai pergi cium dia kan?" jerkah Edrianna. Memang dia agak sensitif kerana dia merasakan bahawa Aiden sedang menduakannya.

" Sayang bukan, abang-" ayat Aiden terhenti disitu.

" Abang what?! Tak perlulah bagi alasan. Kau tahu tak aku muak Aiden! Dari pertama kita kahwin kau mempermainkan aku! Kau dera aku. Aku tak tahu yang aku alami. Kau fikir kepala kau je. Selama ni aku diam sebab aku masih boleh tahan tapi ni? Dah lebih. Mak kau tampar aku kau buat derk je. Ini ke cara kau? Kau tahu lepas Roy call bagitahu dia dah cerita semua kat kau, aku happy tahu. Thats why aku jenguk kau kat wad. Tapi tak sangka kau sibuk berasmara dana dengan si Sarap tu! Enough Aiden! Im tired with this crap! Leave me!" hembur Edrianna. Memang dia kecewa kerana peluangnya sering Aiden persiakan.

" Sayang, dengar dulu. Fikir dulu sayang. Aryan, Edryna, Emran and Adelia need me!" pujuk Aiden.

" Need what?! You?! Kau tahu tak dua daripada empat orang anak tu lahir tepi jalan. Tu ke ciri ciri anak ada bapak. Bila nama berbinkan Abdullah? Kau jangan nak tuntut apa yang bukan milik kau! Dah sekarang berambus kau!" jerit Edrianna. Hal itu menyebabkan beberapa jururawat terpaksa membawa Aiden keluar dari wad.

Aiden terkesima. Dia menyesal kerana membiarkan egonya yang tinggi melangit itu menguasai dirinya yang kerdil itu.

Raungan Edrianna masih kedengaran dari dalam. Anak-anak mereka semua sudah menangis akibat terkejut dan menyebabkan jururawat itu memberikan mereka kepada Aiden.

Ya Tuhan, lembutkanlah hatinya untuk menerimaku semula. Ampunkanlah segala silapku dalam menjaganya selama ini. Ampunkanlah aku yang terlalu tunduk pada ego dan hawa nafsu. Izinkanlah aku untuk menjaganya sekali lagi dan membesarkan anak anak ini bersama sama.

*     *     *

Apa macam? Best tak? Ooo Edrianna dah marah!

Tetap Vote & Comment sebab saya comel [aha langsung takda kaitan.]

Penantian CintaWhere stories live. Discover now