Part 46

15.9K 468 14
                                    

Datin Syuhada masuk ke hospital dengan muka bengisnya. Wad Edrianna menjadi tujuan utamanya ketika ini.

Pintu wad Edrianna dikuak kasar oleh Datin Syuhada menyebabkan Edrianna terbangun dari lenanya. Nasib anak anaknya tidak turut terbangun.

" Hoi kau eh perempuan!" herdik Datin Syuhada lalu menerpa ke arah Edrianna. Rambut Edrianna dicengkam lalu pipinya di tampar. Menitis air mata Edrianna.

" Ma, apa lagi salah Edrianna ma?" tanya Edrianna dalam esakkan kesakitan.

" Salah kau?! Aku dah suruh kau jangan layan Aiden elok elok kan?! Kenapa kau masih berlembut dengan dia?! Hoi jawablah! Kau tahu tak sebab kau anak aku tak jadi kahwin dengan anak Tan Sri Iskandar! Aku malu bermenantukan kau yang tiada kekayaan! Dahlah mak bapak kau miskin macam pengemis sampai anak jadi gangster cari duit! Anak anak haram macam perangai kau pun kau sanggup bela!" jerkah Datin Syuhada sambil menguatkan cengkaman pada rambut Edrianna. Hidung Edrianna sudah mulai mengeluarkan darah.

" Sanggup kau kata macam tu Syu?" tanya seseorang. Datin Syuhada terpana dengan suara itu. Dia melepaskan cengkaman pada rambut Edrianna lalu badan Edrianna terus melorot jatuh. Dia telahpun pengsan kerana kondisinya yang sememangnya masih lemah.

" Be..lla" katanya terketar ketar ketakutan. Sebuah penampar dari Puan Bella hampir hinggap di pipi Datin Syuhada namun tangan itu turun kembali.

" Syuhada, kalau boleh aku nak sangat tampar kau, lunyai kau macam kau buat kat anak aku. Tapi aku ingat, persahabatan kita yang telah lama terjalin sejak 20 tahun yang lalu. Kita dah mula kenal sejak zaman universiti lagi Syu. Aku tak sangka yang kau sanggup hampakan aku, tapi tak apa, aku maafkan sebab kaulah sahabat aku dunia akhirat," kata Puan Bella dengan air matanya yang menitis. Badan Puan Bella dibawa kedalam pelukan oleh Datin Syuhada.

Edrian dan Alondra masih merawat Edrianna tanpa menghiraukan mereka kerana Edrianna kelihatan amat lemah.

Aiden dan Dato Azmeer datang namun terhenti langkah mereka melihat Datin Syuhada dan Puan Bella. Mereka tidak ingin menggangu mereka berdua lalu mereka menuju ke arah Encik Aziz dan Edzry.

Teeet

Nadi Edrianna bertukar menjadi satu garis lurus pada monitor tersebut. Semua disana terpaku melihat hal itu.

Mereka disuruh keluar oleh Edrian dan Alondra yang cuba menyelamatkan Edrianna.

" Edrian, set the defribillator to 150 volts" kata Alondra.

Edrian hanya akur namun dalam hati tak putus putus mendoakan keselamatan adiknya.

Para keluarga menanti khabar Edrianna yang berada disebalik pintu wad itu. Anak anaknya telahpun dibawa keluar bersama mereka. Aiden mengalirkan air mata. Dia tidak sanggup kehilangan Edrianna sesudah hati mulai cinta kembali.

Surah meniti di bibir Aiden yang tanpa sedar menyebabkan Datin Syuhada meraung kesakitan.

" Argh panas!" jerit Datin Syuhada. Seluruh badannya menggeletar menyebabkan Dato Azmeer terpaksa menahan isterinya. Namun rontaannya semakin kuat dan kasar hingga Puan Bella turut memegang sahabatnya.

Tidak lama kemudian, Datin Syuhada mulai memuntahkan sesuatu. Dia terus jatuh pengsan disitu.

" Mama!"

" Syu!"

Jerit mereka yang berada di sana namun sedikit pun tidak menggangu fokus Alondra dan Edrian yang berusaha menyelamatkan Edrianna.

" Meer, aku cadangkan kau bawa bini kau jumpa ustaz. Aku rasa dia kena guna," saran Encik Aziz. Datin Syuhada telah dibawa ke wad manakala Dato Azmeer mebghubungi ustaz kenalannya.

Penantian CintaWhere stories live. Discover now