Part 36

12.5K 428 14
                                    

Selesai mandi, Aiden menukar pakaiannya kepada pakaian tidur. Dia membaringkan diri di atas katil.

Aiden kemudian mengambil telefonnya lalu membuka chats nya. Nama Roy dicari lalu ditekan.

" Roy, aku ada tugas baru untuk kau"

"Tugas apa bos?"

"Siasat Edrianna Rose dan Tengku Serpahina. Jangan tinggal sedikitpun maklumat tentang mereka!"

"Baik bos!"

Lalu chats Aiden berhenti mendengar Edrianna yang batuk. Mungkin dia kesejukan. Aiden cuba untuk melelapkan mata namun terdengar sekali lagi batuk itu. Dia tahu Edrianna cuba menyembunyikan bunyi itu dari dirinya. Kemudian terdengar bunyi orang muntah. Tidak lama, kedengaran seseorang memanjatkan doa.

"Ya Tuhan, panjangkanlah umurku. Berikan hambaMu ini kekuatan untuk menempuh semua ini. Kuatkanlah aku untuk melahirkan mereka ini. Jadikanlah mereka penggantiku di mata suamiku. Andai aku pergi, pertemukanlah suamiku dengan seseorang yang lebih baik untuk menjadi isteri dan ibu kepada Aryan Elman dan Edryna Adelia. Peliharalah keluargaku dan keluarga suamiku. Ampunilah dosa dosa mereka kerana mereka tidak bersalah dalam hal ini. Izinkan aku untuk melihat anak anak ku sebelum aku pergi menghadapmu, Amin"

Aiden mengalirkan air mata mendengar setiap bait doa Edrianna. Dia tidak sanggup kehilangan Edrianna dan tiada seorangpun wanita di dunia ini yang lebih baik dari Edrianna.

Aiden berpura pura tidur sewaktu mendengar derapan kaki Edrianna menghampirinya.

Terasa tangan sejuk Edrianna menyentuh kulitnya.

" Abang, sayang rindu nak bermanja dengan abang. Sayang rindu tidur peluk abang. Rindu ciuman abang, dakapan abang. Tapi semua tu mustahil. Takkan ada orang nak sentuh orang yang keji macam sayang ni. Nanti bila sayang dah pergi, abang jangan takut eh, sayang dah maafkan abang dan izinkan abang mencari ibu buat Aryan dan Edryna. Harap mereka menjadi anak yang soleh. Abang didiklah mereka andaikata Ed tak mampu menampung semua tu. Ed mungkin dah nak pergi, pergi jauh sangat dan mungkin tak jumpa korang lagi, due date tinggal seminggu lagi jadi izinkan Ed berjumpa dengan keluarga Ed 4 hari lagi eh. Ed sentiasa mendoakan kebahagiaan abang dan keluarga. Mungkin Kak Sera yang terbaik untuk abang dan lebih layak berbanding Ed. Ed minta maaf atas segala salah silap Ed. Apapun yang terjadi dekat Ed, selamatkan baby terlebih dahulu okay? Abang tahu tak, waktu Rayyan cakap sayang ada 5 bulan lagi, sayang bersyukur sangat. Sekurang kurangnya sayang dapat lihat anak kita membesar dalam usia 4 bulan. Hehe okaylah, dah mengantuk! Bye, I love you abang, goodnight!" bisik Edrianna pada telinga Aiden. Aiden pura pura mengeliat walhal ingin menyembunyikan air matanya yang mengalir. Dia terasa kucupan Edrianna jatuh ke dahi dan bibirnya. Setitis air mata Edrianna terasa di pipinya.

" Abang, izinkan Edrianna tidur sini eh. Malam ni je. Edrianna rindu nak peluk abang. Edrianna rindu bauan abang yang wangi. Jangan risau, Ed takkan muntah pun dekat abang, hihi," Edrianna berkata sambil mengalirkan air mata.

Dia mengambil tempat disebelah Aiden lalu membaringkan badannya dengan perlahan. Takut kalau Aiden tersedar perbuatannya itu.

Tangan Edrianna mulai memeluk pinggang Aiden lalu dia tidur merenung Aiden. Disebabkan Aiden jenis tidur mati, dia meletakkan kepalanya di dada Aiden.

Aiden yang sedar itu merenung kepala isterinya. Sejuk sahaja rasa kulit isterinya yang melekat di badannya. Ingin Aiden memeluknya kembali namun ego Aiden! Ego berkuasa sekarang!

Penantian CintaWhere stories live. Discover now